PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, December 07, 2014

Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya


Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September itu dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.

 Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!

 Kemelut itu hanya menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor sebenarnya bukan itu.

 Lalu apakah faktor sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah. Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama (tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan masih diperkatakan hingga ke hari ini.

 Namun faktor sebenarnya pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak pernah menjadi masalah.

 Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.

 Di situlah bermulanya bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Keengganan PAS atau lebih tepatnya keengganan Presiden PAS, Dauk Seri Abdul Hadi Awang itu kurang disenangi sebahagian pimpinan PAS khasnya mereka yang bukan golongan ulama. Dan pernyataan kurang bersetuju golongan ini telah mendapat reaksi yang agak keras pula daripada golongan ulama yang semakin menampakkan sokongan mereka kepada keputusan Presiden itu.

 Ada pelbagai analisa mengenai sebab-sebab mengapa Hadi tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Wan Azizah. Antaranya timbullah cerita yang hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sudah lama tidak mesra dan tidak sehaluan. (Sebab apa? Saya fikir lebih baik kita tak usah sentuh hal itu).

 Maka saya ingin kembali kepada hal tadi – golongan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Alkisahnya kemasukan golongan bukan ulama khususnya profesional ke dalam PAS berlaku secara agak besar di zaman Reformasi, iaitu zaman kebangkitan rakyat berikutan Anwar dizalimi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (1998), dan zaman yang menyaksikan kegemilangan pimpinan Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden PAS

 Ustaz Fadzil waktu itu mengalu-alukan kemasukan para profesional dan intelektual menjadi ahli PAS. Bahkan sikapnya yang terbuka dan sanggup mengambil risiko membawa PAS berjuang menuntut keadilan buat Anwar itu adalah faktor utama mengapa ramai golongan profesional dan intelektual masuk PAS. Dan itulah juga faktornya yang mengubah pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap PAS menjadi positif.

 PAS sejak peristiwa Reformasi di zaman Ustaz Fadzil itu sudah mendapat wajahnya yang baru, tanpa mengubah dasar kepimpinan ulamanya. Saya sempat beberapa kali bersama dengan Ustaz Fadzil dalam pentas ceramah (saya baca puisi), majlis makan malam dan sesi wawancara untuk majalah Detik.

 Masih ingat lagi dalam sesi wawancara itu saya bertanya apakah mungkin pada suatu hari nanti PAS akan dipimpin oleh presiden yang bukan ulama? Tanpa teragak-agak beliau menjawab: Ya, mungkin.

 Lalu bagaimana dengan dasar kepimpinan ulama? Tanya saya. Dan jawapan Ustaz Fadzil kepada soalan inilah yang kembali bangkit dalam memori saya sebagai reaksi kepada kempen golongan ulama PAS hari ini yang cuba mengawal seboleh-bolehnya agar semua pimpinan PAS peringkat atasan terdiri daripada golongan ulama. 

 Apa jawapan Ustaz Fadzil itu? Jawabnya: Dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat kepercayaan ahli-ahli.

 Jelas Ustaz Fadzil lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.

 Lebih kurang begitulah penjelasannya. Kita boleh dapatkan penjelasan tersebut secara verbatim kalau kita merujuk kepada majalah Detik yang berkenaan. Saya tidak ingat lagi tarikhnya dan saya pun tidak simpan naskah tersebut. Tetapi saya pasti dan positif, begitulah yang dimaksudkan.

 Hal ini telah pun saya nyatakan kepada beberapa orang kawan apabila ditimbulkan perkara krisis atau konflik antara ulama dan profesional di dalam PAS sejak pemergian Ustaz Fadzil ke alam baqa, dan jawatan presiden itu disandang oleh Hadi.

 Soalnya, kenapakah golongan ulama di dalam PAS selepas era Ustaz Fadzil menjadi tidak mesra dengan golongan yang bukan ulama sebagai pemimpin?

 Kalau Ustaz Fadzil pernah menegaskan demikian mengenai dasar kepimpinan ulama itu, maka siapakah pula yang membuat tafsiran berbeza daripada itu selepas ketiadaan beliau? Dan kenapakah pula terjadi demikian?

 Saya kira masalahnya ialah masalah keyakinan diri. Ustaz Fadzil begitu sekali percaya dan yakin kepada struktur dan sistem kepimpinan dalam organisasi PAS yang dipimpinnya, menyebabkan dia tidak sedikit pun bimbang kepada masa depan kepimpinan ulama di dalam PAS.

 Dan tidak kurang pentingnya ialah keyakinan diri yang ada pada pada ulama dalam kepimpinan PAS waktu itu, khasnya mereka yang menduduki Majlis Syura Ulama. Keyakinan diri itu menyebabkan tidak timbul kebimbangan atau rasa terancam oleh kehadiran ramai golongan profesional.

 Apabila golongan ulama melancarkan kempen (ala-ala Umno itu) untuk mengawal dan memastikan agar calon-calon dari kalangan mereka yang dilantik ke jawatan atasan dalam pimpinan, itu jelas menunjukkan bukan sahaja mereka kurang yakin dengan kelayakan mereka sendiri tetapi juga menunjukkan bahawa mereka mendahulukan kepentingkan politik lebih daripada kepentingan agama.

 Maka di situlah bermulanya kecelaruan di dalam kepemimpinan PAS. Dan apabila itu berlaku di kalangan ahli-ahli Majlis Syura Ulama sendiri maka bayangkanlah. Ia umpama virus yang merosakkan. Tidak hairanlah hari ini imej ulama pada keseluruhannya begitu menyedihkan sekali. Masyarakat seperti sudah hilang kepercayaan kepada ulama.

 Sesungguhnya ini suatu tragedi yang perlu segera disembuhkan. Kembalilah segera kepada kepentingan agama, dan kurangkanlah berpolitik di dalam parti. – 5 Disember, 2014.sumber
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

nak tengok perbezaan ularmak dan bukan ularmak, sila tengok rafizi dan nikabduh.

rafizi sibuk pasal 1MDB tapi nikabduh sibuk pasal referi bolasepak!!!

Anonymous said...

Kebanyakan Ulama dalam PAS sudah menjadi ular dalam semak dan ubut don ya.

bat8 said...

Cikgu

"Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka."

Saya setuju dengan pandangan Dinsman. Itu juga yang saya perhatikan. Ia bukan melibatkan kes3luruhan ulamak dan ustaz-ustaz didalam PAS, tetapi segelintir kecil yang berjawatan.

Basically mereka ini tidak dapat penyesuaikan diri dengan peranan mereka di era politik baru yang dicetuskan oleh tsunami 2008.

Mereka dapati mereka tidak dapat respon dengan perubahan baru ini s3cara positif, dengan cabaran politik baru. Mereka bingung dengan peranan yang mereka perlu mainkan. Itu sahaja.

Lalu dalam kecelaruan ini, mereka mundur kebelakang, kepada zaman s3b3lum tsunami 2008 dimana mereka begitu selesa melaksanakan peranan mereka.

Mereka lalu bersikap defensif.Ini yang kita nampak. Kecelaruan, kebingungan bagaimana hendak menghadapi suasana baru yang asing ini - kita boleh lihat gelagat dan tindakan mereka seperti tindakan TGHH dalam kemelut MB Selangor. Kita lihat isu-isu yang dibangkitkan oleh jaguh-jaguh UG seperti Ustaz Nik Zawawi, At takiri, TITM, Vellfire, Nik Abduh, PJP Terengganu, Nik Amar dll. Bila mereka buka mulut, kita nampak mer3ka out of touch dengan realiti. Seolah2 mereka berada di zaman lain!

Yang terancam adalah golongan UG ini. Tetapi mereka cuba berselindung dengan cuba melibatkan keseluruhan institusi ulamak PAS.

Mereka membawa ayat k3pimpinan ulamak didalam PAS sedang terancam sedangkan k3nyataan Almarhum Ustaz Fadhil Nor diatas adalah jelas sebaliknya. K3fahaman tentang kepimpinan ulamak seperti yang digariskan oleh Almarhum, mereka cuba untuk manipulate untuk memberi advantage kepada mereka.

Kita tengok bagaimana mereka cuba menggunakan MSU, DUPP dsbnya untuk melindungi kelemahan diri mereka untuk adapt dengan era politik baru.

Itu yang saya nampak sejak 6 tahun dulu.Mereka m3nggunakan pelbagai cara untuk menghentikan perubahan yang sedang melanda senario politik negara. Mereka mahu m3nyeret PAS ke era lampau dimana kedudukan mereka begitu dominant.

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang hendak meminggirkan mereka di era polituk baru ini. Mereka masih diperlukan untuk berada dibarisan depan. Mereka tidak sepatutnya merasa mereka terancam.

PAS.masih memerlukan kepimpinan ulamak yang benar untuk mengharungi uncharted water akibat dari tsunami 2008. Sudah tentu ustaz-ustaz seperti Nik Abduh, Tantawi sukar m3ndapat tempat didalam politik baru hari ini. Begitu juga dengan yang lain2 sepertinya. Tiada siapa didalam PAS mahu menjatuh mereka. Hakikatnya mereka tidak berupaya untuk menyertai perubahan politik baru seperti orang lain. Mereka terperangkap oleh kelemahan diri mereka sendiri. Mer3ka gagal memahami perubahan dan berubah mengikut keperluan . Mereka mempunyai kekuatan ilmu sebenarnya untuk berdepan dengan perubahan ini. Soalnya mampu ke tak sahaja? Tidakkah Islam itu indah dan sesuai sepanjang zaman?



bat8 said...

Cikgu

Sedikit tambahan.

Dengan perl3mbagaan PAS yang ada hari ini, k3pimpinan ulamak tetap memimpin PAS. Ini diterjemahkan dengan wujudnya MSU. MSU diwujudkan bagi menjelaskan dengan terang dan jelas bahawa PAS dan dipimpin dan dipancu oleh kepimpinan ulamak melalui MSU.

Sebelum pindaan perl3mbagaan dibuat untuk mewujudkan MSU tahun 1983, pe4kara ini tidak jelas.

Memandangkan PAS akan dipandu dan dipimpin oleh kepimpinan ulamak melalui MSU, persoalan yang timbul siapakah dan apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang ulamak atau ustaz itu untuk menjadi ahli MSU? Syarat-syarat untuk m3milih anggota MSU juga telah ditetapkan oleh perlembagaan PAS( sila rujuk kepada perlembagaan PAS online atau www.perlembagaan-pas.blogspot.com).

Dalam kemelut sekarang bahawa kepimpinan ulamak sedang terancam didalam PAS oleh seg3lintir pemimpin PAS tertentu, timbul persoalan apakah kepatuhan kepada barisan kepimpinan ulamak yang memimpin PAS hari ini termasuk MSU adalah mutlak hakiki mel3bihi pe4lembagaan PAS dan 4 sumber hukum Islam yang menjadi sandaran perjalanan PAS?

Tentunya tidak. Mereka tidak bol3h bersikap sesuka hati mereka. Mereka tidak boleh buat ikut kepala depa, apatah lagi untuk melindungi kepentingan peribadi mereka. Pe4jalanan dan cara mereka berperanan mesti mengikut perl3mbagaan PAS kerana wujud dan kuasa yang ada pada mereka diberi dan sudah dit3tapkan ol3h pe4l3mbagaan PAS. Perlembagaan PAS bukan macam pe4lembagaan parti-parti sekular. PERLEMBAGAAN PAS DIGUBAL BERDASARKAN 4 SUMBER HUKUM : Al Quraan, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Jika kita memahami bahawa selamanya kepimpinan PAS akan diterajui dan dipandu ol3h kepimpinan Ulamak dan s3gala tindakan p3mimpin PAS termasuk ulamak mesti mengikut perlembagaan PAS, kita tidak mudah terkeliru dengan permainan segelintir kecil mereka yang m3ndakwa ulamak m3njaja kepad a ahli PAS selu4uh negara bahawa ......1. Ulamak didalam PAS mesti dipatuhi s3cara m3mbabi buta 2. K3pimpinan ulamak didalam PAS sedang terancam .....yang bertujuan supaya PAS kucar kacir, berpecah belah untuk m3ncapai ag3nda mereka untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO.

Bila timbul s3barang keraguan, rujuk kepada perl3mbagaan PAS dan 4 sumber hukum yang menjadi rujukan mutlak didalam PAS. Jangan tanya mereka yang dok jaja berita ini. Kalau susah, tanya ustaz2 yang berada diluar PAS yang kita yakin apakah seseorang ulamak PAS itu betul ke tidak. Point utama ialah jangan terpegaruh membabi buta. P3mimpin PAS samada ulamak atau tidak, tidak bol3h bertindak diluar perlembagaan PAS dan 4 sumber hukum Islam.....

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Bat8, saya setuju pendapat tuan. Berapa kalangan MSU yang sama berada dalam JKPP? Apa perlunya mereka dlm JKPP? Kalau sebilangan besar MSU sudah berada dalam JKPP maka tidak perlulah lagi MSU kerana mereka sudah bersama dalam setiap keputusan mesyuarat JKPP yg mereka telah turut bersama.

Kepimpinan ulama sepatutnya mereka ini merupakan tonggak perjuangan sebagaimana pasukan pemanah yg ditempatkan diatas bukit Uhud. Mereka sepatutnya bertahan diatas bukit tu, tp mereka berebut-rebut turun kerana ghanimah.....inilah masalahnya....

Anonymous said...

Saya utz dari luar pas..pandangan saya korang ni tak ada perkara membina ..dok ungkit2 benda ni tak abis2..tak payah le kata sampai pas berpecah dua..itu pun dah tak betul..yg group cam mike dan seangkatan dgnnya sikit sangat tiba2 mike kata pecah dua..cakap le guna fakta..tak berkudis pun

Anonymous said...

Memang tak salah kita berbeza pendapat..namun kena ingat apabila kita melakukan cara yg salah utk menyatakannya ia tetap berdosa...contohnya..seperti fitnah oil kuda.. dah selesai tapi kita dok ungkit2 lagi sedangkan urusannya dah selesai antara kedua duanya secara terang atau perseorangan..tapi kita dok canang2 lagi hingga menimbulkan kemarahan org lain dan diri empunya sendiri..berdosa kita ...ingat tu kan sepatutnya kita mendamaikan..tapi kita mengeruhkan..awas kamu seorang pengadu domba

Anonymous said...

Apa he le yop tiba2 nak samakan ulamak dgn pasukan pemanah perumpamaan org yg lemah ni..langsung tiada kena mengena ..main masukkan aje...tak fikir panjang dah yop ni..main seronok aje tanpa fakta...ini menampakkan kejahilan yop sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...