GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 31, 2014

Petronas dan Kemanusiaan Banjir Kelantan

Kerajaan Malaysia kalau benar ikhlas mahu membantu rakyat Kelantan yang sedang ditimpa bencana alam sekarang ini, lepaskanlah wang royalti hak rakyat Kelantan itu supaya rakyat Kelantan boleh memulakan kehidupan yang baru.

 Rakyat Kelantan sekadar mahukan hak yang sepatutnya mereka kecapi.9PM Najib perlu tahu membezakan maksud perkataan 'bantuan' dan 'tanggung jawab'.

 Duit yang diminta itu bukan duit Umno atau BN, tapi duit rakyat Kelantan.Sampai bilakah korang mahu meneruskan kezaliman keatas rakyat Kelantan?

Dato Husam menulis dalam fesbuknya :


Petronas dan Kemanusiaan Banjir Kelantan

 Saya diminta memberi respon kepada satu cadangan Pas Umno bergabung untuk bangunkan semula Kelantan pasca banjir.

Apa kata Petronas yang telah mengaut kekayaan dari laut Kelantan tanpa apa-apa sumbangan selama ini menunjukkan jiwa kemanusiaannya dengan memberikan Rm 3 Billion bagi tujuan itu?

 Semasa menunggu helikopter di hangar Lapangan Terbang Kota Bharu, dapat dilihat susunan heli operator yang terkait dengan pelantar Petronas di laut Kelantan.

 Ini masa yang tepat untuk Petronas melunaskan 'hutangnya' pada rakyat Kelantan.

 Husam Musa
1:00pm
31/12/2014

# Dijemput rakan-rakan ke Malam Amal: 
Kelantan Pasca Banjir anjuran Yayasan Darul Hijrah.
Pada 1hb Januari 2015 
( Khamis Malam Jumaat) 
Jam 9:00pm di Dewan Anjung Amjal, 
Sebelah UM/Stadium Hoki.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...