JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, December 23, 2014

Kita tengok siapa yang kena.....

Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan menguatkuasakan hudud.

 Hasrat PAS mahu membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan nampaknya telah tidak mendapat ‘restu’ rakan-rakan tahaluf siayasinya, DAP dan PKR. 

Dalam satu kenyataannya, Haron Din yang menganggap Hudud sebagai nyawa PAS telah berkata, “Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini 


PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Sila baca lagi
di sini .
 Sementara itu menurut Setiausaha Agongnya, Rafizi Ramli, PKR telah mengadakan mesyuarat berhubung hasrat PAS itu, tetapi merahsiakannya kepada umum.

 Namun pendirian PKR dalam isu tersebut dapatlah dihidu dan dikenal pasti melalui kenyataan seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya yang menggesa PAS Kelantan harus mengutamakan keadilan sosial seperti agihan zakat dan bukannya pelaksanaan undang-undang hudud.

PAS dilihat kini sudah tidak perlu apa-apa bantuan dari rakan-rakannya lagi.PAS perlu berjalan sendirian tanpa bersama rakan-rakan DAP dan PKR  berada di kiri kananya. Mungkin PAS beranggapan, apalah yang dapat diharapkan sangat dengan rakan-rakan tahaluf siyasinya yang hanya mempunyai 36 ahli parlimen Islam untuk menyokong hudud.Hudud adalah nyawa PAS.

 Sedangkan BN mempunyai 101 ahli parlimen Islam. Sokongan dari BN inilah yang sangat diperlukan oleh PAS bagi merealisasikan nyawa Hududnya bernafas di Kelantan. 

Nik Amar menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN, sekadar memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud. 

Wahai Nik Amar, siapa yang kata PAS akan masuk Umno? Tapi seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah PAS lebih mesra Umno dan keras permusuhannya terhadap rakan-rakanya (DAP dan PKR).

Apakah Nik Amar ingat Umno itu bodoh sangatkah untuk tidak mendapat sesuatu daripada sokongan yang diberikannya itu? Percumakah?


Ada ubi ada batas. Ada budi ada balas! Begitulah yang terjadi antara PAS dan Umno sekarang ini. PAS lah sebenarnya yang mengoyak syarat Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bila sanggup menerima tangan yang dihulurkan oleh Umno. Tujuan Umno yang sebenar adalah untuk memecah belahkan pemuafakatan Pakatan Rakyat ....Pemimpin PAS sendiri pun sering gatal mulut kata nak keluar Pakatan tapi masih tunggu juga!Tunggu apa tunggu? 

 Saya sekadar mengharap, PAS tidak dikhianati oleh janji-janji manis Umno yang berjanji akan menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.Kita tengok - siapa yang kena?
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Ianya sekadar mainan politik antara pak pandir dan si luncai..

Amuraria said...

apa punya turr malaun-malaun ni semua masih dok percaya pada parti sekutu apco ! berapa kali dah kena main lagi mau sekongkol dengan parti haramjadah tu ? ABU & lawan gerombolan pro 'ug' sampai mati !

Anonymous said...

dulu masa pr ada lima negeri pas pegang tiga dap pegang satu pkr pegang satu...

masa tu empat negeri baru pr berlumba-lumba memajukan negeri masing-masing...

mula-mula yang paling menonjol k'jaan pr di perak...

dap pun tak sangka pas buleh memimpin k'jaan dengan baik di perak...

dipendekkan cerita pr hilang perak angkara timbalan speaker dari dap jadi adun bebas sokong bn...

next project kasi tumbang k'jaan pas kedah la...

perhatikan kronologi di kedah dari pru 12 hingga pru 13 kita pasti dapat mengesan tangan ghaib dap dalam melemahkan dan seterusnya menjatuhkan k'jaan pas kedah...

(saya mengesyaki tujuan dap bermati-matian mahukan jawatan tim. speaker dun s'ngor sekarang ini punya imbas-imbas persamaan dengan kes tumbangnya k'jaan pr perak dahulu)

(hati-hati k'jaan pkr s'ngor, selepas kehilangan k'jaan di perak dan kedah anda perlu bersedia mempertahankan k'jaan anda at all cost!)

(ironinya ancaman yang anda hadapi bukannya dari bn, pas, TSKI dan segala "hantu jembalang" yang sengaja dimomok-momokkan oleh blogger pro pasma sebaliknya dari dap yang takkan pernah senang melihat "rakan-rakan" melayu sepakatannya lebih menonjol kejayaannya)

(ingatlah selepas kejatuhan k'jaan pr perak, k'jaan pas kedah dilihat lebih menonjol kejayaannya jika dibandingkan kejayaan k'jaan dap penang)

(berikutan itu pelbagai serangan dari dap dilancarkan ke atas k'jaan pas kedah)

(di sini ingin saya memuji kebijaksanaan Dato' MB Azmin kerana telah membentangkan bajet defisit baru-baru ini kerana KM Lim juga telah beberapa tahun membentangkan bajet defisit)

firdaus mansor said...

Bengong agak nya haru din ayam ni dgn nik amarr ni, dia ingat ammeno nak tolong tanpa ada apa2, semata2 kerana islam.......seingat aku xpernah aku nengok hameno ni ikhlas macam tu sejak dari merdeka sampai hari ni!!!! Kata siti nurhaliza.......meminta pada yg ada, yg sudi,........kita lihat siapa yg kena!

5sal said...

kita duk kata kapai umno nak karam,kapai kita pun sama gak pasai banyak sangat nakhoda,sorang pulaih stering kut kanan,sorang kut kiri,sorang berhanti tengah laut,pasai pa pasai ketua nakhoda kata ataih dia nak berhenti kat mana,last2 sekali nak pi tumpang kapai umno makna dua2 akan karam,yang jadi mangsa awak2 yang lemaih.pasai jadi lagu tu ambil kata pak samad pasai puak2 ni ada satu telinga dan dua lidah.bila akaq umbi teguq kata tak wala'khianati parti la.yang depa khianat kat akaq umbi tak pa pulak.depa jadi nakhoda sapa yang calon depa?tak lain dari akaq umbi?biaq la depa saja yang karam saya tak mau karam sekali ngan depa.amanah tak bertempat.tak leh komen banyak2 panaih telinga sakit hati.

bat8 said...

Tuan

BN mempunyai 101 MP berugama Islam termasuk dari parti Taib Mahmud. PR mempunyai 36 MP berugama Islam. Katakan kesemua MP Islam takut dengan ugutan PAS jika tidak menyokong hudud PAS, jumalah keseluruhan baru 137 undi. PAS memerlukan 11 undi dari MP BN untuk meluluskan akta persendirian hudud.

Kat mana PAS nak cekau 11 undi MP bukan Islam dari BN? Dah pasti PAS tak mampu untuk mendapatkannya sendiri tanpa bantuan UMNO. Persoalannya mahukah UMNO mrmbantu secara sukarela? Bukan nama UMNO jika tolong orang tanpa balasan?

Jadi apa balasannya? Sumbangan 11 undi dari MP PAS yang seramai 25 orang untuk meluluskan persempadanan kawasan pilihanraya yang baru. Inilah balasan yang UMNO boleh tuntut dari PAS dan yang PAS mampu beri.

Tetapi isu hudud Kelantan ini sedang mengalami satu twist baru, apabila Mahfuz Omar dan Khalid Samad mengatakan PAS Pusat tidak diberitahu tahu dengan terperinci oleh PAS Kelantan dan PAS Pusat tidak membincangkan dengan khusus serta membuat keputusan mengenai cadangan PAS Kelantan membawa deraf persendirian ke parlimen.

Kalau betul kenyataan Mahfuz dan Khalid, Ahmad Yaskob, Nik Amar bertindak bersendirian dengan konco-konco yang lain termasuk Dato Haron Din serta membelakangkan kepimpinan PAS Pusat.

Yang lebih menyedihkan, rakyat Kelantan sendiri tidak diberi penerangan tentang hukum hudud ini yang akan dipaksa oleh kerajaan PAS Kelantan keatas mereka. Tidak ada siri majlis penerangan dibuat kepada rakyat setakat ini. Tapi kita tidak heran jika kita kenal perangai Nik Amar.

Dengan perkembangan baru ini, kita boleh agak kemana kesudahan cerita hudud Kelantan ini.Bayang-bayang puak mana didalam PAS yang akan ditipu oleh UMNO hidup-hidup sudah semakin jelas.

Jika usaha PAS Kelantan ini gagal, implikasi kepada Islam dan PAS amat buruk. Takde maknanya orang kuat hudud kelantan meletak jawatan atau dipecat dari PAS kerana kegagalan ini kerana kerosakan yang telah berlaku kepada Islam dan PAS sudah terjadi. Tak cukup dengan mengaku silap atau meletak jawatan sahaja kerana usaha PAS sejak ditubuhkan sudah hancur lebur akibat perbuatan kurang cerdik dan kepala batu mereka.

Anonymous said...

Jangan UG esok-esok berteriak Pelamin Anganku Musnah sudahlah.

Balik Pulau, Bayan Lepas,
Sini terpelau, sana terlepas.

Anonymous said...

Banjir d kelantan teruk ada nik amar turun pdg tolong rakyat.. tlg tunjuk gmbar sama kalau ada..

yg dikisah hudud hudud smpai sanggup geng dgn amno.. tak sabar aku nk tengok kesudahan lepas perbntangan d parlimen.. semua org tau amno tu jahat dan tk ikhlas, yg nik amar tu p pecaya ke nik amar and the gang ni oppotunist gila glamour nk nama sbg hero hudud.

Anonymous said...

Yang lebih menyedihkan, rakyat Kelantan sendiri tidak diberi penerangan tentang hukum hudud ini yang akan dipaksa oleh kerajaan PAS Kelantan keatas mereka. Tidak ada siri majlis penerangan dibuat kepada rakyat setakat ini. Tapi kita tidak heran jika kita kenal perangai Nik Amar...rakyat kelantan pangkah pas dari tahun 90 dan undang2 hudud lulus dlm dewan tahun 93...masih timbul isu rakyat kelantan dipaksa?!!hahahaha...sarcasticnya ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...