GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, December 15, 2014

Mahkamah bersetuju penyataan Hj Hadi itu berunsur fitnah

Janganlah gembira sangat, walaupun saman itu ditolak, mahkamah bersetuju bahawa penyataan Hj Hadi itu berunsur fitnah.

Mahkamah mendapati Shamsul gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.

Mahkamah kata, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif. 

Maka kepada siapakah sebenarnya penyataan Hj Hadi yang mahkamah sifatkan berunsur fitnah itu ditujukan? 

Samsul adalah merupakan antara 6 ADUN yang terlibat.....Apakah Mahkamah hanya akan mendapati Hj Hadi bersalah sekiranya keenam-enam ADUN terlibat menyaman Hj Hadi?

 Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imran:29) 

Mahkamah tolak saman terhadap Hadi dalam isu pil kuda

 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak saman bekas calon PKR Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memerintahkan plaintif membayar segala kos yang terlibat.

 Shamsul memfailkan saman terhadap Hadi susulan ceramah presiden PAS itu di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR yang menjual pil kuda.

 Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, walaupun mahkamah bersetuju penyataan defendan berundur fitnah tetapi plaintif gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.

 Di seluruh Malaysia, katanya, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif.

 Hakim berkata, defendan iaitu Hadi juga dilindungi qualified privilege (perlindungan bersyarat) kerana berucap selaku presiden parti kepada ahli dan penyokong semasa kempen pilihan raya.

 Dalam penghakimannya, hakim berkata, Hadi memenuhi semua syarat ketika menyampaikan ucapan itu.

 Beliau memutuskan Hadi tidak bersalah dan mengenakan kos RM10,000 kepada Shamsul.9 Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi kerana beliau tidak memfailkan pembelaan diri dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul. 

 Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi. – 15 Disember, 2014. - 
Comments
7 Comments

7 comments :

osman Cahaya said...

Di dunia lepas lah

Anonymous said...

Nasib kaulah serban tebal. Buat Fitnah nasib tak kena saman RM2 juta, dapat RM10,000 pulak lagi. Hukum dunia kau lepas lah lebai ketua ulama sedunia walau BUAT FITNAH. Kat akhirat ingat-ingatlah lebai ye. Alahai ula mak, ula mak, ula mak dunia. Ikut ulamak tu pandai-pandailah pilih ye kita semua jangan ikut ula mak dunia lagi jahat. Nanti adalah macai yang akan suci lagi menyucikan buat cerita wangi tapi bau busuk macam mulut longkang.

Anonymous said...

hahaha...hj hadi menepati semua syarat dalam mengeluarkan kenyataan tersebut...dan tidak bersalah...hahahaha hussin kata hj hadi x cerdik?kalo tak cerdik mesti sangkut saman...hahaha sapa la bodoh sgt ni org x sebut nama dia gatal nk saman orabg tak pasal2 melayang 10k hahaha mintak ngan hussin sebab dia sapot sapa yg lwn hj hadi hahaha

Anonymous said...

Masih layak lagikah insan ini untuk memimpin PAS?

Apa hukuman di dalam Islam jika seseorang itu didapati memfitnah?

Takkan hukuman di dalam Islam tidak terpakai semata-mata kerana dia ulama besar?

Anonymous said...

tapi haji hadi tahu fitnah itu ditujukan kepada siapa. Hukum dunia awak lepaslah, di akhirat nanti boleh jawab ke?

Anonymous said...

Kali ni selamat la kau tokey barua dn broker
Niat dlm hati hanya kau yg tahu..

Anonymous said...

Kata kat org haram ja'adah barua.. semua dia boleh kata.. stakat tuduh jual pil kuda xda hal laa.. ni betoi2 syurga pya org.. hahahaha... ular dalam semak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...