GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, December 15, 2014

Mahkamah istiharkan ucapan pilkuda Hj Hadi itu fitnah

Apa yang sangat memgembirakan mereka bila Hj Hadi terlepas dari hukuman denda? Perkara pokoknya ialah, perkaranya sangat mudah diatasi dan tidak perlu keluar masuk mahkamah sekiranya Hj Hadi ada sedikit perasaan rendah diri sebagai orang agama dan bermohon maaf kepada Shamsul :

 "Shamsul, ana minta maaf sekiranya ucapan pill kuda ana tu menyinggung enta. Ana tidak maksudkan enta tetapi orang lain...bukan yang masih hidup atau dah mati..."

 Kan senang tu? Jatuhkah maruah seorang ulama' dengan berbuat begitu?Bukankah kelaziman kita bermaaf-maafan ketika Hari Raya, umpamanya, walaupun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan antara sama lain?

Kalaulah Hj Hadi bersikap mulia sebegitu, masyarakat pun tidaklah memandag serong atau menghina Shamsul. Masyarakat pun lebih hormat kepada sikap Hj Hadi yang begitu.

 Cuba korang perhatikan komen-komen UG yang perasan sangat kononnya keputusan mahkamah yang menolak saman Shamsul itu membuktikan Hj Hadi adalah manusia yang suci dan maruahnya tidak tercemar....alahai...


Benarkah cubaan merosakan imej dan reputasi Hj Hadi telah gagal? Apakah penolakan saman tersebut membuktikan Hj Hadi tidak pernah melontarkan fitnah pil kuda? 


Jangan lupa ada lagi satu kes sedang menunggu....aku tidak mahu ulas kes itu tunggulah bila tiba masanya nanti!

Jangan anggap hanya ulama sahaja yang ada maruah. Orang lain tidak ada harga diri atau maruah maka boleh difitnah dengan pil kuda bagai.

Plaintif gagal membuktikan fitnah yang Hj Hadi nyatakan itu ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.


Penghakiman berkata, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif. (Waima Shamsul adalah salah seorang dari 6 DUN terlibat!)

Walau apa pun, penghakiman tetap mengakui bahawa kenyataan Pil Kuda Hj Hadi itu adalah berbaur fitnah. Senang cakapnya : Ulama taraf donia ini buat kenyataan fitnah tuduh ada calon PKR jual pil kuda!



"Mahkahah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata berunsur fitnah"

Apakah puak UG gembira bila mahkamah istiharkan ucapan Hj Hadi itu sebagai fitnah? 
Comments
20 Comments

20 comments :

Anonymous said...

Sudah-sudah la tu. Mengucap la. Dah memang bukan fitnah nak kata apa lagi? Tak puashati dengan mahkamah ke?

Anonymous said...

Aku harap tuan blog ni bertaubat.. ingat.. MATI ITU PASTI.. takut tak sempat nak mintak maaf pada orang- yang difitnah..

Anonymous said...

Ada berlaku liwat tetapi mahkamah membebaskan....berita yg husin x berani komen.,.teluq takdak

Anonymous said...

Dua juta tak penting. Yang penting mahkamah menjelaskan tuduhan itu fitnah. Wajarkah kita menyokong ulamak kaki fitnah. Kerana pulut santan binasa.

Anonymous said...

Ya betul memang nya TGHH memfitnah untuk mensabatoj , tak baik utk di jadikan contoh org yg faham agama ikhlas hari akan geling kepala walaupun berapa byk alasan ugama di gunakan nak menegangkan benang basah

Anonymous said...

pil kuda.... liwat....dll. Semuanya hanya untuk pastikan bn, anak branak dan kroni menang untuk kini dan selamanya... OK ke???

Anonymous said...

Jangan jadi Barua...kalau nak jadi juga... Lantak lah Sinnnn....

Anonymous said...

Politik berhemah x de dlm pas.... dengn polis semua bwh federal...23 seat parliment berbamding 222 seat..pas gegak gempita nkaksanakan hudud..hahaha...jadi menang sorak kg trgadaila....cuba memnag dulu putrajaya..las tu nk ...buat la....memang wajib buat..tapi skrg...nk ukur baju badan sendiri...pakai pembaris kontot....agak2 arr....lantak la....kalau GU ni x bole tegor.....maksum.la katakan...hahaha

Anonymous said...

Di dalam bahasa mudah... dia dibebaskan disebabkan teknikal.

Bukan makna dia tidak buat fitnah... malah mahkamah tidak menafikan bahawa ucapan Hadi ada unsur-unsur fitnah.

Anonymous said...

Semua wala kpd hadi awe
Manusia suci pada pandangan golongan ni
Entah la...

Anonymous said...

Teruskan serangan Al-Hussein,ramai lagi yang meluat tapi tak berani dan tak pandai nak tunjuk. Ada berlaku liwat tapi tak ada bukti orang kena tuduh yang meliwat, tapi ne ada bukti fitnah tapi tak dapat dibuktikan kepada plantif. Agaknya kalau kesemua 6 orang saman salah satu mesti menang. Apamacam....

Anonymous said...

Teruskan serangan Al-Hussein,ramai lagi yang meluat tapi tak berani dan tak pandai nak tunjuk. Ada berlaku liwat tapi tak ada bukti orang kena tuduh yang meliwat, tapi ne ada bukti fitnah tapi tak dapat dibuktikan kepada plantif. Agaknya kalau kesemua 6 orang saman salah satu mesti menang. Apamacam....

Anonymous said...

Teruskan serangan Al-Hussein,ramai lagi yang meluat tapi tak berani dan tak pandai nak tunjuk. Ada berlaku liwat tapi tak ada bukti orang kena tuduh yang meliwat, tapi ne ada bukti fitnah tapi tak dapat dibuktikan kepada plantif. Agaknya kalau kesemua 6 orang saman salah satu mesti menang. Apamacam.....

Anonymous said...

jadi shamsul sudah berjaya dengan tindakan mahkamah ini mengesahkan bhw hadi sememangnya telah memfitnah. cuma peguam dia gagal nak buktikan bhw tuduhan tersebut ditujukan kpd dia.

wlbgmnp, dari video memang sah hadi telah mengucapkan tuduhan tersebut. hanya Allah swt saja yg tau siapa yg dia maksudkan. nantikan sambungan episod perbicaraan ini dihari kiamat!!!


Anonymous said...

Kau orang ni betul buta .... Penghakiman Mahkamah sebut ucapan berunsur fitnah ....jgn jadi dayus.

Betul Hadi menang dlm kes ini, semua orang kena setuju , mempertikaikan
Hakim blh disabit menghina mahkamh
dan penjara 2 tahun ..

Kita tidak sesekali mempertikai penghakiman Hakim dlm kes ini.

Tetapi Hakim telah menyebut ucapan Hadi berunsur fitnah dlm penghakiman tersebut.

Akhlak dan moral paling hina juak2 Hadi ni ...apabila maki hamun bloger Al Hussien .

Apa kah Muhammad S.A.W kekasih Allah mengajar Akhlak caci maki ke !

Tolong cermin diri dan belajar tarbiyah diri agar lebih bersopan dan sedar diri

Nabi Ku Muhammad S.A.W mengajar
aku akhlak terpuji - mungkin Nabi kamu ajar Akhlak caci maki dan hina orang .

bunbinban said...

Aku harap tuan blog ni bertaubat.. ingat.. MATI ITU PASTI.. takut tak sempat nak mintak maaf pada orang- yang difitnah.....emmmm Hadi x perlu mintak maaf kat sesiapa yg di tujukan fitnah tu ke?...maksum?. 100% terlepas dri dosa fitnah?. sbb dia ulamak PAs?. gerenti syurga?. apa saja la labu..

Anonymous said...

Setan: husin teruskan kerja anda..bagus buat lagi dan lagi biar mereka berpecah..kamu tahu kamu adalah benar...

Anonymous said...

Bila ramai suruh bertaubat tambah dari rakan2 kita masih buat..cuba fikir dlm2 maknanya memang ada sesuatu yg tak kena...kita menyebar kan makpumat menggunakan perkataan khabarnya ..dengarnya ..maka itu tidak sahih dan kita tetap menjajanya maka itu adalah salah..ingatlah...kekadang kita kena ingat yg menyuruh bertaubat tu disebaliknya adalah dari Allah...peringatan demi peringatan diberinya..sehinggalah kamu mati..waktu tak bernilai apapun kecuali amalan kamu

Hanz Azdi said...

Salam bro !

Apa deme nampak & baca hanya luaran !

TGHH tetap kalah sebab memfitnah orang dengan tuduhan melulu ada calon jual pil kuda, pahaman sosialis, bagai! Mahkamah mengesahkan ucapan TGHH hari ada unsur fitnah ! Fact !

Dia buat ucapan untuk menjustifikasikan tindakan dia & puak UG dia yg nak bertanding calon 3 penjuru ~ 1 lagi tindakan bangang & khinat janji sesama PR !

TGHH cer usahakan menangkan PAS bila versus UMNO, sudah lah ! Selalu hari pun kalah. Hebat sangat ke TGHH tu, pi tanding tempat PKR kita tengok dia boleh menang ke tak ! Berapa tempat PAS boleh menang jika harap kuatan imej TGHH atau PAS sendiri? Kedah, Terengganu pun lingkup!

Jangan syok sendiri lah. Ustaz, ulamak pun ada yg bodoh sombong.. riyak pulak tu. Kami hampa dgn akhlak, integriti & tahap bacaan politik sebahagian ulamak PAS !

Tak payah hudud hudud sangat lah... kita buat aje kebajikan + tunjuk akhlak Islam macam mana, that alone can win us millions of hearts ! Don't u get it?

Baiki kelemahan & teruskan toleransi. We can win this in long run! Remember... PAS loss it's BN's gain !

Anonymous said...

bodohnya...kau suruh anwar tu pergi bertanding di marang tengok boleh menang ke tak hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...