GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, December 29, 2014

Misi mencari dan menyelamat Air Asia - Malaysia teruja menunjukan kepakarannya .....


Rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tersebut hanyalah seorang sahaja.Tetapi bukan main lagi Malaysia begitu teruja untuk menunjukan kepakarannya dalam mencari pesawat Air Asia yagng jatuh. Dua pesawat sendiri yang masih hilang pun tak jumpa jumpa-jumpa hingga sekarang dah berbulan-bulan.....

Ditambah pula dalam keadaan negara yang ditimpa mala petaka bencana alam.....ngada-ngada betul si Najib nih!

Pada 23 Disember 2014, Thailand istiharkan 42 daerah darurat :

42 daerah di lima wilayah di selatan Thailand diisytihar darurat bencana ekoran banjir buruk.Terbaharu, enam daerah di wilayah Phatthalung diisytiharkan kawasan bencana termasuk Khuan Khanun.

Kira-kira 10,000 penduduk terjejas.Daerah Kongra menyaksikan paras air naik sehingga 1 meter di kawasan tertentu. - See more at: sumber

Komen saya :
Di laporkan : Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa hampir 200,000 orang. 

 Tapi Nik Amar masih tanpa ragu-ragu, selamba kata masih dalam keadaan terkawal....
Sebanyak 10 daerah lagi di Pattani diisytihar kawasan bencana termasuk daerah Yarang, Thung Yang Daeng, Yaring, Nong Chik, Sai Buri, Mae Lan, Kapho, Mai Kaen, Mayo dan Khok Pho.

Kira-kira 30 sekolah ditutup dan lebih 87,000 orang penduduk di wilayah itu terpaksa dipindahkan. Dua orang dilaporkan maut setakat ini ekoran banjir. sumber

Komen saya : 
Perasan tak? Utusan tulis : 'Kawasan bencana'. Kenapa tidak tulis 'kawasan darurat'? Pelik kan kan?
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Jangan menghina negara sendiri.......malaysia memang pakar dlm bidang mencari! Banyak pengalaman malaysia dlm bab mencari ni. Tengok Ceo Mas dapat org jarman, pasport altantuya terus padam, permata rosmah ditemui di new york.........sekarang heboh jet kerajaan malaysia hilang entah kemana? Sampai pm kena naik flight pergi balik macam naik bas dari hawaii ke kelantan........insyaAllah pasukan malaysia akan temui MH370, air asia dan jet kerajaan itu nanti.........pakai raja bomoh kot!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...