GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, December 16, 2014

Orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

 Anwar berkata, kenyataan Lim itu tidak ada salahnya kerana terdapat alasan yang menyebabkan pendirian itu diambil.

 Anwar berkata, sarjana terkemuka Islam, termasuk Dr Sheikh Yusof Qardawi, sudah menyatakan keterbukaan mereka terhadap penggunaan kalimah itu di kalangan bukan Islam.

 Anwar berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas hadir kes saman RM100 juta antara beliau dan Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

 Ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Lim selepas menerima laporan polis daripada Pemuda Umno Bukit Mertajam.

 Siasatan dijalankan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP).

 Lim dilaporkan memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

 Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam, kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.SUMBER
Comments
8 Comments

8 comments :

bunbinban said...

gini la bro, aku x de hal pun dorang nak pakai kalimah Allah tu sbb xde pun ayat Al Quran atau hadith yg melarangnya tapi dari segi iklim politik yg agak panas skang ni dgn polimik agama dan bangsa, x sesuailah LGE keluarkan kenyataan tu. Mcm beri bola tanggung plak kat UMNO. Anwar plak dok sambut setuju dgn LGE. Apa ke bangangnya kedua-dua pemain politik veteran ni. Begitu gak bab hudud. Kedua-duanya sepatutnya 'no komen' buat masa ni. Tapi ye la, org politik, masing2 nak jadi hero kepada golongan sasaran..korang ingat PAS siyes nak buat hudud?...hahaha

Hanz Azdi said...

Salam.

Dah ramai orang Islam ngaku Islam TAPI perangai, akhlak macam haram aje, dah mirip jin saje. Orang bukan Islam pun ramai yg jauh lebih baik perangai lagi daripada orang Islam sekarang ni!

Orang Melayu pun tak reti guna nama Allah - tak sembah Allah, tak agungkan Allah dengan melakukan segala arahan Islam, tak ikut syariat Rasulullah s.a.w., tak solat + tak berakhlak mulia.

Elok jugak bagi orang bukan Islam guna "Allah" kalau deme reti guna...asal tak guna hingga mengkeji + langgar syarak seperti pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. & para Sahabat baginda ra.hu!

Ramai Melayu pun apa reti? Ramai pun tahu telan aje apa yg dia 'disuapkan'!

Anonymous said...

Habis kalau tauke cina kata, ''haiya, nasib baik allah kasi hujan kalau tidak Pulau Pinang takdak air lo''. Habis kita mahu cakap, aiya tauke jangan cakap allah, cakap lah u punya tokong kasi. Boleh ke jawab macam itu. Ini lah Perkasa dan geng mereka buat tak faham. Mereka sengaja mereka cerita untuk beri tekanan kepada LGE. Itu lah dia, UMNO ni tak habis habis berpolitik. Sepanjang tahun hingga PRU 14 berpolitik tak berhenti hingga nilai ringgit merudum pun takleh jawab pada rakyat.

CEO Siber said...

...


Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!

Kenapa?

Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..

Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!


* Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Saya Ulang..

Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Sumber Berita

>> Sumber 1 <<

>> Sumber 2 <<






...


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4



Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<






Anonymous said...

Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam, kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Korang faham ke auta LGE ni? hanya sah kepada orang Islam dan tidak terpakai kepada orang bukan islam. aduhhh!!! sampai bila orang luar penang ni nak membodohkan rakyat Islam penang?

Anonymous said...

Saya tidak setuju utk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah khasnya orang kristian,,kerana Allah ini hendak ditujukan kepada siapa?...ruhul hudus, jesus atau Mary? Ianya akan mengelirukan bagi orang Islam yg tidak berilmu.

Sam Sung said...

Anon 837
Tu salah org islam sendiri sbb x nak cari ilmu..kerajaan pn salah gak sbb x mndidik rakyat mngikut quraan dn sunnah..

Sam Sung said...

Anon 837
Tu salah org islam sendiri sbb x nak cari ilmu..kerajaan pn salah gak sbb x mndidik rakyat mngikut quraan dn sunnah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...