GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, December 06, 2014

PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng !

PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada- Pak Daeng

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

 "Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

 Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

 "Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

 Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.

Jangan kata tak ada, ada - Ust Ahmad Awang

Penafian Pak Daeng sebagaimana diatas itu bukan perkara baru. Malah Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.Bacalah di sini

Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan.....


Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Ustaz Ahmad Awang ketika itu tidak mendedahkan nama musang yg berbulu ayam tersebut sebagai adab yang mulia dan ketinggian akhlak beliau, namun kini ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya musang itu! 
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”.~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3
Mereka menafikannya, tetapi semuanya kantoi bila Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah mendedahkan mengenai beberapa pertemuan Umno dan PAS.

Dan apakah Pak Daeng begitu naif mengenai apa yg sebenarnya berlaku dalam PAS? Bahawa Hj Hadi sendiri telah mengakuinya sewaktu dalam mesyuarat JKPP pada 25 Ogos lalu?


 Walaupun berita yg dilaporkan oleh  Malaysian Insider tersebut dinafikan oleh Setpol Presiden, itu hanyalah sekadar penafian untuk cuba menutup kemaluan presiden, dan tidak ada langkah-langkah guaman untuk menuntut malu atas berita yg dikatakan berniat jahat itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan


Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.


"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Ironisnya, berita tersebut yang turut menamakan AJK PAS yg terlibat dengan pertelingkahan yg diceritakan itu, sehingga kini, AJK berkenaan tidak pernah menyangkal atau menafikan peristiwa tersebut. 

Cukuplah sekadar itu komentar saya terhadap kenyataan Pak Daeng yang menafikan tentang ujudnya UG.Ucapan sepenuhnya sila baca di HARAKAHDAILY 5/12/2014
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Umno dan pkr tidak jauh beza dalam politik...dalam urus tadbir mungkin mereka agak telus berbanding umno tapi dalam tipu helak politik licik mereka juga menghalalkan cara menuju matlamat...hussin boleh tak tanya anwar mana 40k bangla yg kata nk mengundi pru 13?bila wartawan tanya apa anwar jawab ha3...saya tak kata bangla nk undi...ha3 bila habis pru 13 bangla sentap ha3...nasib pas berkawan dengan penipu dan sekarang dah kena spin sampai pening kepala pemimpin pas ha3...ramai ahli badan pas kepala pkr ha3

5sal said...

Memang ada cikgu orang pas masuk umno iaitu puak UG/GU.Tu yang duk riuh sangat macam pak daeng tu duk marah sangat kat husam musa pasai apa,yang ustad mokhtar senik duk marah kat hanipa maidin dan khalid samad sampai suruh keluaq parti pasai pa?Saya respek puak UG ni bab islam,tapi bab politik sorry.Ka pak daeng ni buat2 tak nampak,keadaan sebenaq.nak jaga hati puak UG ni terutama pak haji hadi!.fikiran Ustad nik zawawi lebih kurang gak macam macam pak haji hadi.Ca baca komen dr maza.Jangan sampai kaum cina buat u turn.Jangan rasa megah jangan sombong jangan riak nanti terebah tak da orang nak tulung angkat kot.bak kata hanipa maidin dua2 dia sayang,tapi dia lebih sayangkan parti,tengok sajalah semangat 46,hamim dan berjasa apa sudah jadi.presiden bila2 masa akan mati boleh ganti kalau Parti hancuq,susah nak satu kan balik,ahli pun bertarabuq.

Anonymous said...

Inilah pemikiran melayu UMNO. Bila xdapat nak pertahan keburukan UMNO dia tuduh orang lain pun serupa UMNO. Alasan diguna adalah alasan2 remeh temeh seperti isu 40k bangla dĺl. Cerita Kak Ijat balun duit rakyat sebanyak RM 250 juta seolah-olah tak wujud.

Isu subsidi minyak ron 95/diesel ditarik balik non issue. Harga apungan RON 95 yang xde beza dengan harga sebelum apungan bukan 8su besar sedangkan harga pasaran dunia begitu rendah. Tidakkah harga apungan ron 95 patut lebih murah, sekitar RM 1.80- RM 2.00 sahaja? Dengan harga ini, harga barangan boleh diturunkan, taarif letrik juga boleh diturunkan. Ini akan membantu meringankan bebanan kos kehidupan rakyat.

Sebab itu Najib panggil blogget/laskar sibrt UMNO banggang. Dok pertahan benda bodoh dan banggang. Isu besar langsung xberani nak s3but. Mereka ingat, s3bab mereka banggang, orang lsin lagi banggang dari mereka! .

bat8 said...

Cikgu

Kita mintalah jangan ada dikalangan p3mimpin PAS cuba merendahkan martabat dan jasa-jasa Pak Daeng diusia tuanya untuk m3ncapai agenda tertentu. Jangan c3markan nama baik dan pe4juangan Pak Daeng demi mencapai agenda puak hangpa.

Anda adalah nobody berbanding d3ngan Pak Daeng.Nak bamdingkan hangpa d3ngan tahi kuku Pak Da3ng pun hangpa tak layak!

Anonymous said...

Tipu pun remeh temeh?!hahaha...betul2 sokong tahap dewa la nih...kalau dia tipu walau sekali pun anwar tetap akan dipanggil penipu isu bangla 40k...umno tipu dan anwar juga tipu...sama je la umno dan anwar hahaha...kalau di amerika dah sah2 di rejek pengundi tak kira la tipu sikit ke banyak hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...