GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, December 07, 2014

PAS nak jadikan Malaysia sebuah negara mullah ?

MAZA menerima undangan peribadi YM Tengku Razaleigh Hamzah ke kediaman beliau untuk berbincang beberapa isu semasa.
Bila pula MSU nak jemput MAZA duduk berbincang?
Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. 

 Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

 Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

 Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katolik dan Protestan.

 Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah. Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

 Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka. – SUMBER, 6 Disember, 2014.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Hahaha betul firasat saya...keluar juga ulasan dr maza pasal bahtera ni hahaha...boleh diagak nampaknya fikiran hussin hahaha

5sal said...

saya pu tak tahu lagi pru14 ni nak pi pangkah yang mana.masih nak sokong pas atau dap atau pkr.pasai nakhota kapai ikut suka dia nak berlabuh kata nik zawawi.kita anak kapai jangan pertikai.kalu kapai karam jangan terjun biaq mati semua sebab kena wala' kat nakhota kapai sebab dia yang lebih mengetahui.negeri cikgu dah bertukaq tempat ngan ganu kite.sebab tu geng UG/GU duk bekumpoi kat tasik hanyiaq.ni kalu penyokong setia UG/GU baca ni komen tentu saya kena hantam kaw2.kena telan walaupun paik

Anonymous said...

Pemulihan terhadap pas perlu dilakukan sebelum pru14, pas amat penting dalam gabungan pr dan tanpa pas tak mungkin pr akan mencapai kemenangan utk memerintah malaysia. Oleh itu adalah amat perlu perubahan kepimpinan dalam pas ini berlaku dgn cepat supaya isu ini dapat diselesaikan dan pr akan kembali pada landasan politik yg sebenar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...