JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, December 23, 2014

PAS Pusat buktikan PAS Kelantan gelojoh mahu melaksanakan Hudud

Ingatkan DAP dan PKR sahaja yang tidak merestui Hudud di Kelantan.Rupa-rupanya JKPP sendiri pun belum pun memberikan restunya....

Maka tidak hairanlah kalau DAP dan PKR tidak dapat memahami bagaimana perlaksanaan Hudud di Kelantan itu nanti. Korang yang sokong sangat tu, adakah memahaminya?

Sementara itu, sekumpulan peguam mahu kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS menangguhkan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini bagi membentangkan pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah II 1993 sehingga selesai rundingan dengan semua pihak berkepentingan. 

 Peguam yang juga pengarah eksekutif Lawyer for Liberty Eric Paulsen berkata beliau terkejut dengan tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri untuk mengadakan persidangan walaupun ia isu kontroversi dan mendapat bantahan kuat. 

 "Apa yang keterlaluan dan tidak wajar adalah pindaan draf hudud dan pelan pelaksanaannya masih diselubungi rahsia di sebalik kesungguhan dan implikasi yang meluas mengenainya di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. - Baca lagi  di sini

'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

 Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

 Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

 Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

 Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat. SUMBER
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

1. ada yg dibayar supaya menimbulkan keraguan seolah2 ruu hudud yg dibawa pas belum kemas

2. ada yg dibayar supaya melabel ruu hudud ni adalah hudud pas...bkn hudud allah

3. ada yg dibayar supaya mengalih perhatian dr hudud kpd isu2 yg lain yg kononnya lbh aula dr hudud

4. ada yg dibayr supaya hudud ni dianggap kejam, zalim, primitif

5. dan akan ada lagi yg akan dibayar supaya berkata apa sahaja demi menghalang bkn membantu perlaksanaan

terimala bayaran kamu yg sedikit itu didunia ini...bantulah sesama kamu dlm menghalang usaha murni ulamak

zalim itu apabila yg xder kepakaran dan kemahiran berlagak lebih pandai dan jgnlah kamu cenderung kpd kezaliman....takut kelak...kamu diseret....ke neraka

Saadun Sulaiman said...

Aku akui bahawa setiap apa yang termaktub di dalam Al-Qur'an "WAJIB" di imani oleh setiap orang "ISLAM" yang mukmin dan mukminnah. Tetapi berapa ramai kah mereka ini?

Sebenar nya aku sudah muak membaca berita yang berkaitan dengan "HUDUD" dan segala hukum hakam yang termaktub di dalam Al-Qur'an itu. Seelok dan selayak nya pehak pehak yang kerap "MENGUTARAKAN" hukum hakam tersebut memperbetul kan "AKIDAH" umat "ISLAM" yang kelihatan bercelaru sejak dari dulu dengan meneggas kan sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi, "Barang siapa yang mengada ada kan pembaharuan dalam "ISLAM" dan tidak mengikut sunnah ku maka aku tidak akan mengitiraf mereka sebagai umat ku".

Kecelaruan yang nyata ada lah "TAHLIL ARUAH" di mana keluarga yang di timpa musibah kerap mengadakan nya dengan memberi makan kepada para jemaah yang hadir. Perbuatan ini sungguh mengeliru kan aku berpandukan sabda Rasulullah S.A.W, "Jaffar telah meninggal dunia, elok lah para jiran tetangga menyedia kan makanan untuk keluarga Jaffar".

Akhir akhir ini "SETIAP" masjid jamek di negeri Johor akan mengada kan "TAZKIRAH" atau pun apa sebelum azan Juma'at. Bukan kah perbuatan itu menganggu para jemaah yang beritikaf. Di kala itu ada yang sedang membaca Al-Qur'an, bersolat dan sebagai nya. Tidak kah perbuatan itu menganggu "KENTENTERAMAN" para jemaah?

Berkaitan dengan perbuatan se setengah golongan malah di anjurkan oleh pehak berkuasa apa yang di panggil "MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL", nasyid Ya Hana Na dan cara upacara menyambut maulid dirRassul, adakah ia nya merupa kan sunnah Rasulullah S.A.W?

Kalau nak di detil kan banyak lagi upacara upacara keagamaan yang di lakukan oleh umat Islam yang tidak mengikut sunnah.

Bukan kah elok kalau puak puak yang asyik dengan cerita "HUDUD" ini memberikan penerangan yang sejelas jelas nya berkaitan dengan sunnah Rasulullah S.A.W dahulu. Fikir fikir kan lah wahai Pak Pak Lebai.

Anonymous said...

Macamana nak ambil keputusan ni dalam PAS sendiri pun belum selesai bab Hudud ni apa hal jika dibawa keparlemen memang benar la UMNO akan ketawa bila di cadang dalam parlemen nampak sangat presiden PAS hilang kawalan keatas pemimpin negeri yang dibawah kepimpinannya ,dan juga pemimpin yang tergila sangat nak hukum Allah itu wal hal Allah suruh kaji dulu sebelum ambil keputusan.tunggu dan lihat PAS akan ditertawakan oleh BN.

bat8 said...

Tuan

Realitinya Nik Amar membawa PAS Kelantan bertindak secara bersendirian dengan membelakangkan PAS Pusat. Ada dakwaan yang mengatakan Nik Amar memberi gambaran PAS Pusat merestui tindakan PAS Kelantan sedangkan tiada persetujuan dari PAS Pusat. Ini boleh ke kita kata Nik Amar telah berbohong dan menipu?

Bayangkan dalam dua tiga minggu ini pata-para ustaz PAS terutama yang pro UG mencanang isu hudud kelantan dan begitu kuat mengugut pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cara Nik Amar dengan pelbagai ancaman dan menghukum. Bayangkan orang-orang kuat UG begitu angkuh mengajak DAP,parti kapir bergaduh. Yang lebih bodoh lagi Nik Amar menyuruh DAP keluar dari PR jika tidak menyokong hudud Kelantan ( maksudnya Nik Amar mahu parti kapir sokong hudud dia jugak) Yang paling top sekali Dato Haron Din isytihar tahaluf siyasi PAS dalam PR sudah koyak sebab hudud kelantan sebab DAP tolak hudud kelantan ysng berada diluar kerangka perkara-perkara yang dipersetujui bersama sebagai asas perjuangan PR!

Tup..tup sekarang tindakan Nik Amar ( kerana sekarang PAS Kelantan = Nik Amar. Ahmad Yaakob pengikut je) telah membelakangkan PAS Pusat dan bertindak diluar PAS Pusat!

Kerosakan sudah berlaku dan tidak boleh dipulihkan lagi. Kerosakan ini bukan kecil tetapi amat besar kepada Islam dan perjuangan PAS sejak 63 tahun dulu. Chief clown yang memungkinkan musibah ini betlaku sekarang entah kemana,tidak kedengaran langsung!!!!!..... Chief clown ini seorang pemimpin yang lemah. Dalam keadaan yang begitu mengancam masa depan PAS dan Islam, dia sepatutnya tampil membetulkan keadaan. Muncul menunjukkan kepimpinan yang betwibawa dan tegas menangani musibah ini. TETAPI DIA SUDAH MISSINGGGG.....HILANGGGG!!!!

Cuba check chief clown ni ada ke takde dalam negara. Apakah beliau sudah pergi makan angin dengan rombongan dakwah ke Poland? Dimana presidengggggg PAS ooooooi.....!

Manshor Yahya said...

Dia ni buat kerja macam bancuh teh dan kopi saja. Pelanggan lapar sangat.Buatlah kerja dengan cermat jangan ikut suka hati.

Anonymous said...

jgn terlalu menghina...chief clown???terlalu kasar...cek dulu dia ada dimana dan mengapa dia tak ulas...kalau byk ulas kamu kata terlalu suka mic...dia ada su agung biar sy agung dia buat kerja...bila pas serah dekat umno kamu kata pas hilang perjuangan...sekarang apa???sudah2lah spin kamu yg terpelanting tu...pr satu bangunan tp kedai ada tiga...paham2 je la ada tokey nk marah kedai sebelah jual barang...satu soalan...ada brape juta cina n non muslim kt kelantan?sejak dari mula2 pas menang kelantan dah ada dlm manifesto dia hal hudud...bukan perkara baru...jgn ingat rakyat kelantan bodoh wahai dap...jgn nk kontrol negeri kami!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...