JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, December 01, 2014

PAS : Samada terlalu malas atau terlalu angkuh untuk muhasabah.

Saya fikir PAS jarang muhasabah. Ada 'escapism' kenapa PAS sangat jarang muhasabah - 

1) PAS malas muhasabah, 
2) PAS terlalu angkuh untuk muhasabah. 

Satu ketika dulu, PAS mempunyai nama-nama masyhur seperti Dr. Asri (mantan mufti Perlis), Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR), dan ramai lagi. 

Tetapi PAS gagal dalam pengurusan dan pentadbiran. PAS gagal untuk meletakkan bakat-bakat berharga ini sesuai pada tempatnya. Akibatnya, Dr. Asri keluar dari PAS, UZAR keluar dari PAS dan menyertai IKRAM, dan yang terbaru Dato' Tamrin Ghafar Baba juga keluar dari PAS dan menyertai GAP (Gerakan Anti Perkauman). 

Kegagalan PAS dalam pengurusan dan pentadbiran mengakibatkan PAS gagal mempertahankan Terengganu dan Kedah. 

Masalah terbesar PAS ialah mereka mempunya denial syndrome yang cukup tinggi. Mereka tidak tahan kritikan. Mereka anggap hanya mereka saja yang benar dan betul, terutamanya dalam bidang politik. 

Hasilnya, mereka memandang sinis pandangan luar sama ada penganalisis politik mahupun research organisation (badan kajian?). 

PAS mempunyai ramai ahli berkualiti, tetapi PAS adalah parti yang sangat lemah sama ada dalam Pakatan Rakyat sendiri mahupun dalam medan politik Malaysia. 

Lihat saja forum ekonomi, yang sering muncul menjuarai isu ini adalah YB Tony Pua, YB Ong Kian Ming (DAP) dan YB Rafizi Ramli, YB Nurul Izzah (PKR), sementara PAS kadang-kadang diwakili oleh Dr. Dzulkefly Ahmad. Di mana yang lain? 

Adakah PAS ini hanya parti one-man-show sehingga banyak isu, hanya Dr. Dzulkefly nampak berkaliber untuk menerangkan kepada umum. 

Jika PAS mengaku mempunyai banyak ahli berlatar-belakang ekonomi (sama ada graduan UK, US, Australia) tetapi tidak ditonjolkan mereka, maka PAS gagal dalam seni pengurusan persepsi. 

PAS mungkin tidak sedar, rakyat sedang menilai komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dilihat mampu menjuarai dan memberi solusi untuk menjadi dominan lantas memimpin Pakatan. 

Apabila saya bercakap tentang isu professionalisma, saya merujuk kepada isu-isu nasional seperti ekonomi, pendidikan, perundangan, kebudayaan, pertahanan negara dan dasar hubungan luar negara, bukan sekadar tertumpu pada isu-isu Gaza, Palestin, Syria dan Rohingya. 

Kerana jika hendak menderma kepada negara-negara ini, saya lebih suka dan selesa memilih Aqsa Syarif dan IKRAM for Syria - saya tidak akan memilih Yayasan Amal atau Muslim Care yang menjadi platform PAS. 

Saya sedih melihat rakan-rakan saya di dalam PAS kerana mereka sangat berbakat, graduan dari luar negara, bahkan ada yang ditaja oleh Bank Negara dalam bidang ekonomi. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka ikhlas berjuang untuk parti. Tetapi saya salahkan PAS kerana PAS gagal menguruskan bakat-bakat berkualiti seperti ini, sama seperti PAS gagal menguruskan bakat-bakat seperti Dr. Asri, UZAR dan Dato' Tamrin. 

Kalau PAS hanya sekadar menguruskan usrah, halaqah, tamrin, mukhayyam, saya cadangkan marilah sertai usrah dan halaqah ABIM, Haluan atau IKRAM. 

Mungkin PAS terlupa bahawa mereka ialah parti politik yang berhadapan isu-isu pengurusan sebuah negeri atau negara. PAS kini disibukkan dengan doktrin kepimpinan 'ulama, yang kredibilitinya terlalu lemah dan rapuh. Seolah-olah perjuangan mereka adalah menaikkan individu, bukannya untuk dasar-dasar yang disepakati. 

Jadi, apa lagi yang PAS perjuangkan untuk orang-orang tertindas, miskin, lemah dan dizalimi? 

Sudilah untuk membaca tulisan Ustaz Hasrizal @ Saiful Islam @ Abu Saif, graduan syari'ah dari Jordan yang menulis, "Dan selama saya berada di Jordan, universiti mengajar saya bahawa kepimpinan adalah urus tadbir, ia bukan Fiqh Ibadat, jauh sekali Aqidah. Urus tadbir ada ilmunya yang khusus, ada bakatnya yang khusus. Dan cara saya dan rakan-rakan berorganisasi semasa di bumi Anbiya’ dahulu, tidaklah menjadikan kami para agamawan lebih rendah atau lebih tinggi berbanding rakan-rakan di bidang dan negara lain." 

Adakah masih ada masa depan untuk PAS sebagai parti politik? Ataupun PAS hanya sekadar menjadi JAKIM yang ke-2? 

Berubahlah PAS, lakukan islah atau anda (PAS) hanya menanti untuk retak dan roboh. Terima dan belajar daripada kritikan orang lain meskipun orang luar PAS kerana mereka adalah pengundi anda. 

Jangan hanya tahu mengharamkan buku itu dan buku ini saja. Buku tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) berjudul Kejatuhan PAS Kedah sepatutnya dikaji dan dikritik balik dengan hujah ilmiah berasaskan fakta jika terdapat kesalahan, bukannya mengharamkannya. 

Bayangkan jika ada pelajar sains politik yang mengkaji berkenaan parti politik Islam di Malaysia dan kajiannya diharamkan oleh PAS hanya kerana sikap denial syndrome PAS. 

Komentar Ustaz Hasrizal lagi, "Mungkin dengan kemunculan ‘Parti Islam’ kedua tidak lama lagi tu, baru PAS akan terdesak mutlak untuk membuat perubahan. 

Buat masa ini ‘kemaksuman’ itu masih terus dinikmati bersama. ‘Islamic Jacobins’." Siapa lagi mahu keluar dari PAS setelah Dr. Asri, UZAR dan lain-lain lagi? Muhasabah lah PAS ! You are at stake ! - Mat Kuantum
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

Bodoh wal bangang....klu pas xnk berubah jgn harap mat sabun dan geng2 celaka lajnah pkr dpt pegang jawatan elok dlm pas...cuma x sangka rupanya puak2nya lbh nk mengjahanamkan pas dari nk perelokkan pas cuma akibat propaganda setan...yg elok dikata x elok...yg x elok dikata elok.
Sebenarnya puak2 ni lah yg nk pas srkdr jd jakim 2.

Anonymous said...

Bermuhasabah hanya akan dilakukan kalau ianya menguntungkan ISLAM. PAS kalah diTerengganu dan Kedah bukan kerana PAS ianya kehendak ALLAH s.w.t. Kemenangan ditangguhkan olehNYA buat sementara kerana masih ada lagi sesuatu yang belum diselesaikan. Ingat, PKR dan DAP juga ada sekali bukan PAS je.

kampong lad said...

pas bila dapat kuasa, takdak kerja lain, nak hukum orang. pengundi2 melayu banyak yg dok atas pagar undi pas kerana meluat kat umno.

anamukmin said...

Benar, memang meluat sangat kat umno akan tetapi pas pulak dah nampak mirip perangai orang umno . Beramal jangan Ghurur.setuju dgn apa yg. Penulis kata. Kecewa melihat sikap pas, bermuhasabah la tuan2 sebab amanah Islam lebih utama dari diri pejuang itu sendiri.

Anonymous said...

Bila masa UZAR, MAZA keluar dari PAS? Tlg bagi bukti..

Ferdous Abdul Razak said...

Semua individu perlu muhasabah diri sendiri apatah lagi parti yg bertunjangkan islam. Sebagai individu setelah menjalani kehidupan seharian sebelum tidur kita perlu renung apa yg kita lakukan pada hari itu dan kita perlu lakukan yg lebih baik utk hari2 seterusnya. Jasi muhasabah amat perlu. Sekadar pendapat

bat8 said...

Kat Terengganu dan K3dah s3mua dikawal oleh PAS hampir 100%. Exco kerajaang PAS Terengganu 100% orang PAS.

Kerajaan k3dah cuma ada sorang je 3xco dari PKR. Itupun dia letak jawatan takmau jadi Exco. Susah kerja d3ngan tok l3bai.

anakdesa said...

Anon 8:25

Manusia disyariatkan untuk berusaha bagi mencapai sesuatu kejayaan.

Kita kena berusaha dengan berbagai cara, berusaha dengan cara yang bijak, berusaha dengan cara yang bersugguh-sungguh, berusaha dengan mendengar nasihat orang lain dan macam-macam lagi.

Nasi tidak akan masuk kemulut kalau tidak disuap, menyuap nasi adalah usaha untuk kita makan supaya kenyang, itu adalah SUNATULLAH.

Usaha dan ikhtiar adalah pegangan Ahli Sunnah Waljamaah, bila kita telah benar-benar berusaha tetapi ALLAH tidak izinkan untuk menang barulah dinamakan ketentuanNya.

Jangan cuba nak berdalih dengan menagataka semuanya ALLAH yang tentukan kalau kita belum cukup bijak untuk berusaha.

Maaf saya ikhlas

Anonymous said...

Pas JAKIM yang ke-2.. yang ni ana setuju..

mat kuantum said...

Angkuhnya. Ni mesti ikut perangai presiden. Elok benar tarbiyah Pas dengan perangai buruk kamu

Alhusseyn Alhusseyn said...

Bila masa UZAR, MAZA keluar dari PAS? Tlg bagi bukti..~ itu ada lah soalan yg baik.

Tapi adalah lebih baik kalau di tanya, Hj Hadi nak perkukuhkan PR? Tlg bagi bukti...

bat8 said...

Anon 10:36

Saya tak boleh recall pasal UZAR & MAZA keluar PAS. Tetapi saya ingat serba sedikit mengenai uzar semasa masih menjadi mahasiswa UM.

UZAR adalah Presiden GAPIM. Dia agak aktif menyuarakan isu semasa masa itu. Bila ada PRU atau PRK , beliau dan GAPIN akan berkempen untuk calon PAS. Pasal dia masuk PAS atau tidak saya tak pasti.

Alhusseyn Alhusseyn said...

UZAR memang aktivis PAS suatu ketika dulu. Dia pernah bekerja dgn Hasan Ali sewaktu Hasn Ali giat dgn program Khemah Ibadahnya. Begitu juga Maza sewaktu Allahyarham Ust Fadzil masih ada. Maza banyak membantu PAS terutama dengan berdebat dengan Astora Jabat.

Kg Morten said...

Dari komen setengah di sini gamaknya x akan berubahlah PAS ni.

Mungkin perlu ada macam di Turki kot. Mana yang progresif dan bukan wala' x bertempat keluar berbondong-bondong dan jayakan Islam dalam satu wadah yang lebih Islamik dan bukan turut Presideng walaupun dia salah. Boleh juga nyahkan lebai yang menghancurkan dalam PAS dan bawa PAS ke arah yang lebih bagus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...