GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, December 09, 2014

PEMBELAAN UNTUK ABU KASSIM ABDULLAH

SETAHU SAYA, Abu Kassim Abdullah (Datuk Ust) hanya sekali sahaja menyertai dialog Pasma iaitu bersama saya di Pendang, Kedah pada 23 Nov yang lalu.

 Beliau tidak bercakap perkara buruk walau pun sedikit berkaitan Pas atau pemimpin Pas. Bahkan nada suaranya ketika berucap pun tidaklah selantang panelis lain kerana faktor usia barangkali.

 Atas kapasitinya sebagai veteran Pas, beliau bercerita mengenai pengalaman Pas berhadapan dengan krisis, sikap pemimpin Pas terdahulu apabila berhadapan dengan kritikan ahli, keterbukaan al-Marhum Fadhil Noor terhadap kerenah ahli juga kewajaran pemimpin Pas lebih terbuka dalam situasi krisis.

 Beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan beberapa tindak-tinduk sebahagian pemimpin Pas yang dilihatnya tidak menguntungkan Pas dalam konteks tahaluf siyasi dan peluang untuk pas mendapat undi orang bukan Islam.

  Ketika menjawab soalan hadirin berkaitan dengan wala', beliau menjawabnya dengan bersandarkan kepada beberapa potong hadis mengenai kriteria orang yang patut ditumpahkan wala'.

 Tidak ada langsung perkataan buruk, cercaan kepada mana-mana individu, tohmahan kepada mana-mana pemimpin yang terpacul daripada mulut beliau.

Cuma ucapan beliau kerap diselangi dengan gurauan sederhana yang membuatkan hadirin rasa relaks untuk mendengarnya. Sesekali mereka bertepuk tangan kerana kenyataannya berkaitan dengan pendiriannya dalam beberapa isu terutama isu pemilihan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

 Dengan sekali kehadiran itu (dan beliau rasanya akan hadir kali kedua bersama saya di Kulim pada 13 Dis akan datang) beliau telah dilabel dengan pelbagai label buruk yang di luar daripada batas-batas adab dan susila Islam apatah lagi lagi labelan itu tercetus daripada mulut golongan yang kononnya membela ulama dan gerakan Islam.

Saya percaya, tindakan jahat beberapa individu yang menyamar di sebalik akaun FB yang memburukkan beliau adalah didalangi oleh musuh Pas iaitu Umno/BN.

 Saya percaya juga tindakan jahat itu tidak akan melunturkan azam beliau dan sesiapa sahaja untuk terus membanteras golongan yang sedang memperkukuh jambatan untuk berselingkuh dengan Umno demi habuan dunia yang sedikit yang mereka dambakan.

 Untuk Abu Kassim Abdullah, teruskan. Rakyat bersamamu. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

tiada UG .dan X mahu UG. dari akar humi PAS.X juga Pasma.

Alhusseyn Alhusseyn said...

PasMa diwujudkan kerana perkembangan yang tidak menentu dalam PAS itu sendiri. PasMa mahu mempastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.PAS tidak perlu gusar kalau benar mahu terus bersama PR.

bat8 said...

Cikgu

Betul kata cikgu. Cerita PasMa cerita cukup simple dan mudah macam baca ABC. Takde UG, takde PasMa.

PasMa wujud sebagai satu reaksi dikalangan ahli-ahli PAS terhadap huruhara, tuduhan palsu, sabotaj, fitnah yang dibuat oleh segelintir kecil puak UG untuk memecahbelah perpaduan didalam PAS agar mereka boleh menrealisasikan agenda mereka untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO.

Nak tahu siapa yang mengkhianati PAS, puak UG atau PasMa, kita kena tengok apa agenda mereka dan bandingkan dengan dasar semasa PAS. Senang sebenarnya.

Puak UG yang dipelopori oleh sebilangan kecil golongan uganawan, yang majoritinya dari PAS Terengganu, mahu membawa PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO BARU YANG SEDANG NAZAK SEKARANG DAN YANG MENINDAS ORANG MELAYU SELAMA INI. 6 tahun puak ini menjalankan agenda mereka didalam PAS secara gelap. Sehingga hari ini mereka tidak berani mengisytiharkan agenda puak mereka secara terang-terangan....6 tahun dok bergerak secara gelap dan berselindung disebalik gekaran ulamak serta jawatan rasmi didalam PAS.

PasMa ditubuhkan tahun ini, setelah berlaku pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh puak UG. PasMa adalah sebuah NGO yang sah berdaftar mengikut undang-undang ( UG adalah pakatan gelap dan penuh rahsia. Tak berani isytihar secara terang seperti PasMa). Tujuan PasMa dinyatakan dengan jelas dan terang-terang- untuk memperkukuhkan PAS didalam PR ( adakah puak UG isytihar tujuan mereka nak bawa PAS bekerjasama dengan UMNO secara terang-terangan? Tetapi mereka terus menjalankan agenda mereka menggunakan platform PAS seperti usrah, tarbiah dll. Mereka merahsiaka tujuan mereka sebe nar untuk memancing sokongan ahli PAS dengan menggunakan tektik " kepimpinan ulamak di dalam PAS kini terancam dll ).

Sekarang kita lihat apa dasar semasa PAS dalam isu yang melibatkan puak UG dan PasMa ini. DASAR PAS SEKARANG IALAH KEKAL DIDALAM PR DAN BERUSAHA UNTUK MEMPERKASAKAN PR. Dasar ini adalah keputusan muktamar PAS di Ipoh tahun 2008. Dasar ini terus diperkukuhkan oleh muktamar-muktamar selepasnya.

Jadi, tuan-tuan bandinglah sendiri dimana kedudukan puak UG dan PasMa didalam perjuangan PAS!

Anonymous said...

Bat 8,sy bersama mu,tepat dan jitu...jd puak-puak yg termimpi-mimpi mahupun sudah berketa mewah dan lebat sampol surat,sendiri mahu ingat,jgn jd insan yg takut bayang-bayang sendiri disangka hantu polong dan sebagainya...

Anonymous said...

Harap tuan Bat8 dapat edarkan bukti UG nk bersatu dgn UMNo. Biar kita tahu agenda mereka. Video2 agenda PaSma dh byk tersebar & org dh boleh baca apa agenda pasma.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon december 12, 7:24:00 am, Dalam blog ini banyak bukti-bukti yg UG nk bersatu dgn UMno. Rajin-rajinlah scroll, jangan nak tunggu Bat8 suapkan . Antaranya kenyataan USt Ahmad Awang ketika Muktamar dulu :

Hendak bersama Umno - Jangan cakap tak ada “Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat. Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”. Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada.

Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”.~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3

bat8 said...

Senang sahaja nak kenal ustaz mana geng dan penyokong UG. Diperingkat akar umbi samada dalam program parti, dalam usrah, dalam progtam tarbiah - mereka mula bercerita tentang kedudukan ulamak di dalam PAS sedang terancam, mereka mula bercakap buruk tentang anwar dan pkr, bagaimwna sekarang wujud golongan penyokong/penjilat Anwar ( depa dah xserang UMNO dah), bercerita komplot untuk menjatuhkan TGHH sebagai presiden atau yang berkaitan TGHH, dok cerita pasai PAS kena buli dgn PKR dan DAP....sah tu la ratib UG. Satu lagi, bila bercakap pasai TGHH, depa puji melambung-lambung sampai mita dengaq pun dah maksum macam Nabi. TGHH adalah ulamak hebat tetapi sebagai pemimpin politik Islam, ko. Dia dah sampai masa dia bagi kat org lain plak. TGHH masih boleh memberi sumbangan besar krpada PAS dalam peranan dan fungsi yang lain selain jawatan Presiden PAS sebab PAS perlu keilmuan ugamanya yang tinggi.

Satu lagi. Mana-mana ustaz yang dok bukak mulut menghentam parti rakan atas isu yang remeh seperti tantawi dok bantai kerajaan pulau pinang hari tu - mmg kaki UG. Tujuannya depa nak bagi persepsi yang PR ini tidak sepakat, banyak konflik.

Itulah antara ciri2 nak kenai puak UG ni. Cikgu.....tolong tambah.

Yang penting puak UG ni beberapa kerat je. Mereka nsmpwk macsm kuat sebab kepala2 mereka yang 2,3 orang yang berjawatan didalam PAS sering mengeluarkan kenyataan dan arahan yang menguntungkan mereka dan memburuk-burukkan PR. Kalau sesiapa perhati perkembangan UG ini dari awal, dia pasti dapat menamakan pemimpin-pemimpin UG yang 2,3orang ni dikalangan pemimpin utama PAS!

Anonymous said...

dah kalu pkr jadi jahat mcm umno jugak mcmana cikgu?kena bersama jugak ke tak masa tu?saja ja nk tanya hehehe...anwar pun bukan maksum mcm hj hadi jugak tak maksum...rumah besar kt segambut tak maksum la hahaha...

bat8 said...

Anon 2:41

Cari le alasan lain hendak menegak benang basah. Jika asyik guna perkataan " KALAU" macam2 kita boleh auta.Contoh : KALAU HAJI HADI BUAT RUMAH LEBIH BESAR DARI ISTANA NEGARA YANG BARU BERNILAI RM 2 BILLION? KALAU PAS MENJADI LEBIH TEROK DARI UMNO DIBAWAH KEPIMPINAN HAJI HADI DAN PUAK UGNYA?

Jika hendak paksi buah ""KALAU" sampai kucing tumbuh tanduk pun xhabis! Jika perkataan "KALAU" ni disalahguna seperti sdra, maka macam cerita mst jenin bolrh dikarang orang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...