GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, December 07, 2014

Perbicaraan Presiden PAS; Saksi Plaintif Mengaku Tidak Menulis Berita Berkenaan

KUALA TERENGGANU – Perbicaraan kes saman melibatkan Presden PAS oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin, hari ini menyaksikan kehadiran buat pertama kalinya saksi pihak plaintif dari akhbar Kosmo.

 Wartawan, Lokman Riduan Mohd Nor mewakili Kosmo dari Kuala Lumpur, yang sebelum ini gagal hadir dua kali menyebabkan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Prosiding melibatkan beliau berlangsung kira-kira 10 minit dimana Lokman telah diajukan soalan oleh kedua-dua peguam plaintif dan defendan itu.

 Mahkamah sesak dipenuhi hadirin yang majoritinya adalah penyokong Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antaranya adalah pemimpin PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad.


 Kelibat Shamsul sendiri dan beberapa orang penyokongnyaturut di lihat diruang perbicaraan.

 Berikut adalah transkrip soal jawab diantara Lokman dan peguam-peguam terlibat:

 Setelah mengangkat sumpah memberikan keterangan, Lokman ditanya oleh peguam plaintif (PP) dan peguam defendan (PD).

 PP: Boleh bagitahu jawatan?
 Lokman : Saya adalah wartawan Kosmo di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur.

 PP: Mohon saudara Lokman mengesahkan keratan akhbar Kosmo bertarikh 23 April 2013.
Lokman: Ya.

 PP: Tiada soalan lain Yang Arif.

 Selepas itu, pihak peguam defendan (PD) Haji Asmuni Awi mengemukakan soalan yang dijawab oleh Lokman seperti dibawah;

 PD: Siapakah pemberita yang hadir pada malam tersebut?
Lokman : Tak faham.

PD: Adakah saudara Lokman sendiri yang hadir?
Lokman : Tidak.

PD : Siapakah pemberita Kosmo yang hadir?
Lokman : Saya tidak tahu.

PD : Setuju saya katakan wartawan Kosmo tidak hadir pada malam itu?
Lokman : Saya tidak pasti.

PD: Setuju sebenarnya Kosmo sedut berita ini dari sumber lain dan letakkan dalam akhbar?
Lokman : Saya setuju.

PD : Dari sumber mana?
Lokman : Ia diambil dari berita agensi Bernama dan rakaman ceramah yang ditonton oleh pemberita.

PD : Boleh namakan wartawan yang menonton video itu?
Lokman : Ikhwan Azwa Hamidun.

PD : Ada dia hadir?
Lokman : Tiada. 

PD: Siapa Ikhwan itu?
Lokman : Ketika itu dia wartawan Kosmo di Kuala Lumpur.

PD : Sekarang dia berada di mana?
Lokman : Telah berhenti kerja.

PD : Boleh sahkan bahawa beliau yang buat berita itu?
Lokman : Kami berdua tidak buat berita itu.

PD : Siapa?
Lokman : Saya dan Ikhwan.

PD : Siapa yang mengarang berita ini?
Lokman : Muka hadapan biasanya pengarang yang bertugas.

PD : Siapa?
Lokman : Saya tidak ingat.

PD : Setuju kehadiran Lokman untuk sahkan berita ini disiarkan oleh Kosmo?
Lokman : Saya setuju. 

Mahkamah kemudiannya meneruskan prosiding dengan hujahan oleh kedua-dua belah pihak.

 Hakim Yang Arif Dato’ Mohd. Yazid Mustafa bagaimana pun menangguhkan perbicaraan sehingga 15 Disember ini bagi membuat keputusan untuk kes ini.sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...