GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, December 12, 2014

Setelah Nik Aziz berjaya disingkirkan ....

Utusan Meloya pernah melaporkan kenyataan Mursyidul 'Am PAS pada Mei 2013 lalu sebagai berikut :
KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.


"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya. SUMBER 
Sekarang, kalangan UG sudah tidak perlu berselindung lagi apabila TGNA sudah tidak ada kuasa. Beliau terlalu uzur sekarang ini dan hanya mendapat maklumat dari kalangan UG..... 

Beliau kini tidak mampu nak ludah muka-muka yang nak menyatukan Umno dan PAS yang semakin ramai berani menampakan diri mereka yang sebenar.



Puak-puak UG kini berjaya menjadikan TGNA tidak ubah seperti harimau sarkis yang tiada gigi lagi.Kata-kata TGNA habis disanggah dan diketepikan.

TGNA pernah berkata, "Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas.Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama."


Tetapi apa kata puak UG sekarang ini setelah mereka berjaya menyingkirkan TGNA dan Husam Musa dari menerajui  Kelantan? Bukan sahaja sanggup berpeluk dengan Umno/BN, malah sanggup keluar dari Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat yang telah terbukti membawa banyak kemajuan kepada perjuangan rakyat negara ini.




PAS seolah-olah meronta-ronta mahu keluar dari PR. Bekali-kali ulang kenyataan mahu mengkaji semula tahaluf siyasi. Berkali-kali mengugut mahu keluar PR. Tunggu apa tungu? Keluarlah kamu wahai UG. Jangan ingat kami yang dalam PAS ni semua setuju dengan kamu!

 Tolong buat keputusan yang jitu dan tuntas dalam muktamar nanti.


Gambar TGNA hanya hanya sekadar dimuat hias dalam mana-mana poster program-program UG sahaja....Ngaumannya sudah tidak segarang seperti mana dahulu.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Akhirnya pas sekarang dh kna beli... Agama dan dasar perjuangan pas utk rakyat pun d jual semata utk duit dan reta... Ckp prjuangn utk rakyat tp dah tinggal havuk...adios pas...

Anonymous said...

Tidak ada UG. Semua tu mengarut.

Ritchie Blackmore said...

Sah lu duduk bawah tempurung!!!

Anonymous said...

yang ada ialah pkr yg tak puas ati pas tak ikut telunjuk dia dan buat mcm2 fitnah kepada pas konon pas nk join umno dan pkr harap pas akan diterajui oleh pemimpin yg boleh dicucuk hidung oleh pkr...jgn ingat pas ni bodoh wahai pkr...pas dah bekerjasama dengan bn lepas 13 may dan telah rasa bagaimana dikhianati dan sekarang pas lebih berhati hati dengan rakan kongsi mereka kerana tak mau pisang berbuah dua kali...korang ingat anwar ibrahim tak pandai main tipu mcm umno ka???!!bekas anak didik mahathir takkan tak pandai belit mcm mahathir...

CEO Siber said...

....


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4


Sabar ye Anak2 Muda Johor... Kalian perlu tabah..




Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<






(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<

bunbinban said...

Geng ostaz dan lebai2 ni jual agama je lebeh. Sesama sendiri pun gelar mcm2. Fitnah dah jadi wajib. X ikut geng dorang kira anti ulamak.

Anonymous said...

Disbbkan Hadi dan UG - Pas pasti Binasa .

Pangkat , Nama , Kemewahan , Kuasa - pasti Binasa .

Manusia bertanggongjawab atas amal perbuatannya didunia.
Hari ini iaitu didunia adalah amal perbuatan tanpa Hisab.

Esok - Adalah pasti - tatkala Sakraral Maut dtg menjemput - adalah hari perhitungan tanpa amal.

Perbuat lah apa jua kehendak mu wahai Hadi dan UG - Yang pasti anda semua akan Binasa.

bat8 said...

Anon 11:00

Ghupernya PKR yang tak puas hati dengan PAS? Patutpun. Yang kita dok baca kat utusan malaysia beberapa orang ustaz PAS yang dok tergila-gila kat UMNO yang dok balun rakan dalam PR. Gitu le gamaknya cara PKR tak puas dengan PAS iaitu ustaz UG dalam PAS dok balun rakan dalam PR.

Betul PAS dan pemimpin PAS sudah merasai dikhianati semasa menyertai BN dulu. UMNO yang ajak PAS masuk BN. UMNO juga yang khianati PAS.

Soalanya, selain TGNA dan Dato Mustafa Ali, ada lagi ke pemimpin2 PAS masa tu dalam kepimpinan PAS hari ini? Apakah TGHH mengalamii sendiri pengkhianatan itu? Adakah Ustaz Nik Zawawi, At takiri, Nik Abduh, Tantawi dan Satiful.Bahri juga mengalaminya?

Pengkhianatan tersebut adalah pengkhianatan kepada PAS dan pemimpin2 PAS masa ittu secara peribadi. PAS itu dan PAS sekarang masih sama. Tetapi pemimpin2 PAS yang dikhianati oleh UMNO masa tu bukan pemimpin2 PAS yang ada hari ini termasuk TGHH.( TGHH masa tu, tahun 1978 belum masuk PAS pun jauh sekali berada dalam pimpinan PAS pusat).

Kalau pemimpin2 PAS hari ini terutama puak UG mengalami dan memahami hakikat serta kepedihan pengkhianatan oleh UMNO semasa dalam BN dulu - MAHUKAH MEREKA TERGILA-GILA HENDAK BEMERJASAMA DENGAN UMNO BARU SEKARANG?

JANGAN UNGKIT, JANGAN MENGHINA PEMIMPIN2 PAS MASA ITU YANG DIKHIANATI OLEH UMNO - JIKA HANYA S3KADAR H3NDAK MENEGAK BENANG BASAH!



Anonymous said...

cikgu pa dan tok guru nik aziz yg kamu kata ada masa zaman bn dulu...cikgu pa pun dikatakan nk tegakkan UG...kamu tahu apa implikasi bila perkara UG ni dibincang diblog tanpa komen yg ditapis?kamu lihat macai umno yg menyamar dlm blog menghina dan memaki pimpinan tak kira pas dan pkr...bila penyokong baca apa kesan dia?takkan tak terasa...kita lihat pimpinan dimaki secara bebas tanpa sekatan...aku suka baca artikel terbaru saudara sayuti pasal majlis pimpinan presiden...kepala yg dingin...genius politik lain cara menulis...bukan bikin panas 24/7...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...