GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, January 03, 2015

Ada sesiapa yang nak pertahankan Khalid?


Nampaknya puak-puak yang begitu semangat berapi-api suatu ketika dulu mempertahankan Khalid Ibrahim kini tentu kesejukan....  Maklumlah kerana sibuk membantu mangsa banjir .... Kalau tidak tentu mereka akan bersuara....Tang bantu banjir tu, semua orang sokong. Tapi ingat, bukan korang saja yang gi bantu, PasMa pun ada bantu diseluruh negara.

Sekarang ni senyap dah tak berkutik langsung!Pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta telah dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

 Antara pembantu bekas menteri besar yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa’ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000). Laporan Malaysian Insider :

Bayaran pampasan RM2.6 juta perlu dipulangkan semula, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali ditemuramah selepas 
sambutan Maulidur Rasul di Stadium Malawati Shah Alam hari ini. 
– Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Januari, 2015. 
Pengurusan baru Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mengarahkan lapan orang pembantu yang menerima bayaran pampasan sejumlah RM2.6 juta ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memulangkan wang itu semula, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

 Beliau berkata, siasatan MBI mendapati beberapa kesalahan yang melanggar tatacara kewangan dalam pembayaran pampasan atau "golden handshake " itu, menyebabkan pihak terbabit perlu memulangkan kesemua wang berkenaan dalam tempoh 14 hari.

 Azmin berkata notis arahan tersebut sudah dikeluarkan dan akan dihantar kepada lapan pihak terbabit, termasuk kepada bekas setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz yang dilaporkan menerima bayaran RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

 "Pihak pengurusan sudah pun memaklumkan kepada saya yang surat akan dihantar kepada semua, untuk mereka kembalikan wang yang sudah dibayar kerana didapati beberapa perkara melanggar tatacara dan peraturan kewangan. - Berita selanjutnya : di sini
Comments
8 Comments

8 comments :

mosabit said...

duit rakyat tu...bukan duit mak bapak dia orang....kah kah kah

Anonymous said...

Kita tunggu dia orang buat solat hajat supaya 2.6 juta tersebut di pulangkan semula

Anonymous said...

Untuk berlaku adil pada kedua2 pihak, elok jumpa di mahkamah. Tengok sapa kena....

Anonymous said...

Kli disiarkanlah....Agak2 yg gaji singgit tu tp claim berjuta2 kire camner plak tu?

Anonymous said...

azmin tu pun mb pas tu bukan mb pkr hahaha pkr nk kak wan hahaha

Anonymous said...

Sape yg NAMPAK bodoh sokong TSKI?
-bukankah morshiithole Nik Aziz??
-bukankah sifakeh FITNAH pilkuda???
-bukankah majlis-SYOORU-ular/msu?
-bukankah 4exco BEBAL-ug itu??
-inikah ulamak..atau ularrrMAK???

Yess!
Duit rkyt itu WAJIB dipulangkan sgera!

Yess!
Sume siBEBAL-bahallol yg diATAS itu juga WAJIB dikenakan HUDUD krn brsubahat ddlm JENAYAH songlap 2.6juta duit umat!?
..itu tidak trmasuk JENAYAH 10billion deal-AIR yg lg besar dan dahsyat!!??

Apa Nik Aziz nak jwp kat hari MAHSYAR nanti???..harap2 Nik Aziz baca tulisan drp aku yg dah memang bahallol ini!?

Anonymous said...

Geng ostad yang patut menyatakan pendirian pertahan TKSI ialah ostad norazli janggut terlebih panjang segenggam, ostad sharhan sirazi gombak, ostaz2 lain yang hadir solat hajat seperti ostad dasuki derani, ostad saifuddin komtas, ossstad doktur zuhdi marjuki dan ostad-ostad yang sesiapa tahu dapat menumpang tuii TKSI serta exco-exco pas yang bersama TKSI yang dikatakan kedekut. Apacam bila dan di mane itu perjumpaan solat hajat. Tolonglah jangan tipu rakyat...jangan alim-alim kucing wei.

Anonymous said...

Yg buat solat hajat dulu tu ada dapat juga ka. Siasat jgn tak siasat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...