GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, January 05, 2015

Ayat bahlol Zuhdi...

Bunyi nampak molek jer, tapi inilah bibit-bibit ke arah gagasan yang pernah Zuhdi utarakan dalam wassapnya yang menjadi viral tidak lama dulu:



Menurut seorang sahabat diwassap yg saya sertai menukilkan :

Ayat bahlol Zuhdi...pusing2 last sekali kearah UMNO-PAS bersatu..Mangkuk ayun...

 Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mesti menjalankan tanggungjawab masing-masing. Bukan Pas dan Umno mesti bersatu... Kita amat yakin kenyataan Zuhdi ialah hasil 90% perbincangan bersama dengan Presiden PAS..

 Untuk membangunkan semula Kelantan , bukannya Umno dan Pas yg perlu bersatu . Itu bagi ambo retorik politik untuk segolongan yang berkepentingan sahaja . Hanya Islam yang membolehkan ianya bersatu , bukan atas nama pembangunan bukan juga atas nama melayu Islam.

 Bagi membangunkan semula Kelantan , apa yang perlu dibuat ialah Kerajaan Persekutuan menjalankan tanggungjawabnya mengikut Perlembagaan ke atas negeri Kelantan. Pada masa sama , Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan negeri seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan . Ertinya masing-masing menunaikan tanggung jawab dengan penuh kredibeliti dan berintergriti.

 Kalau setakat Pas dan Umno sahaja yang bergabung , rugilah negeri-negeri yang dikuasai BN ! Apakah mungkin akan ada exco Pas di Johor , Melaka , Kedah , Pahang dan Terengganu ?


UMNO, Pas perlu ketepikan politik



KUALA LUMPUR 4 Jan. - UMNO dan Pas disaran mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bagi merancang pembangunan semula negeri itu selepas bencana banjir.

 Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, jawatankuasa itu boleh dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana menteri kanan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

 “Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak semestinya melibatkan penggabungan antara UMNO dengan Pas, seperti yang dibimbangi oleh sesetengah pihak dalam kedua-dua parti itu sendiri. - Berita penuh di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

5sal said...

UG tetap UG gak kot mana pun pi kesitu gak wala'katakan.geng UG/GU cakap cam na pun cam tu gak,ada 2 telinga tapi pekak,ada 1 lidah tapi cakap berbelit2.tak boleh teguq geng ni.

mohd shahran said...

tak habis2. declare jadi ulamak umno la senang tak timbul fitnah

Anonymous said...

Ramai agen UMNO dalam PAS sekarang. Strategi infiltrasi UMNO nampak hampir berjaya. Geng Task Force memang hebat.

Anonymous said...

macam ni punya orang pun ada dalam pas. Saja nak kena patuk ular 2 kali nih...

Malaysiabaru said...

Salam 1banjir

Apa kata bubar umno dan pas ... Jom sokong pasma dan pekosa

Anonymous said...

Negeri-negeri yang ramai geng ustart dan UG banjir besar. Mengapa eh? Temerloh dan Pekan banjir besar. Ngape eh? Allah swt maha mengetahui.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...