GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, January 20, 2015

Benarkah hanya Hj Hadi sahaja layak jadi Presiden PAS?

RAKAMAN ULASAN OLEH AL-FADHIL YANG BERHORMAT TUAN GURU USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI AHLI PARLIMEN TEMERLOH MERANGKAP AHLI MAJLIS SYURA ULAMAK PAS MERANGKAP AJK PAS PUSAT DAN RANGKAP-RANGKAP LAIN... (Audionya ada di mana-mana....)

Sehari dua ni macam ada satu tindakan terancang untuk menukar Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS. Ramai wartawan tanya saya berkait dengan perkara ini, jawapan saya mudah saja, untuk menukar kepimpinan, kita mesti tukar kepada yang lebih baik, tidak ada erti dan tidak ada nilai kita menukar jika yang ditukar itu tidak lebih baik daripada yang asalnya, yang sebelumnya, jadi kalau nak tukar Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, maka sila tampilkan satu susuk yang lebih tinggi ilmunya, berbanding Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, yang lebih luas pengalaman politiknya, yang lebih tegas prinsip perjuangannya, yang lebih warak sikap peribadinya, yang lebih hebat auranya, kerana kita kena ingat, kepimpinan ini mesti diserah kepada yang lebih layak, nilaian nak serah amanah kepimpinan adalah kepada yang layak, bukan serah kepada team kita, bukan serah kepada kem kita, bukan serah kepada orang kita, asal kem kita, asal orang kita, asal team kita maka dia lah yang layak jadi presiden, jadi pemimpin, tidak… nak tukar boleh tapi mesti kepada yang lebih layak, ingat pesan Nabi:

 “Daripada Abi Hurairah Radhi Allahu anhu telah berkata, Rasulullah SAW bersabda “Apabila berlaku penyelewengan amanah, maka tunggulah detik kebinasaannya”. 

Beliau berkata “Bagaimanakah yang disebut sebagai penyelewengan amanah itu, pengabaian amanah itu Ya Rasulullah?” 

Lalu Rasulullah SAW menjawab “Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang tidak layak, untuk mengendalikan urusan itu, maka tunggulah kebinasaannya”.”

 Demikian juga soal kepimpinan, dalam kepimpinan ini nak serah amanah kepimpinan, pucuk kepimpinan yang tertinggi mesti diserahkan kepada yang lebih layak. Jika diserahkan kepada mereka yang tidak layak, tetapi semata-mata kerana dia adalah orang kita, dia adalah geng kita, dia adalah kem kita, maka tunggu lah kebinasaan.

 Oleh kerana itu saya pesan, sebelum terlambat, jangan binasakan jemaah, jangan rosakkan perjuangan ini, semata-mata kerana kita mahu melunaskan kemahuan, keinginan, nafsu dan emosi kita, tetapi lihat kepada merit seseorang pemimpin itu mestilah menepati apa yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.


 Inti pati ulasan Tuan Guru Ust Nasruddin tu amat baik tetapi banyak juga yang boleh diulas.

 Beliau mengatakan semacam ada tindakan terancang menukar TGHH selaku Presiden. Amat jauh buruk sangkanya. Aku rasa dan aku yakin tidak ada usaha terancang atau tidak terancang untuk menukar atau mengenepikan kepimpinan TGHH. 

Apa yang dibincangkan dan dicadangkan ialah TGHH naik setapak lagi daripada Presiden kepada Mursyidul Am. Jika al-Fadhil Ust Nasruddin faham hierarki kepimpinan PAS maka beliau akan tahu bahawa yang tertinggi di dalam PAS ialah Mursyidul Am, bukan Presiden. 

Presiden letaknya di peringkat kedua hierarki parti. Peringkat pertama ialah Majlis Syura Ulamak yang mana Mursyidul Am ialah ketuanya. Ust Nasruddin yang merupakan ahli Majlis Syura Ulamak mesti tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu. Ini susahnya ustaz-ustaz sekarang, tahu tapi buat-buat tidak tahu. 

Peringkat kedua kepimpinan parti ialah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mana Presiden adalah ketuanya. Maka Presiden adalah level kedua dalam PAS berbanding Mursyidul Am. 

Justeru menaikkan TGHH daripada Presiden ke Mursyidul Am bukan menolak beliau malah menaikkan dan meninggikan martabat beliau sesuai dengan ketokohan, ilmu, warak peribadi, teguh prinsip perjuangan dan sebagainya. Mursyidul Am ialah jawatan atau tempat yang paling sesuai bagi TGHH.

 Pucuk pimpinan tertinggi parti ialah Mursyidul Am. Dengan keuzuran Tuan Guru Hj Nik Aziz, siapa lagi yang lebih layak menggantikan beliau sebagai Mursyidul Am jika bukan TGHH? Adakah kita hendak kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din lebih layak daripada TGHH?? 

 Jika Tuan Guru Dato' Dr Haron Din lebih layak daripada TGHH, maka lebih elok Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dipilih dan dilantik sebagai Presiden PAS dan TGHH dipilih sebagai Timbalan Presiden.

 Presiden boleh diisi oleh orang lain samada Dato' Tuan Ibrahim, Dato Husam, Hj Salahuddin, Ustaz Nasruddin sendiri, Hj Mohd Sabu atau sesiapa saja yang layak. Adakah tidak ada orang lain yang layak mengisi jawatan Presiden? 

 Adakah hanya TGHH yang layak? Ramai yang layak cuma di"tidaklayakkan" oleh segolongan orang yang tidak suka dan oleh segolongan orang yang membutakan mata hati. 

Cuma aku mencadangkan sesiapa saja yang hendak mengisi jawatan Presiden yang ditinggalkan oleh TGHH setelah beliau menjadi Mursyidul Am, Presiden itu hanya memegang jawatan Presiden dan tidak jawatan-jawatan lain di peringkat-peringkat lain.

 Atas dasar itu aku cadangkan Hj Salahuddin sebagai Presiden dan TGHH sbg Mursyidul Am.

 InsyaAllah jemaah dan perjuangan ini tidak binasa selagi Majlis Syura Ulamak yang diketuai oleh Mursyidul Am baru iaitu TGHH sentiasa memantau dan memandu perjalanan jemaah. Kenapa takut dengan kebinasaan jika kita ada untuk mencegah kebinasaan itu. Tidak yakinkah kita dengan kemampuan kita? 

Hadith Rasulullah itu benar. Kepimpinan mesti yang layak. Al-quran juga menyebut berkaitan hal itu. Ayat 58 surah An-Nisa', Allah berfirman :

 "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"

ZULHAZMI SHARIFF
20/01/2015
Comments
6 Comments

6 comments :

bat8 said...

Tuan

Ini ulasan empunya diri kepada ulasan vellfire.

**** ULASAN ZULHAZMI ****

Inti pati ulasan Tuan Guru Ust Nasruddin tu amat baik tetapi banyak juga yang boleh diulas.

Beliau mengatakan semacam ada tindakan terancang menukar TGHH selaku Presiden. Amat jauh buruk sangkanya. Aku rasa dan aku yakin tidak ada usaha terancang atau tidak terancang untuk menukar atau mengenepikan kepimpinan TGHH. Apa yang dibincangkan dan dicadangkan ialah TGHH naik setapak lagi daripada Presiden kepada Mursyidul Am. Jika al-Fadhil Ust Nasruddin faham hierarki kepimpinan PAS maka beliau akan tahu bahawa yang tertinggi di dalam PAS ialah Mursyidul Am, bukan Presiden. Presiden letaknya di peringkat kedua hierarki parti. Peringkat pertama ialah Majlis Syura Ulamak yang mana Mursyidul Am ialah ketuanya. Ust Nasruddin yang merupakan ahli Majlis Syura Ulamak mesti tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu. Ini susahnya ustaz-ustaz sekarang, tahu tapi buat-buat tidak tahu. Peringkat kedua kepimpinan parti ialah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mana Presiden adalah ketuanya.

Maka Presiden adalah level kedua dalam PAS berbanding Mursyidul Am. Justeru menaikkan TGHH daripada Presiden ke Mursyidul Am bukan menolak beliau malah menaikkan dan meninggikan martabat beliau sesuai dengan ketokohan, ilmu, warak peribadi, teguh prinsip perjuangan dan sebagainya. Mursyidul Am ialah jawatan atau tempat yang paling sesuai bagi TGHH. 

Pucuk pimpinan tertinggi parti ialah Mursyidul Am. Derngan keuzuran Tuan Guru Hj Nik Aziz, siapa lagi yang lebih layak menggantikan beliau sebagai Mursyidul Am jika bukan TGHH? Adakah kita hendak kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din lebih layak daripada TGHH?? Jika Tuan Guru Dato' Dr Haron Din lebih layak daripada TGHH, maka lebih elok Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dipilih dan dilantik sebagai Presiden PAS dan TGHH dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Presiden boleh diisi oleh orang lain samada Dato' Tuan Ibrahim, Dato Husam, Hj Salahuddin, Ustaz Nasruddin sendiri, Hj Mohd Sabu atau sesiapa saja yang layak. Adakah tidak ada orang lain yang layak mengisi jawatan Presiden? Adakah hanya TGHH yang layak? Ramai yang layak cuma di"tidaklayakkan" oleh segolongan orang yang tidak suka dan oleh segolongan orang yang membutakan mata hati.

Cuma aku mencadangkan sesiapa saja yang hendak mengisi jawatan Presiden yang ditinggalkan oleh TGHH setelah beliau menjadi Mursyidul Am, Presiden itu hanya memegang jawatan Presiden dan tidak jawatan-jawatan lain di peringkat-peringkat lain. 

Atas dasar itu aku cadangkan Hj Salahuddin sebagai Presiden dan TGHH sbg Mursyidul Am.

InsyaAllah jemaah dan perjuangan ini tidak binasa selagi Majlis Syura Ulamak yang diketuai oleh Mursyidul Am baru iaitu TGHH sentiasa memantau dan memandu perjalanan jemaah. Kenapa takut dengan kebinasaan jika kita ada untuk mencegah kebinasaan itu. Tidak yakinkah kita dengan kemampuan kita?

Hadith Rasulullah itu benar. Kepimpinan mesti yang layak. Al-quran juga menyebut berkaitan hal itu. Ayat 58 surah An-Nisa', Allah berfirman :

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat"

ZULHAZMI SHARIFF
20/01/2015

Anonymous said...

Inilah silapnya Zulhazmi, dia menamakan hanya dua calon iaitu Din dan Man. Sepatutnya perlu letak satu nama lagi untuk buat barua paling setia kepada Haji Hadi supaya diam dan terus diam. Calon tersebut ialah tak lain tak bukan ialah jeng jeng jeng, AL-FADHIL YANG BERHORMAT TUAN GURU USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI THE (V/H?)ELLFIRE.

Khurafat sangatlah kalau kata hanya Haji Hadi yang layak memimpin PAS. Kena pi padam orang tua tu yang kemuliaaan hilang sebab berucap yang memiliki unsur fitnah... sapa nak ganti? Melainkan tak lain tak bukan AL-FADHIL YANG BERHORMAT TUAN GURU USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI THE (V/H?)ELLFIRE.

partiajaransesatpas said...

Dulu tontontvi al bodohi kata siapa lebih layak ganti t.s Khalid.
Hari ni siapa lebih layak ganti hadi..
Serban ko tu buat otak ko beku... Amalan sunnah kunun

maaf berkate said...

tantowi kan asal ganu,dia mesti bekap orang ganu gak.tak gitu?

Anonymous said...

Kepada Zulhazmi,
Gunakan lah saluran yang betul tak perlu nak membahaskan isu melibatkan parti dikhalayak umum. Biar muktamar yang menentukannya. Gunakan pengaruh kamu dimuktamar nanti.

bat8 said...

Tang kena batang hidung sendiri, minta ikut saluran. Tang batang hidung orang, kita gasak ikut suka kita. Saluran buang kelaut.

Apa yang menghinanya tentang cadangan Zulhazmi? Logik yang dikemukakan masuk akal. Tempat selayaknya untuk TGHH adalah sebagai mursyidul Am. Begitu juga dengan cadangan agar ahli MSU tidak memegang jawatan yang lebih rendah dimana-mana peringkat.

Menarik juga jika sdra daoat ulas dengan jelas dimana tak eloknya cadangan zulhazmi ini. Sekurang2nya kita boleh melihat dari perspektif berbeza yang orang lain tak nampak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...