JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, January 15, 2015

Betulkah JAWI berani bertindak demi Allah dan RasulNya?

Aksi ini lebih ganaz dari aksi K-Pop.
Lama dah tersebar dimedia sosial.... 

Nak gelak pun ada. Nak marah pun ada.Baru saja baca berita yang melaporkan pasal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) nak waran tangkap remaja yang dirangkul dan dicium artis K-Pop.

Aku bukanlah nak memihak kat remaja tu, tapi tindakan JAWI selama ini yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kelakuan biadap sesetengah VVIP yang menyebabkan perkara seperti itu sudah macam tidak terkawal lagi.

Pendedahan pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor yang berkongsi pengalamannya melihat gelagat para “isteri orang” dan “makcik-makcik” ketika berdepan dengan artis pujaan mereka amat mengejutkan kita semua.

“Saya pernah lihat para isteri orang, makcik-makcik meraba dan mengucup para artis lelaki tempatan,” katanya di sini

Kenapa JAWI tidak memantau majlis-majlis seumpama ini? Sepatutnya mereka perlu memantau majlis-majlis seumpama ini daripada sibuk memantau majlis-majlis ilmu atau ceramah politik.Harap-harap setiap majlis hiburan, pihak penguasa agama sentiasa bersama untuk membuat pemantauan.

Aku nak korang berkongsi antara komen-komen  menarik dari pembaca seperti berikut :

Ipoh Mali: Sebelum Tangkap Budak2 Jahil tu... Tangkap Dulu Bini PM yg Dok berlaga Pipi dgn Pelakon Hindustan..Berpeluk dgn Lelaki... Tangkap Dulu anak2 Raja dan Pemimpin yg Berpoya poya.. Tangkap Dulu Penganjur tu... Ingat Org Boleh Saja2 Peluk artis tu, Cuba la try kalau Luar Konsert Saja2 pergi Peluk..mau Kena Terajang Dgn Bodyguard depa.. tu mesti kerja org yg Buat Skrip.. JAWI,MUFTI org Agama Jangan Tunjuk Bodoh Sgt... 

sayapmelayang: betul dan tepat sekali,kene ke sasarannya. Dulu kak Mah berlaga pipi dengan salman Khan dan berpeluk dengan Cong Wei. Kamon lah Jawi,jangan dabel standard ok.

Samah Ali Lahu:Betul tu...dalam islam jawi pun ada double standard...hahahaha..lawak sungguh....itu baru seorang..tapi yang sebenar nya beribu lagi gadis melayu di bawah pentas tu yang sudah pun terlebih rela untuk di peluk cium oleh artis K.pop tu...apa yang yang jais,jawi dan mufti buat selama ini...apakah fungsi mereka hanya cari salah dan lepas tu tangkap dan dakwa saja....atau pun lepas tu saman....kerajaan dapat duit.....itu saja ke tugas kamu semua.....

Mujahid Yusoff dalam drama melayu bersepah adegan berpeluk, adegan cium dahi dan cium kepala..kenapa tak tangkap pelakon serta pengarah.

Rashidi RQ : Tangkap jugak rosmah sebab dia pun memalukan Islam, pernah peluk cium dgn pelakon bollywood dan datuk LCW.Dont be double standard.

Semua kita sedari tujuan JAWI itu baik, demi menjaga kesucian agama Islam. Islam agama resmi. Setiap negeri ada Mufti dan Ketua Agamannya. ni. Apalah salahnya JAWI pergi ngadap Mufti dan Ketua Agama Islam dan bincang molek-molek perkara-perkara berikutnya :


Semua kita akan tabek spring kalau JAWI berani berindak, demi Allah dan RasulNya.... Ada berani?
Comments
3 Comments

3 comments :

yen uchop said...

Mereka semua makan gaji, jika hilanglah periuk nasi dari kera jaang umno bn, x macam arwah mufti dipecat "ustaz Ishak Baharom " - Allah rahmati rohnya. Rindu aku pada arwah ustaz Ishak baharom - tergenang air mata.

Anonymous said...

dah terang2 Jawi penakut nak saman VVIP..semabng buleh la...artis berpeluk dlm filem tak nak saman ke...sudah... temberang je

mansor said...

oghe klate kato...jjawi tu berkhitan...adakah JAWI tu persatuan oghe baru khitan atau persatuan tok mudim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...