GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, January 14, 2015

Beza antara Pejuang Pembela Rakyat dan Pejuang Madah Pujangga

catatan Husam di fbooknya...

Bila K Krai boleh pulih semula?? 

Tangisan seorang lelaki di tangga Pasar Besar Kuala Krai Jumaat lalu sebaik acara penyerahan cek sumbangan oleh YAB Lim Guan Eng berbeza dari apa yg saya temui sepanjang banjir memuncak.

 Sebagai peniaga kecil, pulihnya pasar dan bandar bermakna kehidupan mekar semula. Hari ini, Alhamdulillah ratusan sukarelawan termasuk Ajk dan petugas Pas Kubang Kerian, DBKL, Tentera, Bomba dan pelbagai NGO berpusu menghilangkan kekusaman pasar ini.

Apa yang penting, kerjasama...

 MB turut singgah, ditemani YB Exco Kerajaan Tempatan dan DO yg tiba lebih awal. Bau kuat yg menerjah hidung bukan kepalang.

Dua gaya berbeza antara MB Kelantan dan MB Rakyat

 Kesukaran untuk kerja pembersihan ialah kerana bekalan air di sini belum pulih. Berpandukan rungutan penduduk, selepas seketika di sini, saya berkunjung ke loji air Kg Tualang. Setiba, kami dpt mendengar bunyi pam beroperasi. Mengikut En Ghazali, operator loji, bermula petang semalam operasi telah pulih .
Longgokan sampah busuk....

 InsyaAllah bermula hari ini, bekalan dalam coverage loji ini boleh menikmati air bersih semula. Petugas Yayasan Darul Hijrah mengambil kesempatan berbincang sebentar di sebuah kedai kopi. Membahagikan tugas dan membincangkan langkahan selanjutnya.......

Selepas 9 jam bertungkus lumus, akhirnya pasar 
bersedia untuk beroperasi semula...

Mungkin korang tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki yang menangis ditangga pasar Kuala Kerai itu? Mungkinkah inilah dia orangnya? Cuma telahan aku sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak .....
"...Tuhanku, di tengah kota raya angkuh ini, wajahkannya padaku seperti longgokan sampah sarap yang membusuk. Kau biarkanlah aku jadi persis wajah yang kosong itu....."

Hanya orang yg kepalanya kosong mohon persis wajah yang kosong!

Orang bertungkus lumus membersihkan sampah, mengutip longgokan sampah yang busuk, dia pula sibuk bermadah pujangga konon mengutip kebaikan dan kelebihan dicelah-celah kelam dan busuk ....alahai, ada akai kah?

Terbaik dari Husam!
Comments
2 Comments

2 comments :

Najwan said...

Diorang ni mcm berkhayal pun ada jugak, kalau dgn UMNO sekarang semuanya indah belaka. Dengan kawan2 sendiri, jadi busuk lagi menyampahkan. Diorang ni sedar ke tak?

Anonymous said...

Kalaulah Husam di lantik sebagai MB'dan ustaz 2 tu sebagai penasihat,alangkah indahnya Kelantan.Yang peliknya Husam nampak begitu humble dan aku nampak ustaz2 tu pulak arrogant.

Tak pernah dengar Husam memperlekehkan org lain,tapi ustaz2 ....hancur.

Sedih bila baca status ustaz moktar senik...hilang rasa hormat kat depa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...