JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, January 19, 2015

Doa seantero bumi untuk Kelantan

 Pagi ini, tanpa dugaan saya, saya dikunjungi oleh puteranya Kiyai Jejen dari Suka Bumi, Jawa Barat. Beliau sendiri seorang Kiyai - Kiyai Abdullah dengan timangan Ang Ang.

 Masih muda. Beliau dikirim ayahandanya untuk mengkhabarkan santri/murid dan pengikut ayahandanya telah melakukan munajat khas ketika banjir Kelantan memuncak, 25 Disember Khamis malam Jumaat. Sekitar 25,000 orang bermunajat bersama.

 Dalam solat hajat persendiriannya Kiyai Jejen sendiri telah sujud hampir tiga jam dengan teriak tangis.

 Katanya kepada muridnya, ‘Kelantan itu saudara saya. Satu-satunya negeri yang menerima saya dengan diri saya ialah Kelantan....’ Pesannya kepada puteranya, ‘Saya tetap selamanya muram sehingga kamu menziarahi dan menyampaikan salam ayah kepada keluarga kita di Kelantan....’

 Kerana itu puteranya tercegat di pintu rumah saya pagi ini.

 Sungguh pun saya telah berkawan dengan Kiyai Jejen dan mengunjungi pesantrennya, saya belum mengenali Ang Ang selama ini.

 Rupanya, polisi mereka berdua, jika bapa berkelana untuk berdakwah, si anak di pesantren dan sebaliknya.

 Dalam perbualan kami, baru saya mengetahui bahawa pesantren Kiyai Jejen melalui ABRI, melatih santrinya untuk menjadi serba boleh dan lasak. Falsafah Jejen adalah ‘Kiyai mesti jadi petugas Allah, bukan tuan-tuanan untuk diraikan....’

 Semasa tsunami Acheh, ratusan santri dihantar ke Acheh untuk gerakan menyelamat selain pengukuhan aqidah.

 Mereka diturunkan ke medan dengan payung terjun termasuk Ang Ang. Dari khemah payung terjun, mereka membina penempatan dan seterusnya beroperasi di celah mayat-mayat selama empat puluh hari!

 Beliau membawakan rakaman video majlis munajat di Suka Bumi itu. Nanti akan di angkat muat.

 Pak Jejen seorang pemimpin lapangan selain berkeahlian dalam kepimpinan Islami. Beliau adalah antara lain, penggubah lagu rasmi Suka Bumi.

 Saya lebih terkejut, pada tanggal 25 hb beliau sudah merasakan kecemasan kami, ketika banyak pihak masih belum mendengar siren amaran.... Pada hal, pegawai tinggi JPS telah ber wasap memberikan amaran banjir kali ini akan lebih besar dari banjir 1967 seawal 23hb lagi.

 Saya malu dengan Obama.....

 Petang ini, InsyaAllah Kiyai Ang Ang akan bersama saya untuk ke Aring Dua, Gua Musang. Kami akan bermalam di sana.

 Pagi ini, dua ekor kambing saya disembelih untuk makan malam ini, selepas majlis tazkirah, maulid dan qasidah.

 Difahamkan, hanya sebuah rumah separuh selamat dari 31 buah rumah. Bekalan air sampai hari ini belum pulih.

 Kami akan membawa sepuluh beg simen untuk membina tandak dari bukit di sini. Bagaimana sebuah kampung kecil belum boleh diberikan bekalan air bersih selepas hampir sebulan bah melanda?

 Mungkin kerana pihak tertentu ketiadaan maklumat? Siapa mengumpul dan menyelaras maklumat?

 Ketika PM kita mahir ber golf dengan Obama, Malaysia masih seperti kura-kura menguruskan kecemasan ini? Pada hal, sungguh pun banjir 2014 adalah mega, tetapi bukanlah langsung di luar keupayaan Malaysia menguruskan sebuah krisis seperti ini. Jika kampung sekecil ini hanya berharap kepada sukarelawan untuk pulih selepas sebulan, bagaimana Malaysia mampu berhadapan dengan krisis yang lebih besar? 

 Sukarelawan juga ada pasang surutnya. Selepas sukarelawan pulang, apakah saudara mara kita hanya ditemani gelap malam??? Saya akan membincangkan hal ini di kesempatan yang lain.

Sampaikan salam saya kepada Obama, Aring Dua belum dipulihkan. Air dan segalanya.

 Tentang rumah, saya berkongsi sentimen dengan TS Anuar Musa dalam komennya tetapi nota tambahan kita bicarakan semula..

3:36pm 19/01/2015
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...