JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, January 25, 2015

Hadi ‘tidak jujur’, kata Guan Eng

Lim Guan Eng hari ini terkejut dengan “interpretasi fakta yang tidak jujur” Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan berkata beliau sudah berunding dengan presiden PAS itu mengenainya.

 Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen “undi ketiga” dengan membawanya ke mahkamah.

 “Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini.

 DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).

 Lim berkata beliau sudah menjelaskan niat kerajaan negeri dan menurutnya, pemimpin PAS menjawab Barisan Nasional (BN) yang mengawal kerajaan pusat tidak akan bersetuju namun Pulau Pinang boleh meneruskannya.

 “Jadi mereka tidak menentang. Dan ini dibuktikan dengan tiada bantahan pemimpin PAS terhadap kerajaan PR Pulau Pinang mendesak pilihan raya PBT dan semasa kami memfailkannya di mahkamah. Tiada seorang pun yang membantah di media,” katanya.

 “Apakah mereka berani mengatakan ini tidak benar? Atau mereka akan meneruskan interpretasi fakta mereka yang tidak jujur?” - Baca seterusnya di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Bersetuju untuk tidak bersetuju. PAS pun ada hak jugak...

Anonymous said...

TGHH bukanlah seorang pemimpin yang jujur. Sedaya upaya TGHH cuba untuk menggagalkan apa sahaja kejayaan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Langkah 16 September ialah bukti utama. Bukti kedua ialah kes MB Selangor.

Anonymous said...

Jika betullah apa yg dikatakan oleh LGE itu, mana nak disorokkan muka.

bat8 said...

Tuan

Ada benar juga kenyataan LGE itu. Isu pilihanraya PBT ini sudah timbul dalam manifesto PR n3geri bagi Pulau Pinang dan Selqngor disamping manifesto PR peringkat kebangsaan.

Maknanya isu pilihanya PBT sudah dibincang oleh kes3mua parti komponen PR peringkat negeri, pimpinan pusat parti-parti komponen dan pimpinan tertinggi PR s3belum kelulusan d8beri kepada PR negeri Selangor dan Penang mengemukakan manifesto khusus mereka.

Maknanya pucuk pimpinan PAS Pusat sudah maklum dan bersetuju untuk meluluskan janji pilihanraya PBT bagi kedua-dua negeri.

Seingat ssya kerajaan PR Selangor telah cuba untuk mengadakan pilihanraya PBT bagi Petaling Jaya dalam tahun 2011 tetap8 gagal kerana halangan perundangan yang dibuat oleh kerajaan pusat. Rakyat Selangor yang peka dengan isu semasa pasti ingat peristiwa ini.

Jadi, timbul keraguan kita dengan kenyataan Mustafa Ali daj TGHH dalam isu ini apabila LGE pula mengeluarkan kenyataan diatas.

Kita sebagai orang Islam dikehendaki oleh puak UG agar tidak menerima bulat-bulat k3nyataan orang kapir seperti LGE ini. Ok fair

Yang kita nampak ada isu berbohong disini. Ini kena diperjelaskan siapa yang berbohong.

Jadi kita tunggu kenyataan TGHH pula sebagai respond kepada kenyataan LGE sikapir ini........Orang lain takboleh keluarkan kenyataan melainkan mustafa Ali atau TGHH sendiri. Kalau orang lain yang respond, ia memberi persepsi bahawa Mustafa Ali dan TGHH sudah kecut teloq!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan. Maka apa perlunya Hj Hadi dan Mustafa Ali menaikan isu tersebut dengan mengaitkannya dgn mala petaka 13 Mei? Bukankah tujuannya nak memomokan rakyat dan menggugat keharmonian kaum? Umno tak payah buat kerja dah, dia hanya suruh anjing-anjing dia menyalak ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...