GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 23, 2015

Haji Hadi cuba kaitkan Pilihanraya PBT dengan perkauman dan 13 Mei.....

Apa sebenarnya yang Haji Hadi cuba nak sampaikan? Apa kaitannya Pilihanraya PBT dengan perkauman? Dan apa kena mengenanya dengan Ekonomi pulak? 

Maafkan saya kerana saya gagal untuk memahami logik Hadi mengenai pilihan raya majlis tempatan, ekonomi tempatan dan 13 Mei.... 

Pilihanraya tempatan merupakan teras yang penting dalam institusi demokrasi di mana rakyat dapat mengundi dan menentukan wakil rakyat dalam majlis tempatan dan juga Datuk Bandar yang bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat tempatan.

 Negara kita pernah mengadakan pilihanraya tempatan. Namun, rakyat Malaysia telah dinafikan hak demokratik untuk memilih kerajaan tempatan apabila pilihanraya tempatan digantung semasa Darurat September 1964.

 Penggantungan pilihanraya tempatan diteruskan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, menjadikan semua Yang Di-Pertua Majlis Tempatan atau Datuk Bandar dan Ahli Majlis Tempatan dilantik oleh Kerajaan Negeri tanpa pilihanraya sehingga hari ini, walaupun negara kita tidak lagi berada dalam apa-apa darurat.

 Hadi Awang bercakap seolah-olah sebagai wakil Umno. Ini adalah suara yang saling tak tumpah yang pernah Umno suarakan mengenai PBT sebelumnya.

Apakah Hj Hadi bersetuju dan menyokong kerajaan persekutuan dan parlimen Malaysia merampas hak rakyat untuk memilih ahli majlis tempatan dan Datuk Bandar atau Yang Di-Pertua Majlis melalui proses demokrasi?

Untuk memahami apa itu PBT, sila klik di sini PILIHANRAYA PERTAMA MAJLIS PERBANDARAN (MUNICIPALITY) KUALA LUMPUR


Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei, kata Hadi kepada DAP


Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

 Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

 "Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Hadi berkata, dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.

 "Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar.

 "Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain," katanya. 

Sebelum ini berlaku perang mulut di antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan.

 Mustafa menyelar DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan kerana membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) sedangkan dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan parti itu membelakangkan gabungan ditubuhkan pada 2008 itu.

 Hadi berkata, DAP sepatutnya melihat masyarakat dari semua arah termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.

 Katanya, semua itu wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.

 "Bandar wajib diurus bukan saja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah mengalir ke dalam jasadnya. "Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang," katanya.

 Ahli Parlimen Marang itu berkata, aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisme didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat. Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara, manakala pendekatan komunis lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah.

 "Dunia sudah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif," katanya.

 Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

 Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, kerajaan pimpinan DAP itu tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

 Seksyen 15 memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.

 Raus berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Katanya, pemansuhan pilihan raya PBT ialah keputusan dasar yang diambil Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, oleh itu permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan keputusan dasar seperti itu perlu merujuk kepada majlis berkenaan terlebih dulu.

 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 4 Mac 2010 menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon kebenaran untuk mengadakan pilihan raya PBT berdasarkan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan.

 Peruntukan itu menyebut, undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada yang disebut dalam Fasal (1).

 Namun permohonan itu ditolak SPR pada 23 Mac 2010. – 23 Januari, 2015. - SUMBER
Comments
5 Comments

5 comments :

bunbinban said...

Jenis ulamak mende la hadi awang ni. Jadi batu api plak dah antara kaum. Penyambung lidah resemi amno jadinya. hahaha...

Anonymous said...

Bodoh punya orang. Kat Terengganu, pastilah semua kerusi dibolot oleh PAS

Anonymous said...

Nampaknya Presidenku memang berlidah umno.

Anonymous said...

al-Husseyn elok declare jadi pengikut DAP je lah. Saham menjatuhkan parti sendiri yang memperjuangkan Islam akan dikira untuk anda ye. jangan lupa tu.

Anonymous said...

Adakah lg org yg waras mau percaya dgn IQ metot drp sikaki FITNAH ini?

Yg selalu suka bercakap pasal isu perkauman 13Mei ini adalah PERKASA yg berPENAUNGkan Madey sianak Kutty

Skrg Hadi juga seolah-olah sudah jd seMANGKOK dgn itu PERKASA yg walaq' nya kpd siapa klu bukan kpd APAka-nama anak Kutty dr Kerala?

Dey, Macha..ada nampak ka??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...