GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, January 02, 2015

Kalau saya mati, nak bergabung-bergabunglah -- Husam Musa

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bercakap mengenai 
Kelantan selepas banjir pada program Malam Amal, 
Kelantan Pas Banjir -themalaysianinsider
Tolonglah, janganlah play-play like this wahai puak UG! Janganlah nak berpolitik dalam masa yang begini... Terdesak sangatkah nak bergabung? Dahsyat juga UG punya networking nih! 

Harap mereka yang tidak setuju dengan gagasan UG ini bangkit dan tentang dengan berani. Jangan play-play safe...

Husam tegas dengan pendiriannya menentang gagasan UG. Sila ikuti kenyataan Husam mengulas  di sini :

Laporan Media

 Pengasas Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub hanya 'bermain-main' dan 'cuba melariskan suratkhabar' apabila membangkitkan gesaan PAS dan Umno Kelantan bekerjasama membentuk kerajaan campuran bagi memudahkan urusan membangunkan semula negeri berkenaan selepas dilanda banjir, kata Datuk Husam Musa.

 Naib presiden PAS itu dalam program Malam Amal, Kelantan Pasca Banjir, "The Untold Story" anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kuala Lumpur, malam tadi berkata, penggabungan antara dua parti Melayu itu bukan perkara mustahil, namun keselesaan ahli kedua-dua parti perlu diambil kira.

 "Saya rasa Husammuddin ini main-main saja...nak lariskan akhbar.

"Begabung itu baik...tetapi janganlah masa banjir seperti sekarang ini, Kalau saya mati, nak bergabung-bergabunglah, bukan tidak boleh bergabung, tapi nak bergabung ini biarlah ahli selesa, PAS, Umno selesa," katanya malam tadi.

 Husam berkata, banjir tidak seharusnya dijadikan alasan kepada penggabungan dua parti itu, sebaliknya kedua-dua parti perlu bergabung atas prinsip Islam.

 "Tapi kalau nak bergabung jangan kerana banjir, tapi biarlah kerana prinsip Islam.

 "Kalau Pulau Pinang banjir, (mahu) bergabung dengan DAP? Kalau Selangor banjir, bergabung dengan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin (Ali)?" katanya, merujuk kepada dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

Husam berkata, isu berkenaan tidak seharusnya timbul kerana keutamaan seharusnya diberikan kepada bantuan untuk mangsa banjir di negeri itu.

"Kalau betul hendak bantu Kelantan, ambil duit Petronas RM3 bilion, ini sebagai 'hantaran', selepas itu nak bergabung atau tidak saya tidak tahu," katanya.

Hussamuddin sebelum ini menyeru kepimpinan PAS dan Umno di Kelantan membentuk kerajaan campuran dan mengetepikan politik mereka demi memastikan rakyat Kelantan mampu bangkit menghadapi situasi selepas banjir yang meranapkan kediaman dan harta benda mereka.

Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar terbitan syarikatnya, Sinar Harian, baru-baru ini, Hussamuddin berkata, rakyat Kelantan sudah terlalu lama terhimpit dalam pertembungan ideologi dua parti politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di negeri itu.

 Beliau berkata, hanya melalui pembentukan kerajaan campuran, usaha membangunkan kembali Kelantan akan mejadi lebih mudah setelah dilanda banjir besar di negeri yang ditadbir PAS itu.

 "Dengan hubungan sekarang seperti yang kita lihat pada rekod lepas, setakat kerjasama saja tidak akan jadi (tidak mencapai matlamat) dan rakyat Kelantan akan sengsara," kata Hussammudin, dipetik daripada laporan akhbar berkenaan.

 Pihaknya juga mencadangkan diadakan "gencatan politik" PAS dan Umno, sekurang-kurangnya selama 2 tahun bagi membolehkan usaha memulihkan keadaan di Kelantan seperti sediakala berjaya.

 "Saya percaya ramai rakyat Kelantan tidak berani bersuara tetapi saya akan bersuara bagi pihak mereka.

 Umno Kelantan dan PAS Kelantan harus bergabung dalam sebuah kerajaan campuran untuk mengendalikan krisis ini, sekurang-kurangnya untuk dua tahun. Kita adakan moratorium, gencatan politik.

 Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dilaporkan berkata semalam hubungan kerjasama antara kerajaan negeri Kelantan dan Putrajaya sudah wujud di negeri itu dan tiada keperluan untuk mewujudkan kerajaan campuran antara PAS dan Umno.

 "Kerjasama dalam konteks G2G kita bersetuju, tetapi janganlah saja minta kerjasama tetapi pusat tidak mahu dapatkan keadilan demokratik dulu.

 "Itu semua dalam konteks demokrasi. Tiada kerajaan campuran untuk baik pulih, mana ada tiada kuasa politik," katanya. – 2 Januari, 2015. - SUMBER
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

benih2 kangkong yg di semai olih umno hidup subur selps banjir agak2nya puak osetad dah lupey perangaei dan taktik dajjai

Anonymous said...

Tak ada cadangan bergabung PAS dan Umno di Pahang?

Anonymous said...

Ada fatwa ke bergabung tu salah jikalau nak menegak hudud.
Yang cadang bergabung tu Sinar Harian.

Anonymous said...

nak tanya Husam, kalau situasi ini berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.. adakah Husam berani berkata demikian di hadapan Rasulullah? Apakah Husam rasa Rasulullah akan redha? Tinggi sangatkah darjat DAP berbanding Umno yang seIslam?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Tu yang sekat wang Royalti Kelantan pakai fatwa mana? Nak bergabung konon nak tolong rakyat Kelantan....peerah!

Anonymous said...

Umno cume nak brgabung dgn ostad fakeh yg klu ikut standard tahun 60-70an depa nih SRP/LCE pon kantoi..sbb syarat masuk ting.4 wajib LULUS MATHS pd wkt tu!

..depa punya MATHS SAINS & ECONOMY gerenti LINGKOP!?

Inilah jenis-jenis BAHALLOL dikalangan PAS yg puak phorno/UMNO
suka sgt2 nak brgabung..krn lepas brgabung phorno dah boleh TELAN sibahallol nih idup-idup!?

Anonymous said...

cadangan datang dari sinar harian dan ngo dari kelantan...pemilik sinar harian juga orang kelantan...akhbar yg agak neutral berbanding akhbar lain...masih diperingkat cadangan bukan mandatori...politik negara dunia ketiga perkara belum pasti dan kadang2 maklumat sebenar belum dapat tapi dah macam satu kebenaran...sadis sekali...jika pas dan umno bergabung tenaga dalam mengumpul data berkenaan jumlah mangsa banjir dan kerugian yg ditanggung oleh mereka tanpa mengira fahaman politik demi memastikan tidak ada yg tercicir dari menerima bantuan negeri dan persekutuan maka saya sokong gabungan sementara itu...bukan gabung umno dan pas untuk perintah kelantan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...