GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, January 21, 2015

Kenali Menteri Penipu


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menulis surat kepada Biro Siasatan Antarabangsa (FBI).

 Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, penafian Hishammuddin itu membuktikan Zahid seorang menteri yang tidak berdisiplin, menipu, bertindak sesuka hati dan mengkhianati amanah negara.

 “Adakah Zahid tertangkap berbohong dan mengaitkan menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?

 “Saya tidak pernah percaya bekas menteri dalam negeri berkelakuan seperti Zahid menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan ketua polis negara, menyalahi laporan polis sebelumnya kepada FBI dan tanpa pengetahuan Kementerian Luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Lim berkata, Zahid sebelum ini pernah berbohong apabila mendakwa Kabinet mengesahkan suratnya kepada FBI namun Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kabinet sekadar mendengar penjelasan Zahid.9 - Baca lagi di sini

Comments
3 Comments

3 comments :

kapsul pelangsing said...

seram betul

Amuraria said...

apa kelayakan untuk jadi menteri di malaysia ? ABU !

mat roger said...

dula dah tumbuk rakyat tapi tak ngaku... berlindung dgn pengaruh dan kuasa ... sepandai-pandai tupai melompat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...