GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, January 02, 2015

Kerajaan Pas campur Kerajaan Umno ? Peerah UG!

SETUJU DENGAN HUSAM MUSA!

Tidak perlu kerajaan campuran (kerajaan Pas campur kerajaan Umno) dalam apa bentuk sekali pun (walau pun maksud kerajaan campuran itu masih samar-samar). Kalau kerajaan campuran bermakna Pas dan Umno bergabung, itu lebih patut ditolak.

 Suburkan amalan politik dua parti (PR vs BN) seperti yang ada sekarang kerana itu lebih menguntungkan rakyat kerana akan mewujud dan menyuburkan persaingan untuk berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat. BN / Umno tidak perlu bermain mata dengan Pas dalam isu banjir. Hulurkan saja bantuan kepada Kelantan atas kapasiti bantuan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

BN / Umno boleh membangunkan Kelantan semula bersama Pas tanpa perlu wujud kerajaan campuran kerana sasarannya adalah rakyat. Hulurkan bantuan kepada rakyat tanpa BN / Umno memancing Pas untuk bergabung dengannya demi survival politik.

 Wahai BN, fokuskan kepada rakyat bukan kepada survival politik parti kamu. Wahai kapitalis, usah mengambil kesempatan dengan bertopengkan perpaduan rakyat untuk kepentingan poket kamu. 

 Bila agaknya perut kamu akan meletup gara-gara sudah terlalu penuh dengan habuan kerana membodek politikus tidak berprinsip dan korup? Cis...! 
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...