JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, January 06, 2015

Kerjasama PAS dan Umno - Awas bila bekerjasama dengan penyangak ....


Inilah masalah utama kerjasama membantu mangsa banjir antara Negeri Kelantan dan Persekutuan jika terjadi….. Benarkah mereka akan membantu tanpa udang di sebalik batu? Sebelum baca mengenai pertemuan Mat Yakub dan Muhyiddin tu, baca apa yang sedang berlaku nih.....

Saya tidak pasti samada jumlah tersebut merupakan peruntukan RM500 juta yang pernah PM Najib sebut sebelumnya.Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sekadar menyebut :

"Isunya sekarang ialah mengenai bajet tambahan ini. Banyak pihak akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh buat bajet yang tepat."

Walau apa pun, adalah penting persoalan RM800 juta itu dijelaskan samada ianya benar-benar sampai kepada mangsa banjir atau tiris dimana-mana? 

Kita harap Pengerusi PAC akan bertegas dan telus dalam menyiasat bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir.

Peruntukan RM800 juta tersebut, menurut Nur Jazlan, berbentuk bantuan kepada mangsa banjir, dan tidak meliputi perbelanjaan untuk pembangunan semula di tempat yang terjejas.

 "Ini hanya bantuan banjir kepada mangsa banjir, ia belum kos untuk pembangunan semula seperti buat jalan semula, baiki bekalan elektrik dan air serta sebagainya," kata beliau.

 Sementara itu, Nur Jazlan berkata MKN perlu menjelaskan beberapa perkara yang menjadi persoalan khususnya berhubung aduan mengenai persediaan dan pengurusan yang tidak teratur dalam menangani bencana banjir kali ini.

Ditanya bila Kementerian Kewangan dan MKN akan dipanggil, Nur Jazlan memberitahu surat akan dihantar sebaik sidang Parlimen dibuka dan selepas reda semua masalah banjir.

"Jumlah RM800 juta untuk bantuan ini besar, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan MKN untuk memperincikan bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir," kata Nur Jazlan di sini

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

 Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa. Baca di sini
6 JAN: Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri bagi membangunkan semula Kelantan.

 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji semua aspek pembangunan di negeri ini selepas musnah dilanda malapetaka banjir baru-baru ini.

 “Tumpuan utama adalah untuk pulihkan keadaan rakyat. Banyak pihak menyedari hakikat kita perlu bersatu dan menguruskan keadaan ini sebaik-baiknya,” katanya di Kota Bharu, Selasa.

 Muhyiddin berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahmad di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim yang turut dihadiri Mustapa.Baca sepenuhnya di sini
Comments
8 Comments

8 comments :

bat8 said...

Tuan

P3nubuhan jawatankuasa bersama kerajaan pers3kutuan dan negeri ini patut kita alu-alukan. Soal siapa akan lebih bermain politik dalam jawwtankuasa ini mas8h awal untuk dibuat tuduhan. Sebenarnya PAS dan UMNO sekarang ni 2 x 5 jer.

Jadi secara atas kertas, Kelantan secara t3knikalnya sudah jatuh ketangan UMNO. Cuma semua pihak hanya m3nunggu PRU 14 sahaja untuk dibuat p3nisytiharan rasmi agar sah disisi perl3mbagaan dan undang-undang.

Ini yang saya nampak s3bagai rakyat kelantan.

Anonymous said...

Tiada beza upaya politik PAS untuk mengekang kerajaan pusat melainkan memutuskan perhubungan.
Pentadbiran PAS Kelantan telah diberi assignment cukup besar iaitu berkaitan pembangunan semula Kelantan.
Tanpa campurtangan dari kerajaan pusat agak sukar pemerintah PAS untuk menyerap tekanan mengurus krisis kemanusiaan yang kehilangan besar harta benda.
Selama ini rakyat yang menabung tin milo kutipan derma untuk parti PAS pasti perlu dibantu kembali kerana sudah tentu hasil kutipan berpuluh tahun tentunya ada figure dan boleh dikonfigurasi oleh rakyat.
Apakah PAS mampu untuk berkebajikan kepada rakyat secara independent?
PAS wajar bimbang akan paradigma tanggapan rakyat Malaysia terhadap 'action plan'sekiranya menjadi 'no action talk only'.
Pembangunan semula adalah proses kejuruteraan dan kontrak yang menelan kos cukup besar. Apakah jentera PAS berwibawa mengurus atau seumpama memperdagangkan hasil hutan kepada orang cina?
Dan orang yang paling terkesan menggalas beban adalah MB Kelantan.
Jadi seeloknya disarankan kepimpinan tertinggi PAS pintar berfikir bagaimana cara membina semula Kelantan tanpa bantuan penyangak!!!!

Anonymous said...

Nampak jelas dah penyangak dengan penyangak. Spin lah habis-habis. Yang Ostad Amar dah ontok tiam-tiam macam tikus. Kesian sama ostad Mad kena cuci taik. RCI patut ditubuhkan kasi siasat macam mana itu balak boleh keluar dan dengar kasi pada itu DAP lepas Melayu kroni gagal laksana projek. Terlalu mengangkat ulama walau jelas kelemahan disegenap segi keupayaan mentadbir akhirnya disingkapkan Allah bila terjadi bencana banjir sedemikian. Pemerkosaan alam sekitar dengan pembalakan rakus yang dilulus pihak yang berkuasa telah "aggravate" situasi banjir yang berlaku setiap saban tahun. Banjir di Kelantan bukan keadaan yang asing bila berlaku musim hujan pada bulan-bulan tertentu setiap tahun. Apakah tidak mungkin pemerkosaan alam sekitar adalah satu antara sebab terbesarnya. Itulah sebabnya Rasulullah saw menolak permintaan Abu Dzar memegang jawatan kerana baginda faham keupayaan dan kebolehan Abu Dzar walau beliau ternyata amat bertaqwa. Taqwa seseorang adalah lebih di antara hubungan insan dengan Tuhannya tetapi keupayaan mentadbir dan melakukan tugas yang baik akan melibatkan banyak pihak selain bertaqwa kepada Allah. Tidakkah kita telah DIINGATKAN Allah betapa perbuatan dan tindakan manusia sendiri yang menyebabkan kemusnahan mereka DAN diingatkan akan tunggulah saat kehancuran bila tugas yang diberikan kepada yang bukan ahlinya DAN kita juga diingatkan akan berbagai jenis ulama di akhir zaman ini yang patut dihindari.....

Anonymous said...

http://m.malaysiakini.com/news/285639.html

mungkin bat8 dan hussin yang paling pakar dalam politik malaysia akan terkejut dan ternganga kenapa azmin boleh terima pelawaan kerjasama dari putrajaya dalam membantu negeri yg dilanda banjir...sila baca di malaysikini dan hentamlah azmin habis habis hahaha...azmin ialah puak UG terbaru!!!!!betul tak wahai hussin dan bat8 yang pakar politik no 1 dunia...obama menang presiden US pom atas nasihat bat8 hahaha...profesor serba tahu@bat8 dan hussin hahaha

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 8.32 inilah yg dia tak faham dan tidak tahu membezakan antara kerjasama parti dan kerjasama negeri.

Azmin kata, "Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata kerajaan negeri itu akan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi membantu misi kemanusiaan pasca banjir di Pahang." - dia refer kerjasama negeri dgn kerajaan Pusat, yakni semangat federalisma yg merupakan tanggung jawap kerajaan puysat sebagaimana menyediakan pasukan polis atau keselamatan... itupun tak gheti?

Anonymous said...

Bergabung tugas antara Kelantan dan Pusat dalam persekutuan Malaysia utk kebajikan rakyat adalah perkara biasa. Ia berbeza bergabung antara PAS dan UMNO. Jangan ada pulak pemimpin UMNO yg bercakap di kampung2 kononya ada agenda kerjasama PAS dan UMNO.- Suhaizan Kayat

Anonymous said...

Kerjasama antara pusat dan negeri mmg sudah termaktub dlm perlembagaan malaysia,tak kira la sape pun yg memerintah negeri dan pusat selagi negeri itu berada dlm malaysia negeri tersebut wajib mendapat keistimewaan2 yg telah ditetapkn,tidak timbul langsung soal parti politik..media massa terutamanya jgn menangguk ikan di air yg keruh,jgn kelirukn org kampung

Anonymous said...

anon tu menyindir kamu wahai hussin yg letak tajuk posting macam kamu sorang yg pandai politik...kerjasama pas umno?tajuk yg kamu letak itu berniat jahat...kenapa kamu x guna ayat kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan kelantan?!!yg selangor pandai pulak kamu guna ayat state dan federal hahahaha...niat jahat dan busuk hati kamu itu hussin sudah membusuk dan tak dapat ditutup lagi wahai hussin...dah masuk perangkap anon diatas hahaha...menampakkan kebodohan sendiri wahai hussin...patut kamu x balas komen anon diatas itu wahai hussin...hahahaha...kalo kerajaan kelantan kerjasama pas umno...kalo kerajaan selangor kerjasama state dan federal...pigi dah hussin...otak spin kamu x brape cerdik ramai yg lagi cerdik boleh baca apa yg kamu nk spin hahahaha...stupid hoe always do a stupid thing hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...