KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Friday, January 02, 2015

Malam Amal: Kelantan Pasca Banjir : The Untold Story wiith Husam Musa


Malam Amal Kelantan Pasca Banjir anjuran Yayasan Darul Hijrah yang diadakan malam tadi di Dewan Anjung Amjal,1hb Januari 2015, mendedahkan beberapa peristiwa yang tidak pernah diketahui ramai.

Dari AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, beliau merakamkan melalui wassap:

 [10:03PM, 01/01/2015]: Untold Story With Husam - Ringkasan 1

Bench Mark Perbandingan Paras Air Banjir Dec 2014 Berbanding 1967 dan 2004 dll (berdasarkan Taklimat Panglima 8 ATM)

1. 10 meter lebih tinggi 
2. Kecepatan paras air 15cm dalam masa sejam (peak time) 
3. Kesan Kritikal... 
 - Kg Manjur seluruh kampung hilang
 - Kg2 lain setiap lbhbkurang 100 rumah rosak @ 500-700 rumah yg runtuh dan    hilang.
Lokasi pencerapan ialah K.Krai.
Kritikal sebab pertemuan 2 sungai.

 [10:09PM, 01/01/2015] : Untold Story With Husam - Ringkasan 2

Orang kampung gambarkan kehadiran air bah ibarat peluru yg dimuntahkan dapd machine gun.

Kuantiti air hujan yg turun adalah melebihi dpd biasa. Kenaikan paras air sungai naik mendadak di semua sungai2 termasuklah negara2 sempadan.

Tapi Kerajaan kita masih mengatakan ianya biasa dan normal. Menyebabkan persiapan rakyat dan kerajaan menghadapi bencana banjir adalah berada di tahap yg sangat lemah.

Pusat pemindahan banjir hatta tenggelam.

Lokasi2 terbabit pula tiada kemudahan landasan utk Heli. Tiada tangki2 penyimpanan air.

Kesimpulannya...banjir kali ini adalah luar biasa.

[10:19PM, 01/01/2015] : Untold Story With Husam - Ringkasan 3

Darihal persiapan logistik. Bekalan dan pengangkutan semasa bencana.

Masalah selanjut bila persediaan menghadapi banjir adalah berada tahap lemah, maka kita berhadapan dengan masalah bekalan makanan dll kepada mangsa2 terlibat khususnya. Sekalipun bantuan ada tetapi ia sukar sampai.

Maka kita perlu kepada Heli. Pada masa itu kebanyakan tempat langsung tiada bekalan makanan. Tanpa heli bantuan adalah sukar dipastikan sampai. Kos heli sejam iyya memang mahal tetapi mahal lagi nyawa rakyat yg keputusan bekalan.

Maka berlaku beberapa peristiwa anak2 muda kita terpaksa berenang menyusuri sungai dan beberapa alur.

Ada yang terpaksa meredah air tinggi berpuluh puluh kilometer.

Sampai di beberapa lokasi JKM, gaduh tidak dibenarkan ambil bekalan sebab kononnya itu adalah untuk jajahan yg lain. Terpaksa bergaduh maka dapatlah 4 kampit utk bekalan kpd 50-100 mangsa. Siapa yg dapat berusaha maka akan dapat sedikit bekalan logistik.

Beratus2 mangsa banjir di lokasi perpindahan juga ketiadaan bekalan.

*Sumbangan kemanusiaan untuk mangsa banjir boleh terus dibuat melalui :
Yayasan Darul Hijrah
5660 1060 9934
Maybank.
TERUSKAN BANTUAN DAN DOA.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

husam pandai mengata je, kerajaan pas yang angkuh ada buat apa apa ke, banjir pun salah kan kerajaan pusat ke, apa punya mentaliti puak puak pas
ni. yang ye nya kamu semua hanya bijak meliwat minda orang ramai je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...