JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, January 30, 2015

Mat Sabu: Kenyataan Mustafa bersifat peribadi. Apa beza dengan Hj Hadi?


  Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

 Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.

 "Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya di sini 

 Tapi bagaimana pula dengan kenyataan Hj Hadi berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang ? 

  Bukankah itu juga merupakan 'Pendapat peribadi dan tidak mewakili parti' kan? kan? Benarkah kenyataan Hj Hadi itu tidak menjejaskan Pakatan Rakyat?

 Mustafa Ali sekadar nak mengipas Hj Hadi hingga melabel Lim Guang Eng sebagai mulut celupar dan ajak berdebat dengannya.

 Aku lebih suka bila Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata :

 “Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?”

Dalam satu sidang media di sini,  Ishak berkata, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh Hj Hadi itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini. 

 “Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

Sementra itu, Setiausaha DAP Selangor Lau Weng San membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dengan menegaskan pelaksanaan pilihan raya tempatan adalah sebahagian manifesto Pakatan Rakyat Selangor.

"Walaupun cadangan ini tidak disebut dengan nyata dalam manifesto Pakatan Rakyat pusat, tetapi perkara ini termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor yang dilancarkan pada tahun 2013," katanya di sini 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

su dap selangor ini wajar pergi ke kelantan dan tanya rakyat kelantan adakah hudud termasuk dalam manifesto dan dan impian pas kelantan untuk laksana dikelantan...sila ludah muka beliau yg tak tahu malu...bila dap guna ayat hudud itu bukan agenda pakatan maka pas juga telah memulangkan paku buah keras dengan ayat pilihanraya pbt juga bukan agenda pakatan...saya yakin pas dikelantan akan semakin kuat bila ditekan kerana rakyat kelantan adalah rakyat termaju dalam berfikir maju lebih 20 tahun dari negeri lain...rakyat yang paling bodoh ialah melayu utara perak kedah dan perlis contoh terbaik ialah hussin dan pahrol bos pasma perangai macam hantu raya bila tak cukup telur mula lah nk hisap darah tuan hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...