JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, January 15, 2015

Mejar Zaidi - Allah membalasnya dengan sekelip mata

Orang yang pernah menebar kebaikan bagi orang-orang di sekitarnya, akan mendapat balasan yang baik juga. 

Bukankah kita semua rakyat Malaysia sebagai pengundi sewaktu PRU-13 lalu telah dibohongi oleh SPR dengan skendal dakwat kekalnya; ya atau tidak?

Bukankah Mejar Zaidi Ahmad yang antara terawal tampil kemuka membuat aduan polis mengenai pembohongan itu? Ya atau tidak?

Beliau telah melakukan tindakan itu demi kita semua. Dia berkorban untuk keadilan rakyat Malaysia. Kita berhutang budi yang tidak terkira kepadanya.

Marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman TUDM yang telah menghukumnya tanpa ada sifat keimanan  terhadap Islam agama yang menuntut keadilan sejagat.

"Hal jaza-ul ihsan illal ihsan” ( Al-Rahman : 60) ~ Apalagi balasan perbuatan baik selain perbuatan baik ... 

“Sesungguhnya, Allah selalu menolong hambanya yang selalu menolong orang lain,” sabda Rasulullah Saw pula. 

Allah membalasnya dengan sekelip mata, Masya'Allah, ternyata, Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hambanya ....


Pulau Pinang tawar kerja untuk Mejar Zaidi

KUALA LUMPUR: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

 Mohd Rashid berkata, beliau sedang mencari pekerjaan untuk Zaidi, selepas mahkamah tentera mendapati bekas pegawai tentera itu bersalah, kerana melanggar protokol mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

 Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.

 “Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.

 “Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO),” jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.

 Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur.

 “Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat,” katanya sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.

 Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

 Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan dihadapinya.

Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk menyabitkannya bersalah.

 Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

baik juga kalau mejar dihantar belajar komersial flying supaya pengalaman penerbangan tidak sia2.

Anonymous said...

Rezeki ada di mana-mana saja di bumi Allah ini. Go to ME..insyallah plenty of vacancies as commercial airline pilot.

Anonymous said...

demi politik umno lebih rela mengorbankan seorg aset penting negara yg tidak ternilai harganya dpd mengakui kesalahan.

dakwat 'tahan lama' lebih bernilai dpd seorg aset keselamatan negara.

sepertimana spender saifool lebih bernilai dpd seorg negarawan umat DSAI.

buta hati menyebabkan mereka yg berkuasa tidak kenal intan dan kaca.

Anonymous said...

Major itu dibuang dari ATM oleh hakim yang mempunyai masalah integriti kerana Major itu berani mendedahkan penipuan 'dakwat ajaib' SPR kepada polis. Sebenarnya tiada undang-undang yang melarang orang ramai dari membuat laporan polis maka kita tahu bahawa pegawai TUDM tersebut telah menjadi mangsa balas dendam parti Beban Negara. Mengapa SPR terlepas dari tindakan undang-undang sedangkan kesalahan dakwat SPR adalah jelas kesalahan SPR bukan kesalahan major tersebut? Sepatutnya SPR yang didakwa bukan Major tersebut !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...