JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, January 08, 2015

Memang tak pecat, tapi tekan supaya suruh berhenti....

Sebelum korang terpedaya dengan permainan songlap Mustafa Ali kepala Bapak UG tu, telusuri laporan-laporan berita sebelumnya:

1) Pada 6 Januari lepas, Malaysiakini telah melaporkan:

"Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

"Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu,"  Baca lagi di sini

2) Tidak mungkin Lutfi sendiri keliru bila mana pada hari yang sama, beliau dilaporkan membuat kenyataan :

Bahawa beliau hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat bahawa keputusan itu dibuat ahli lembaga pengarah "atas faktor kesihatan".

"Saya terkejut sebab Harakah tidak pernah pun tanya khabar saya dan minta rekod perubatan saya, tiba-tiba suruh saya ambil ," katanya di sini 

Heran sunggoh, bila dah kecuh dan ramai yang marah-marah sampaikan bekas pengurus Harakah gesa Mustapa Ali berundur , satelah dua hari berlalu, tiba-tiba keluar pula berita ini :

Harakah belum pecat Ketua Pengarang, cuma berbincang - Sumber

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Harakah belum menamatkan khidmat Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang digembar-gemburkan setengah pihak.

 Sumber dalaman Harakah memberitahu Astro AWANI, pihak lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu cuma berbincang dengan Ahmad Lutfi mengenai kedudukannya di akhbar tersebut.

 Kata sumber tersebut, Lembaga Pengarah Harakah tidak bertindak zalim seperti mana yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

 "Lembaga Pengarah Harakah berpandangan ada kewajaran untuk Ahmad Lutfi tidak meneruskan tugasnya kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

 "Ahmad Lutfi sudah agak lama tidak hadir ke pejabat dan ini menganggu banyak urusan hingga ada kakitangan yang merungut.

 "Tugas ketua pengarang bukan hanya ketika hari deadline tapi melibatkan juga pengurusan selain tugas-tugas lain.

 "Mereka (Lembaga Pengarah Harakah) akan memastikan pendapatan bulanan Ahmad Lutfi tetap terjaga dengan sebahagiannya ditanggung oleh Perkeso dan sebahagian lagi oleh Harakah.

 "Ahmad Lutfi akan terus diminta menulis di Harakah dan akan dibayar bukan mengikut artikel seperti penulis lain tetapi gaji bulanan sebagai penulis," kata sumber tersebut.

 Sumber tersebut juga menjelaskan, keputusan menamatkan khidmat seorang lagi pengarang Harakah, Roslan Hamid dibuat atas faktor Harakah mahu mengecilkan operasinya. Katanya, Harakah juga tidak memecat Tarmizi Md Jam, sebaliknya Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu itu telah tamat kontrak beberapa bulan lalu.

 "Tarmizi tidak disambung kontrak bukan dipecat seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu dan dengan jawatan sebagai NYDP Kawasan Batu ada berlaku conflict of interest.

 "Harus difahami ini adalah business decision bukan ada kena mengena dengan campur tangan politik," katanya. ~ Sumber #SolidaritiBersamaLutfi 
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Barang kali inilah mat rempit yang menyebabkan najib tak boleh tidur... sikit punya konar baring mat rempit tua ini menafikan kenyataan ketua pengarang tu... sebelum ini sibuk berwilly depan semua org.

APA PUN HARAKAH DIHENTIKAN PEMBELIANNYA DI RUMAHKU UNTUK SEMENTARA WAKTU SEHINGGA MAT REMPIT TUA INI DIMASUKKAN DI DALAM LORI SAMPAH.

anak selangor said...

Kita songket puak puak UG ni...terutamanya bapak UG dan bapak punya bapak UG ni supaya mereka tidak lagi menerajui PAS.

Saya sokong Al Husseyn..

Anonymous said...

Tindakan harakah ini dari sudut perniagaan dan fungsi komunikasi parti adalah tepat. Harakah perlu terus berjln aktif utk membantu parti justeru pekerjanya juga perlu lebih aktif. Jgn la risau sbb kebajikan lufti dijaga dan sumber kewangannya jln mcm biasa. Yg ptg dia perlu berehat agar cepat sembuh. Dah sembuh betul, kerjalah lagi

Anonymous said...

Menyampah dengan harakah sekarang ni sama dengan menyampah pada utusan. Lama dah tak beli harakah ni... online pun tak buka dah.

Anonymous said...

Saya memang sentiasa menyokong artikel-artikel bertaraf expose dlm alhusseyn ni terbest tepat dan telus!kami sekeluarga memang dah lama tak melanggan harakah semenjak dua menjak,mcm dh hilang ummph nye hmm patutla campur tangan bapak Yugi!anyway kami sokong gerakan tibai lebai lebai yugi ni,kemain bercakap pasal agama bedegaq 2 tp ckp x serupa bikin,kesian rakyat kelantan dn terengganu yg jd mangsa bencana alam...semua kerana kerakusan pak lebai sarban besar gilerrr nk beryugi...kami bersamamu pantai timur menangis...moga Allah swt tunjukkan lagi sapa sebenarnya pemimpin bertopengkan agama ni.shame on tuannng presideng!

Anonymous said...

205% setuju...puak UG ni dsaran jdi lah ahli keris telanjang terus lebeh afdal...jgn memakai bulu musang lagi....sejak kontroversi UG aku xbeli dah harakah hnya baca kt dinding cerminbuku...

Anonymous said...

Dulu aku selalu melanggan harakah kat 3 kedai iaitu 2 kedai India dan 1 kedai Cina yg ada jual harakah dan keadilan, tapi skarang 3 kedai tu LANGSUNG dah tak jual harakah, dan 2 kedai lg tuu maseh mnjual keadilan..

hati kecil aku berkata..ada bbrp pemimpin2 Pas skrg dah kaya raya sbb masuk duit projek drp sebelah sana & mrk lebih redha dan rela umno perintah utk selama2nya krn klu rkyat dpt bangkit..habislah harta juta2 yg serban kopiah jubah yg selama ini digunakan utk coba menutup sgl rahsia mrk!?

mudah sgt utk dibaca..krn rasuah mnjd santapan kpd sgl fitnah!

demi rasuah sggup buat fitnah!?

fitnah dicipta reka bg mengelirukan seolah2 takde makan rasuah!?

lebih2 lg fitnah dan rasuah juta2 yg dililit kemas oleh serban dan jubah!??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...