GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 30, 2015

Mohammad Nizar minta dibicarakan

  Menyatakan sesuatu kepada peguam Hatim Musa
  
  IPOH 30 JAN : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dua tahun lalu.

 Bersama Loyar Mohd Fitri Asmuni dan Amran Harun

 Salah seorang peguam Nizar, Fitri Asmuni ketika ditemui berkata, Mohammad Nizar didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9.00 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012. 

Bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,  jika sabit kesalahan, jelasnya lagi.

 Nizar tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Hakim Norhayati binti Mat telah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan perbicaraan ditetapkan pada 06 Mac ini.


Antara beberapa pimpinan PAS Perak yang bersolidariti dengan Mantan MB PR Perak
Kelihatan dari kiri, Adun Sg Rapat Radzi Zainon, Pengarah DACS Perak, Salman Salleh , 
Adun Selinsing, Husin bin Din , Adun Gunung Semanggol, Ust Zawawi Abu Hasan dan 
YDP PAS Gopeng, Hj Rahim Mat Ariff.

 Sebelum ini, pada 13 Januari lalu, atas pertuduhan yang sama, Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Madihah Harullah telah melepaskannya tanpa membebaskannya  apabila pertuduhan terhadap Adun Changkat Jering itu dilakukan tidak mengikut peruntukan Seksyen 131 Kanun Prosedur Jenayah, di mana aduan mestilah dibuat oleh 'orang yang terkilan' atau pendakwa raya.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Pendakwaan ke atas D.S Mohd Nizar adalah untuk menekan kemaraan beliau sbb beliau agak agresif. Govt akan tekan pemimpin mcm ni. tidak spt hj. hadi & stopa ali yang sangat pasif / slow motion(sbb tu Govt sayang Hj Hadi& Stopa).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...