GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 30, 2015

Mustafa Ali berambuslah demi kemajuan akhbar Harakah

 

 Dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak, bekas Pengerusi dan salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu telah mendedahkan beberapa kepincangan yang telah dilakukan oleh Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali.

 “Sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.” jelasnya.

 Menurutnya lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

 Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. 

 Mustafa telah menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri dengan mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah, dedah Ishak.

 Ishak turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

 “Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

 “Saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.

 Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

 Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. SUMBER
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

anak muda terengganu makin meluat dengan game stopa ali & hj hadi. doh doh la tu..

Manshor Yahya said...

May be you know the real plants in PAS.

Anonymous said...

buat report sprm la hj ishak setakat buat kenyataan akhbar bukan ada efect pun...kempen sebelum muktamar ke tn hj ishak?he3 dh mkin pandai politik sekular sekarang bila dah rapat dengan pakar2 politik pkr dan dap hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...