GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, January 06, 2015

Najib dan Rosmah membazir macam setan ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).....Baca sepenuhnya di sini

Lagi pendedahan pembaziran sebelum ini di sini
 
Tapi dia tak beritahu kita, jumlah sebanyak itu juga , RM500 juta telah diguna pakai untuk keluarganya terbang shopping ke luar negara....pesawat itu dilapor berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan akhirnya Bangkok. 

Najib cuba nak mohong dengan berkata bahawa jet itu ditinggalkan di AS selepas mengalami isu teknikal. Beritanya saperti berikut :

'Jet k'jaan didakwa bakar minyak hampir RM500j'

Pemuda PKR (AMK) menganggarkan kos minyak pesawat orang kenamaan (VIP) kerajaan, yang didakwa terbang ke pelbagai tempat sebelum ini, menelan belanja hampir RM500 juta.

 Ketua Penerangan AMK Lee Chean Chung berkata kiraan mereka menganggarkan sebanyak RM493,304 dibelanjakan untuk mengisi 64,232.36 gelen minyak.

 Ini, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu, dengan mengambil kira harga RMRM7.68 untuk segelen minyak jet.

 Lee berkata, kos itu belum lagi mengambil kira upah juruterbang, kos pendaratan, kos parkir, kos penyimpanan, kos tanjakan pesawat dan kos penyelenggaraan jet.

 Di samping mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos itu, AMK juga menegaskan nilai itu boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir di negara ini.

 “Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan untuk membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada para mangsa banjir.

 “Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya.

 Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin semalam menulis bahawa beliau mendapat penjelasan daripada pegawai Najib bahawa jet itu ditinggalkan di AS selepas mengalami isu teknikal.

 Penjelasan itu, seperti dimaklumkan Kadir, juga menyebut bahawa ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke Indianapolis. Jet yang asalnya membawa Najib untuk bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama itu dilapor pulang ke Malaysia malam tadi, menurut sistem pengesanan penerbangan Flightradar24. Percutian itu dipendekkan apabila Najib pulang dengan penerbangan lain pada 27 Disember ekoran banjir buruk di negara ini.

 Bagaimanapun, pesawat itu dilapor berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan akhirnya Bangkok.

Sila klik di sini

 Indianapolis bagaimanapun menjadi tempat syarikat Comlux Aviation, yang dilapor mempunyai kontrak penyelenggaraan enam tahun untuk pesawat itu, berpangkalan.

 Pejabat perdana menteri dan Comlux masih belum memberi respons terhadap pertanyaan Malaysiakini pada 2 Januari, yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

semoga keturunan abdul razak terhenti setakat najib sahaja yg menjadi pm... takda bakat memimpin, syok sendiri, membazir, menipu, pondan, takut bini, saman rakyat sendiri, joli, rakus, bodoh dlm berbicara, mkn bodek. dan semoga anak najib & rosmah semua mandul supaya tak membiak..

Anonymous said...

Standard lahanat.

Anonymous said...

Marahnya bro....

Anonymous said...

Korek bro...peruntukan pun tak tahu datang dari mana....di bawah peruntukan apa....main suka hati je....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...