GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, January 27, 2015

Nak kukuhkan Pakatan Rakyat : Siapa sebenarnya lidah biawak?


   Hj Hadi pernah suruh PKR keluar Pakatan Rakyat. Dia juga cakap gitu kepada DAP. Dah tu dia dan PAS terkantoi-kantoi berseorangan dalam Pakatan Rakyat?

  Terkini Hj Hadi kata PasMa juga tidak sehaluan dengan perjuangan PAS; suruh PasMa pula keluar PAS? Apa dia ingat dia sahaja yang mahu perjuangkan Islam? Apa dia ingat PAS ni mak bapak dia punya ker?

  Hairan sungguh, Hj Hadi kata mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. PasMa pun mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat....Tapi siapa sebenarnya lidah bercabang macam biawak nih? 

“Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO,” kata Hj Hadi (Bukankah Hj Hadi broker yang tergila-gila sangat nak pd Umno?)

   Sebagai seorang suami yang bermaruwah dan gentleman, tentunya tidak akan teragak-agak untuk menceraikan isterinya jika dia berasa  dia sudah tidak serasi lagi bersamanya.

   Tetapi jika sebagai lelaki kerjanya hanya memburuk-burukan isterinya kepada orang lain, tidak mahu berbincang atau berunding mencari jalan damai dan penyelesaian, itu namanya lelaki bacul! Dayus!

  Tidak berani nak menceraikan isterinya , tetapi asyik mengugut suruh isteri keluar rumah, suruh isteri tinggalkan dia.... alahai, tunggu apa tunggu? Eloklah nelayankan dia!

    Kamu sebagai Presiden PAS. Kalau kamu rasa PasMa tidak sehaluan dengan kamu, silalah pecat mereka yang terlibat dengan PasMa. Muktamar pun dah dekat, sila usulkan dalam muktamar nanti dan lihat apa akan berlaku!

Pasma ‘dipersila’ tinggalkan Pas

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan Pas sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti.

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza.

 Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam Pas agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan.

 “Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

 “Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini. - Baca seterusnya di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Amuraria said...

pembela dihambat pi ? aparaa punya turr !ABU & lawan gerombolan pro 'UG' !

Malaysiabaru said...

Haji hadi silalah hidupkan ayoh ping yg sesat tapi hidup subur di zaman pas merintah.. Tok ayoh hadi ping diktator baru pakatan

Anonymous said...

kesiannya, presiden kamu boleh kamu anjingkan begitu sekali. bacullah, lidah biawaklah dan macam2 penghinaan kamu kenakan kepada presiden yang dipilih oleh jemaah pas. ini soal prinsiplah bro, jika hadi el-haji masih presiden pas, hormatilah dia. kritiklah dia dengan cara lebih berhemah dan jangan hentam dia macam kamu hentam anjing kurap. walaupun aku banyak tak setuju dengan presiden pas yang ini, namun bukanlah menghina dia dengan menyamakan dia dengan sebutan2 hina.

Anonymous said...

hussin ingat pas ni mak bapak hussin yg punya ka?ingat datuk dan nenek hussin yg tubuh pas ka?perangai sondol tak tenru hala hussin ni sama mcm ngok ngok sondol ubi kayu hahaha

Anonymous said...

Salam bro... yang kritik TGHA bukan semua ahli tapi mereka yang mengundi PAS untuk mengalahkan UMNO. Kalau nak harapkan undi ahli dah lama PAS bungkus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...