JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, January 07, 2015

Padah jika gagal pulang pampasan .....

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin dilaporkan  akan mengeluarkan tuntutan balas yang tidak terhad terhadap MBI tidak lama lagi berhubung dengan dakwaan bahawa laporan audit berhubung pampasan RM2.6 juta itu adalah cacat, dilakukan secara tidak profesional dan berniat jahat . Beritanya di sini

Berikutan itu, Menteri Besar Selangor Azmin Ali  menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan : 

1) Laporan audit tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan ia dilakukan oleh jabatan audit yang bebas.

2) Laporan audit itu juga terbukti wujud penyelewengan dan salah guna kuasa.

3) Pihaknya  memberi tempoh selama dua minggu untuk memulanglan semula duit pampasan itu merupakan satu tindakan yang paling diplomatik.

4) Pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya tiada sebarang respons dari pihak berkaitan selepas tempoh 14 hari diberikan dari tarikh surat, bagi memulanglan wang tersebut. ~ Baca selanjutnya di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Wah bukan main sedap dia orang balun duit pampasan pada hal letak jawatan bukan dilucutkan.Dahlah gaji besar berhenti pun dapat ratusan ribu senang2 je kaut untung. Pegawai awam kerja 35 tahun nak dapat gratuiti 150000 pun sakit ini hanya kerja dengn MB dapat segala kemudahan...Peh...tak patut dan zalim kepada rakyat jelata. Memang patut dipulangkan. Dulu masa Faekah jadi orang kuat Khalid bukan main sombong dengan orang lain.Dijaganya Khalid dari atas bawah kiri kanan...Sekarang rasain lo...

anak selangor said...

Dulu masa ada kuasa sombong nak mampus perempuan nih..

Anonymous said...

Yg gaji singgit claim berjuta xnk audit? Xnk kejar? Xnak pulang balik? Silap2 pecah tembelang dlm mahkamah nnt...malu wooo....

bat8 said...

Anon 7:37

Mana depa mau siasat geng sendiri. Itu SOP semua termasuk UMNO.

Jadi kalau ada bukti,laporkan saja kepada SPRM. Kalau ia boleh membantu UMNO, jika ada laporan dan bukti pasal seringgit pun SPRM akan boleh siasat. Inikan berjuta-juta seperti sdra dakwa. Bila lagi sdra nak tolong hapuskan si ketum tu...ini le peluang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...