GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 23, 2015

Pandangannya tidak masuk akal, walaupun seorang ilmuan Islam

Memang ramai yang terkejut dan berasa pelik dengan kenyataan Hj Hadi di sini. Ramai yang sangsi kenyataan tersebut adalah dari kaji selidik buah fikirannya sendiri. Agaknya siapakah manusia di belakang tabir, baling batu sembunyi tangan? 

Anthony Loke menyanggah kenyataan Haji Hadi yang berbaur rasis tanpa disertakan bukti yang ilmiah.Baca berikut:


Demografi bandar tidak lagi dikuasai Cina, DAP jawab Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya mengaitkan isu kaum dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tindakan sedemikian tidak masuk akal, memandangkan demografi penduduk bandar kini tidak lagi dikuasai Cina semata-mata, kata Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke.

 Loke berkata, DAP berusaha mengembalikan kuasa demokrasi kepada akar umbi melalui pilihan raya PBT, dan Hadi tidak harus mendakwa hanya kaum Cina yang akan menerima kelebihan melalui pelaksanaan perkara itu.

 "Ini tidak boleh kata akan didominasi oleh satu kaum, demografi kaum di bandar tidak lagi macam dulu. Ada pelbagai kaum, bukan Cina sahaja. Ada kawasan bandar majoriti orang Melayu.

 "Tidak masuk akal bila pilihan raya PBT, Cina akan kuasai majoriti kerajaan tempatan, kita mahu hak itu dikembalikan kepada pembayar cukai dan rakyat," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

 "Saya harap Hadi tidak lihat ia dari sudut kaum, kita perlu melihat dari sudut demokrasi," katanya dan menambah, beliau sendiri tidak memahami mengapa Hadi membangkitkan isu perkauman dalam perkara itu.

 Loke berkata, DAP terperanjat dengan kenyataan dikeluarkan Hadi apabila berkata, pilihan raya PBT bakal mengembalikan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.

 "Kami amat terperanjat dengan kenyataan Hadi kerana mengaitkan pilihan raya PBT akan membawa peristiwa 13 Mei 1969, bagi saya itu tidak masuk akal," katanya merujuk kepada insiden rusuhan kaum di negara ini suatu ketika dahulu.

 "Kita tidak patut guna isu perkauman dalam pilihan raya PBT kerana pilihan raya ini adalah untuk mengembalikan hak demokrasi kepada akar umbi dan memberikan peluang kawasan kawasan mereka, bukan di bandar sahaja tapi majlis daerah dan majlis perbandaran," kata Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, ketika dihubungi The Malaysian Insider. Baca selanjutnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Boley Jalan said...

Tak sangka aku Tok Guru Puak UG ni bangang tahap paling hina dan menjatuhkan islam. Kalau nak buat kenyataan berdasarkan melayu.......sila join perkasa wahai Hj. hadi yg ......err aku dah hilang respek 100% dgn. Puak broker hamno ni!..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...