JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, January 08, 2015

Penyelewengan balak di Kelantan : Sila dedahkan dokumen tersebut jika benar

Balak bergelimpangan di Kelantan

Saya amat bersetuju dengan saranan Hj Mohamad Sabu bahawa PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan dan meminta dakwaan tersebut dibuktikan terlebih dahulu. Baca laporan ucapannya di sini

Pihak NGO yang membuat dakwaan tersebut perlulah mendedahkan terlebih dahulu kepada awam bagi menyakinkan pihak yg bertanggung jawab untuk diambil tindakan seterusnya.

Kalaulah benar NGO berkenaan mempunyai dokumen sahih untuk menyokong dakwaannya, sila dedahkan segera supaya rakyat akan bersama-sama bangkit dan menyokong tuntutan NGO tersebut. Kalau setakad menyalak bukit, banyak anjing boleh buat....
Dokumen berhubung kekayaan pemimpin tertentu PAS di Kelantan daripada hasil pembalakan didedahkan oleh Presiden NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao.

Menurut Rao, semua dokumen berkenaan akan diserahkan apabila kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal balak di Kelantan yang dikatakan sebagai punca bencana banjir di negeri tersebut.
Comments
4 Comments

4 comments :

Salahuddin Almalizi said...

assalam... gambar tu kan kat Dungun.

Anonymous said...

Kalau kerajaan tak mahu tubuh RCI buat macam mana pulak....jangan jadi cerita tergantung sudahlah.

Anonymous said...

Bukan, kat parit sulong.

Anonymous said...

Gambar ni di kuala krai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...