JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, January 16, 2015

Rahsia besar atau Pembohongan besar?


APA KATA ZAHID

 PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bantuan rakyat Malaysia, Paul Wei Seng Phua kepada kerajaan seperti disebutkan dalam surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak dapat didedahkan kerana berstatus rahsia besar.

 "Berikutan pertikaian kandungan surat saya mengenai Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana membabitkan isu keselamatan yang berstatus besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

 "Sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, maka saya telah menjelaskan status Paul Phua dan kongsi gelap 14K Triad seperti mana yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara iaitu tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia dan Paul Phua bukanlah ahli kepada Kumpulan 14K Triad di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Twitternya, hari ini.

 Kenyataan itu bagi menjelaskan isu berhubung surat surat yang dihantar Zahid kepada Timbalan Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung Paul Phua yang kini sedang dibicarakan atas pembabitannya dalam kegiatan judi haram di mahkamah Amerika Syarikat .

SANGGAHAN KEPADA KENYATAAN ZAHID

 Bagaimana Zahid begitu yakin benar Paul Phua bukan ahli Kumpulan 14K Triad samada di Malaysia atau di luar negara? 

 Sedangkan laporan Zahid itu bercanggah dengan kerja perisikan dan mengetepikan laporan rasmi dari PDRM terhadap Paul Phua Wei Seng. 

 Zahid menulis atas sifatnya sebagai menteri dalam negeri, bukan sebagai seorang individu, maka ada terdapat prosedur yang perlu diikuti dalam kes seperti itu kerana mahkamah di luar negara tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan surat itu menjadi sah diterima.

APA KATA ZAHID

 "Isu surat saya kepada Timbalan Pengarah FBI bertarikh 18 Disember 2014 adalah untuk menjelaskan status seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang dituduh terbabit dengan aktiviti perjudian haram di AS dan kini sedang dibicarakan di mahkamah negara tersebut," katanya.

 Ahmad Zahid berkata, maklumat surat berkenaan juga dilindungi mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

 "Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan status Paul Phua kepada pihak FBI dan bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal pro-pembangkang," katanya.

SANGGAHAN KEPADA KENYATAAN ZAHID

 Pelik bila Zahid kata surat itu tidak dapat didedahkan kerana berstatus rahsia besar dan dilindungi mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 waima surat tersebut bukan urusan di antara dua kerajaan. 

 Surat tersebut adalah respon Zahid terhadap surat dari Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co Firma itu yang minta penjelasan dari pejabat Zahid.

 Akta ini selalu diguna pemerintah untuk tidak menjawab atau mengenepikan pelbagai isu yang mana rakyat dahagakan penjelasan, seperti tarif tol, air dan sebagainya.

APA KATA ZAHID

 Beliau turut menegaskan bahawa, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dan akan tetap membanteras gejala tidak sihat terutama gengsterisme, judi dan dadah di negara ini.

 "Saya tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat dan episod ini menguatkan semangat saya untuk terus memerangi aktiviti jenayah," katanya. DI SINI

SANGGAHAN KEPADA KENYATAAN ZAHID

 Kenapa Zahid tidak biarkan sahaja Paul Phua disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat?

 Kenapa Zahid cuba mahu membersihkan nama Phua  dengan menyatakan Phua terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara?


 Mengapakah surat beliau kepada FBI dengan jelas menggunakan ayat ‘kami berhasrat benar untuk beliau pulang ke Malaysia’?

Bukankah phrasa ayat ini menunjukkan niat Zahid agar Phua tidak didakwa di mahkamah Amerika Syarikat?

 Dakwaan yang Phua ialah ahli sebuah kongsi gelap Hong Kong bernama 14K dibuat berdasarkan dokumen dalaman FBI yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah.

 Yang peliknya, kalau tindakan Zahid ini betul dan mengikut prosedur, kenapa Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua? 

  Ya, Zahid, kuatkanlah semangat anda membohong dengan bantuan Raja Judi itu. ~  SUMBER Sanggahan dan Gambar
Comments
1 Comments

1 comment :

Amuraria said...

WAJIB ADA SATU PENYIASATAN DIRAJA ATAU BADAN BEBAS SIASAT SAMPAI KEAKAR UMBI ! ABU !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...