GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, January 23, 2015

Rakyat mahu lihat hasil kerja , bukan hanya cakap-cakap sahaja, wahai Nik Amar!

Pada 6 Jan. lalu, terpampang berita - Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri bagi membangunkan semula Kelantan.

  Jawatankuasa itu akan mengkaji semua aspek pembangunan di negeri ini selepas musnah dilanda malapetaka banjir baru-baru ini. Baca lagi disini 

Nik Amar yang akan tetap diingati rakyat kerana kenyataannya "Banjir tidak seburuk 1967" sudah acapkali menyebut - Kerjasama PAS dan Umno, Kerjasama PAS dan Umno..... 

Kelmarin (22 Jan 2014) pun duk sebut juga. Kita hanya dengar kenyataan retorik Nik Amar sebagaimana sebelumnya...memang tak boleh nak pakai!

Orang lain (Tak perlulah nak sebut nama pun ….. telah sekian lama telah bertungkus lumus menguruskan bantuan kpd mangsa banjir bersama beberapa kumpulan NGO, tanpa bantuan ajensi pusat. 

 Jawatankuasa tersebut rupa-rupanya masih lagi giat main goyang-goyang tolo sambil duduk-duduk semeja….

 Berita yg sama tapi dari sumber bernama, antara lain melaporkan: 
Mohd Amar berkata pemimpin dari PAS dan UMNO yang diberi tanggungjawab dalam usaha pemulihan pasca banjir di negeri itu kini giat duduk semeja untuk membincangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi meringankan beban mangsa banjir. 
Rakyat  mahu lihat hasil kerja , bukan hanya cakap-cakap sahaja, wahai Nik Amar! Contohnya seperti berikut:

Hubungan kerja baru DAP dan PAS selepas banjir Kelantan

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

 Ketika Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berbalas serangan dengan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke melalui kenyataan media masing-masing, sekumpulan pemimpin pertengahan parti Islam itu dari Kelantan yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mengadakan mesyuarat dengan pemimpin DAP di Kuala Lumpur bagi membawa bantuan banjir ke Kelantan.

Bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berbincang dengan Loke, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di sebuah kelab di ibu negara bagi membolehkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu mangsa banjir di Kelantan.

Inilah bentuk perhubungan antara DAP dan PAS sejak kebelakangan ini. DAP boleh berbaik-baik dengan sesetengah pemimpin PAS tetapi saling serang menyerang dengan sesetengah pemimpin lain parti Islam itu.

 Ini berikutan perbezaan pemikiran di kalangan pemimpin PAS yang semakin ketara sejak kebelakangan ini - antara bekerjasama penuh dengan PR manakala sebahagian lagi mula menjauhkan diri daripada gabungan itu ekoran kegawatan dalam isu pertukaran menteri besar Selangor dan kini isu hudud, pilihan raya kerajaan tempatan dan akan datang ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya.

 Loke yang membuat 2 kenyataan media bertulis menyerang Mustafa berkata, beliau sudah 5 kali ke Kelantan sejak banjir besar melanda negeri itu pada 22 Disember lalu.9"Kami hantar 15 kontena barangan yang bernilai kira-kira setengah juta ringgit dan RM270,000 wang ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

 "Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP pula menghantar RM1.1 juta ke Kelantan bagi membantu mangsa," kata Loke kepada The Malaysian Insider selepas berbincang dengan Wan Rahim pada Rabu malam di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur.

 Jelas, DAP sudah memilih kawannya dalam PAS. Mereka dilihat tidak boleh bekerjasama secara erat dengan sesetengah pimpinan PAS dinamakan kumpulan Unity Government (UG) yang disokong kumpulan ulama namun dapat berbincang dengan baik dengan sekumpulan pemimpin lain pula iaitu kumpulan profesional atau Erdogan. 

Mereka tidak begitu rapat dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yakub yang dikira kumpulan pro ulama namun pada masa sama mereka sangat senang bekerjasama dengan Wan Rahim dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

 Pada 31 Januari ini, DAP bersama badan bukan kerajaan (NGO) dari Kuala Lumpur dijangka ke Dewan Perhimpunan Cina Kota Baru bagi melancarkan fasa kedua bantuan mereka kepada mangsa banjir di Kelantan.

Ia bakal menjadi kunjungan ke Kelantan kali keenam bagi Loke dan kelima untuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga dijadualkan hadir ke majlis pelancaran "Impian Kelantan" itu.

 Ia dilakukan sebagai lanjutan projek 'Impian Sabah' dan 'Impian Sarawak' sebelum ini. 

 Pada majlis itu, DAP meminta bukan pimpinan utama kerajaan negeri (menteri besar atau timbalan menteri besar) yang menyertai majlis ini kerana kedinginan hubungan antara mereka tetapi wakil kerajaan negeri bertaraf exco saja akan menyertai majlis ini.

 DAP bersama NGO lain dari Kuala Lumpur merancang untuk melancarkan projek pembaikan rumah mangsa banjir dan fokus akan diberikan di Gua Musang dan Kuala Krai yang paling teruk dilanda banjir baru-baru ini."Kami jangka untuk bermula dengan peruntukan RM500,000 bagi projek 'Impian Kelantan' ini," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

 Mereka akan menjadikan Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang yang teruk dilanda banjir sebagai kampung angkat mereka.

 Di Kota Baru, DAP akan bekerjasama dengan NGO termasuk Yayasan Darul Hijrah pimpinan Husam, Cakna UT pimpinan Wan Rahim, R, Pasma dan lain-lain NGO Kelantan.

Dari Kuala Lumpur, individu terkenal seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dibawa memperkuatkan lagi rayuan bantuan dan sumbangan diberikan untuk menjayakan projek ini.

 Hubungan DAP dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) juga dilihat sangat baik apabila kerajaan negeri Pulau Pinang menyumbangkan RM60,000 kepada NGO pro PR itu untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Sedangkan PAS memutuskan agar pemimpinnya tidak mengadakan sebarang hubungan dengan NGO yang dianggap menyusahkan PAS itu.

Wan Rahim berkata, senario politik di Kelantan juga berubah dengan mendadak sejak banjir besar baru-baru ini.

"Secara umumnya, rakyat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat tetapi sangat senang dengan NGO.

"Nama Datuk Husam harum semerbak selepas banjir ini," kata Wan Rahim yang selama ini berpandangan Husam sudah tidak ada tempat dalam politik Kelantan dan mencadangkan beliau memainkan peranan di peringkat pusat selapas istana menolak beliau dikekalkan dalam senarai exco kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, prestasi wakil rakyat PAS pada umumnya baik tetapi reputasi sekurang-kurangnya dua wakil rakyat Umno hancur ekoran banjir baru-baru ini.

"Nama Norzula (Mat Diah) Adun Paloh dan ahli Parlimen Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz) hancur dalam banjir ini. Norzula tidak berapa sihat, manakala Ikmal pula pergi bercuti ketika banjir," kata Wan Rahim.

Paloh di Gua Musang dan Tanah Merah antara kawasan yang teruk dilanda banjir baru-baru ini. 

 Nama Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak terjejas teruk kerana beliau turut bersama perdana menteri melawat ke kawasan banjir baru-baru ini berbanding Ikmal yang tidak datang langsung, katanya.

 Bagaimanapun, semua pihak menyedari nama Datuk Seri Mustapa Mohamed, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Alwi Che Mat yang menjadi pemimpin utama Umno Kelantan sekarang juga baik dalam bencana banjir ini.

 Bagi PAS pula, nama dua wakil rakyatnya teruk terjejas di kalangan mangsa banjir apabila membuat kenyataan yang tidak disenangi mereka.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, yang membuat kenyataan banjir kali ini tidak sebesar banjir 1967 menerima kecaman daripada mangsa banjir ketika mereka berjuang untuk terus hidup ketika banjir itu melanda. – 23 Januari, 2015. -  SUMBER
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Saya hairan macamana puak Ug ni dapat gelaran ulamak? Sedangkan tak de langsong subangan dalam kebajikan umat.........memmang telah sampai masa hadi and geng berundur

5sal said...

dah naik muak dan meluat tgok muka dia ni!cakap tak serupa yang dicakap.ditambah pula dia salah sorang yang kuat mempertahankan ketua UG/GU.cakap dalam tong kosong semua kosong.

Naza said...

Sepanjang TGNA jadi MB tak pernah dengar keluhan susah @ merayu simpati dari pusat. Tapi sejak dia ni jadi TMB, ini saja yang dia tahu.... pusat... pusat... pusat...

Naza said...

Saya gelar Mohd Amar ni 'UCOK': Umur Cukup Otak Kurang...

bat8 said...

Naza

TGNA memerintah selama 23 tahun. Masaalah diperingkat awal jauh lebih getir dari apa yang dihadapi oleh Ahmad Yaakob dan Nik Amar.

Masaalah memerintah kelantan ni sama sahaja samada yang dihadapi oleh PAS dibawah Dato Asri atau UMNO dibawah Dato Mohamed Yaacob atau TGNA atau Ahmad Yaakob dan Nik Amar. Masaalah itu ialah hasil negeri yang kecil, banyak bergantung kepada balak .

18 tahun Dato Asri hadapi.12 tahun Dato Mohamed Yaacob hadapi. 23 tahun TGNA hadapi. Takkan kerajaan Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang belum sampai 2 tahun dah tak mampu hadapi? Masaalah sama selama 57 tahun, orang lain boleh hadapi tetapi kita tak boleh, apa maknanya?

Maknanya kita tak layak. Kita tidak mempunyai kebolehan untuk memikul tanggungjawab tersebut. Bukti-bukti yang ada didepan mata menunjukkan keoada masaalah ini.

Kepimpinan bukan bergantung kepada tinggi atau rendahnya ilmu yang dimileki. Kalau kita ambil sifir segelintir agamawan didalam PAS, orang yang memileki ilmu ugama yang tinggi mesti menjadi pemimpin tak kira beliau memileki kebolehan kepimpinan atau tidak - tentulah ketua parti-parti politik didunia ini dan presiden ataun PM semua negara didalam dunia ini dipegang oleh profesor atau pemegang ijazah Phd sains politik!....takkah xmasuk akal logik segelintir agamawan PAS ini dari puak UG ini.

Contoh dimana keilmuan bidang ugama yang tinggi tetapi gagal dalam kepimpinan politik di dalam PAS sendiri cukup jelas. Siapa MB kerajaan PAS sepenggal di Terengganu? Siapa MB kerajaan PAS Kedah yang sepenggal? Apa jadi dengan kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA sekarang? Semuanya menunjuk kepada satu masaalah iaitu kebolehan kepimpinan yang lemah atau dalam bahasa mudah kepimpinan substandard! Kedua, kepimpinan bukan satu kebolehan otomatik apabila memileki ilmu ugama yang tinggi! Kepimpinan adalah anugerah Allah yang diberi berasingan dari anugerah ilmu. Ada orwng dianugerah kedua-duanya. Ada orang diberi salah satu. Ramai yang tidak diberi keduanya tetapi diberi anugerah dalam bentuk lain.

Pelikkan perangai sesetengah tok lebai PAS. Sebab dia mempunyai ilmu ugama yang tinggi maka dia merasa adalah hak dis untuk menjadi pemimpin walaupun bakat kepimpinan politik tskde....atau bakat kepimpinannya hanya tahap memimpin majlis tahlil je....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...