JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, January 08, 2015

SEJARAH PEMBELOTAN DUA SETIAUSAHA AGUNG PARTI

Loi Tack ialah Setiausaha Agung PKM sebelum Chin Peng. Waktu itu rakyat bersatu padu untuk menuntut kemerdekaan. Gandingan mantap pelbagai aliran parti dan pertubuhan bergerak cergas kearah laungan Merdeka..!! Tiada halangan apa-apa lagi kerana pada 1945 British sudah pun kalah begitu juga Jepun. Ketika itu berlaku kekosongan pemerintahan.

 Kisahnya menarik. Loi Tack rupa-rupanya agen British yang sengaja melengah-lengahkan kemerdekaan tanahair dan ia mula dikesan khianat apabila Mesyuarat Khas PKM di dalam hutan Batu Caves telah diserang tentera British.

Siapa yang tahu dan membocorkan maklumat tentang mesyuarat rahsia itu jika bukannya Loi Tack. Ahli yang terbabit hanya Setiausaha Agung sahaja yang boleh pecah lubang maklumat dalaman parti.

 Loi Tack juga telah memperdaya Tentera Pembebasan Malaya (Peta) pimpinan Ibrahim Yaakob yang bergerak dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk mengistiharkan kemerdekaan tetapi Loi Tack mengarahkan mereka berhenti di Muar dan beliau memaklumkan kepada British akan pengumuman kemerdekaan dan meminta Peta yg didominasi orang Melayu itu dibubarkan.

Pada perkiraan Ibrahim Yaakob ketika waktu kosong itu, Loi Tack mahu PKM istiharkan kemerdekaan. Rupa-rupanya Loi Tack ini belot dan menjadi agen kepada British. Beliau ialah talibarut British. Lalu kumpulan Ibrahim Yaakob dan lain-lain diserang dan ditangkap. Ibrahim lari ke Indonesia.

Akhirnya British masuk balik ke Malaya dan menjajah buat kali kedua. 1948 British mengistiharkan darurat serta mengharamkan sebarang parti politik. Loi Tack akhirnya mati dibunuh di Thailand setelah khianatnya terdedah.

 Apa agaknya kaitan kisah Loi Tack, Setiausaha Agung PKM tahun 1945 itu dengan Setiausaha Agung PAS dewasa ini, Mustapa Ali yang memang salah seorang pemimpin PAS yg terlibat dengan UG. 

Malah sejak dia menjadi Setiausaha Agunglah bermula idea UG dan hari ini kumpulan UG menguasai PAS Pusat, Pas Terengganu dan Wilayah Persekutuan serta Majlis Syura Ulama. 

Setiausaha Agung Pas juga belot. Berkerjasama dengan Umno untuk melengahkan kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan Presiden PAS.

1. Menimbulkan permusuhan di dalam PR. 
2. Perjumpaan bersama Umno di dalam kelam sebanyak 4 kali sebelum di dedahkan oleh Pak Lah Badawi( PM pada ketika itu). 
3. Mengatur pertemuan dengan Umno di Istana. 
4. 2008 mengarahkan panggilan telefon kepada Ust Ahmad Awang Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu supaya membentuk kerajaan Perpaduan bersama Umno di Perak. 
5. 2008 Mengarahkan Hassan Ali supaya berbincang dengan Khir Toyo supaya dapat membentuk kerajaan Perpaduan bersama Umno di Selangor. 
6. Menafikan/Menggagalkan penghijrahan Ahli Parlimen BN kedalam PR (Kronologi16 September). 
7. Cubaan melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri. 
8. 2014 Cubaan membentuk kerajaan Perpaduan dengan Umno di Selangor bersama Tan Sri Khalid Ibrahim. 
9. Menyerang Muktamar dengan kata nista "Barua dan Broker" kepada ahli serta pimpinan parti yang telah mengagalkan plan beliau.

Banyak lagi episod pembelotan Setiausaha Agung PAS dan Presiden Pas. 

Memberi Wala kepada Presiden Pas dan Setiausaha Agung bermakna pembelotan kepada Jemaah kerana menjadi talibarut Umno di dalam Pas.

Selagi ada pembelot di dalam Pas yang menjadi pemimpin tertinggi parti, percayalah..!! Umno dan Barisan Nasional tidak akan dapat ditewaskan.#SolidaritiBersamaLutfi ~ Rakyat Bangkit
Comments
2 Comments

2 comments :

Amuraria said...

terbaik tuan ! ABU sampai mati !

bat8 said...

Pembelotan Loi Tak ada diceritakan secara detail oleh Chin Peng didalam memoirnya. Loi Tak ni cina Vietnam. Setelah identitinya sebagai agen British terdedah dia menghilang diri bersama-sama dengan duit PKM berjuta-juta jugak la.

Lai Tak ini k3mudiannya dibunuh di Thailand. Mengikut cerita dia dibunuh oleh anggota parti kominis Thailand.

Sedikit sambungan cerita Tuan Blog.

SUA PAS adalah jawatan lantikan. Presiden berhak melantik SUA. SUA PAS sekarang ni dilantik oleh Haji Hadi. Bagi Mustafa Ali jawatan politik terakhir ialah sebagai naib presid3n PAS.

Bayangkan, mesti ada sebab mengapa Haji Hadi melantik bekas naib presiden PAS menjadi SUA. Mustafa Ali tidak bertanding s3mula mempertahankan jawatan naib presiden. Dia dah tahu hayat politiknya didalam PAS sudah habis tetapi dia diberi nafas baru sebagai SUA PAS oleh Haji Hadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...