GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, January 07, 2015

Selamatkan Harakah - Denyut Nadi PAS

Apakah memecat pekerja tanpa sebab yang syar'ie itu dibolehkan syara'? MSU tolong jawapkan, boleh?

Sewaktu Anwar nak tukar MB Selangor bukan main MSU sokong saranan Presiden PAS yang bermati-matian memperahankan Khalid Ibrahim. Kata tak syari'e bagai....

Inilah masalah yang ada pada PAS yang mengaku memperjuangkan Negara Berkebajikan, tapi kebajikan kakitangan organisasi parti sendiri diabaikan.

Tahukah korang, bahawa kakitangan Harakah tiada tempat untuk mengadu sebab mereka tidak ada union. Kakitangan Harakah tidak dibenarkan menubuhkan Kesatuan Pekerja.Kenapa begitu sekali? Lebih teruk dari kapitalis!

 Mereka yang kaki lawan akan dicop dan sukar untuk menuntut apa-apa kemudahan dikemudian hari. 

Tahukah korang, skim gaji harakah pun masih di takuk lama. Kekadang claim yang dibuat tidak dapat seratus peratus bahkan dipotong mengikut kehendak pentadbiran.

Difahamkan, komputer yang dibekalkan kepada Editorial kebanyakan sudah usang, berbeza dengan pentadbiran yang baru.

 Begitu juga di Pejabat Agung sedangkan gaji mereka pun harakah yang bayar. Tetapi dari segi keselesaan Editorial lah yang paling teruk. 

Jika mahu keluar tugas dari kawasan kakitangan selalunya hanya diberi separuh daripada belanja yang diminta, maknanya kakitangan terpaksa menggunakan duit sendiri dan terpaksa tunggu lagi sebulan untuk dapat bakinya dari pengurusan Harakah. 

Ramai yang terpinga-pinga dan marah bila Lembaga Pengarah Harakah mengambil tindakan memberhentikan kakitangannya tanpa sebab yang jelas.

Satu persatu kena tendang keluar, dah masuk tiga - dua wartawan kanan dan terbaru ialah Ketua Pengarangnya pula!

Seolah-olah pentadbiran Harakah ini tidak ada peraturan atau terma-terma lantikan perjawatan. Ikut suka hati nak pecat pekerja bila-bila masa depa suka.

Tahukah korang, Harakah memperuntukan kepada Pejabat Agung RM50 ribu sebulan? Penjualan Harakah kini semakin merosot dipasaran disebabkan 'gag order' oleh pihak pengurusan.Berita tidak menarik kepada pembaca oleh kerana kekangan yang ada. 

Ini semua adalah kelemahan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan sendiri. Kena tendang mereka berdua ni kalau mahu Harakah bernafas semula dan selamatkan PAS. Ingatlah, bahawa Harakah adalah denyut nadi PAS. Kalau lingkup Harakah, maka akan lingkuplah PAS.

Kaki tangan Harakah telah memberikan pengorbanan mereka kepada perjuangan parti , namun diperlakukan seperti pepatah orang dahulu ‘habis manis sepah dibuang’ atau seperti mana pantun klasik Melayu: 

Zaman dahulu bertikar pucuk,
Zaman ini bertikar mengkuang,
Zaman dulu kita dipujuk, 
Zaman ini kita dibuang.

Harakah minta pengarangnya berhenti

Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.

 Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

 Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi (kanan) dibuat minggu lalu bagi memaklumkan “permintaan” yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah Disember lalu.

 "Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'Pencen Ilatdengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

 "Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu," kata sumber kepada Malaysiakini, yang tidak mahu namanya disiarkan.

 Menurut sumber itu lagi, ahli lembaga pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan membincangkan perkara itu semula pada mesyuarat mereka Februari akan datang.Berita penuh di sini

Sebelum inilaporan di sini menyatakan:

 "Saya terkejut sebab Harakah tidak pernah pun tanya khabar saya dan minta rekod perubatan saya, tiba-tiba suruh saya ambil ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.#SolidaritiBersamaLutfi
Comments
6 Comments

6 comments :

tungkaran hati said...

Semoga lebih cepat Harakah tenggelam bersama fitnah dan pendustaan yang dilakukan atas nama perjuangan Islam.

anak selangor said...

Maaflah sejak aku dah keluar PAS...aku dah tak baca dah harakah ni..Aku keluar Pas sejak dari pemilihan di Mukatamar 2013. Aku tengok ulamak yang aku dok sanjung mcm dah tak de iman bila dalam bertanding. Senang cakap... Ulamak Pas sekarng ni ckp tak serupa bikin. Mcm ketam mengajar anak berjalan betul tp diri sendiri pun tak betul.

Anonymous said...

Nasiblah tuan, pak malau dah ada dalam PAS. Semakin jelas kalau PAS memerintah mampos semua orang jadi bughah dan di ISA kan kritik ulama yang lebih suci dari nabi. Itu baru ada kuasa sikit. Dah mabok kuasa....orang sakit dan dah lama berjuang dan ada jasa pada harakah pun boleh buang ikut suka hati. Ingat-ingatlah rakyat Malaysia akan bencana menanti dengan kuasa pada orang PAS yang camni.

Anonymous said...

memang tepat kalau dikatakan bahawa penjualan harakah terus merosot sejak kes Khalid berlaku.Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Presiden dan kumpulan UG serta MSU bertindak melebihi dasar Islam.Mereka lupa bahawa majunya Pas adalah sokongn bukan Islam yang memberi undi untk Pas berkuasa mentadbir negeri,mereka lupa sokongan bukan islam INSYAALLH kiat dapat menjalankan apa yang kita inginkan,tapi bila kita tidak berkuasa dengan apa kita hendka jalankan apa ynag kita inginkan.peminpin bodoh,tak pandai guna taktik memujuk,berbaik sesama manusia.Lupakanlah sekiranya bukan islam tidak menyokong kita untuk kita menusai Malysia dengan izin Allah.

Anonymous said...

Mungkin MIC dulu berkubur, kemudian Utusan, kemudian Harakah, kemudian UG si kekasih gelap UMNO, kemudian Dajjal dan Yahudi dan Kristian, kemudian Nabi Isa dan Imam Mahadi, kemudian seluruh orang beriman, kemudian Yajjud dan Majjud, kemudian mungkin UMNO, itupun sebelum Iblis Laknatullah disentapnya nyawanya. Maklumlah setan yang dikenalilah dikatakan... bernyawa panjang untuk buat kerja-kerja jahat.

Anonymous said...

Mana nak laku, Tuan Presideng dan kepimpinan MSUnya dah buat kerja syok sendiri!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...