JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, January 27, 2015

Semakin jelas pembohongan Zahid Komidi


 Kesian melihatkan Menteri Dalam Negeri kita ni, macam dah tak ada kawan yang sanggup nk tolong bela pembohongannya .... 

  Nak taruk kemana la ni muka kamu wahai Zahid Komidi? Kamu ni betul-betul seorang badut yang rajin buat komidi bodoh!

  Mula-mula dulu bila surat kamu kepada FBI yang menyatakan sokongan kamu terhadap 'Raja Judi' tu didedahkan , kamu kata Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, isu keselamatan yang berstatus besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.....Kah! Kah! Kah!

  Kemudian kamu kata bukan kamu saja yg tulis surat seumpama itu, menteri-menteri dalam negeri sebelum kamu pun ada juga buat gitu....

 Malang bagi kamu , bila Hishammuddin Hussein menafikan   pernah buat kerja bodoh macam kamu tu!

 Kemudian Syed Hamid Albar pula kata, saya tak tulis surat pada fbi  dan yang terbaru, bila ada sumber mendedahkan laporan berikut : 

Phua disabitkan bersalah di M'sia


Lelaki yang dikatakan membantu Putrajaya dalam projek melibatkan keselamatan negara dikatakan pernah disabitkan kesalahan jenayah di negara ini.

 Sumber polis memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa 'raja judi' Paul Phua Wei Seng ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.


 Seorang sumber yang berada di tempat kejadian ketika Phua didakwa dan disabitkan kesalahan terlibat dalam perjudian haram memberitahu bahawa dia didenda.


 Selepas membayarnya, Phua dikatakan meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2008.


 Menurut sumber, Phua, 50, juga dikenali sebagai 'Sabah kia' (budak Sabah) walaupun dia sebenarnya berasal daripada Miri, seperti maklumat dalam kad pengenalannya.


 Pua menjadi tumpuan berita selepas ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Last Vegas pada Julai lepas. Baca sepenuhnya di sini

Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Fasal apa admin nak kesian pd penipu tu? Patutnya kata padan dengan muka penipu nih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...