GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, January 11, 2015

UG adalah kumpulan Pelampau dalam PAS yang sentiasa menggugat PR


 Surat terbuka 25 bekas pegawai tinggi kerajaan dan ahli profesional telah menggesa Perdana Menteri untuk menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.

 PAS sendiri sedang berhadapan dengan masalah-masalah yang serupa sebagaimana yang dibangkitkan oleh kumpulan 25 bekas pegawai itu.

 Dalam PAS juga turut berlaku ketegangan antara ahlinya apabila kelompok ekstremis, suara-suara tidak moderat dan tidak bertoleransi yang diwakili golongan UG cuba mengawal PAS.

Golongan UG menetaskan bibit-bibit perpecahan ini bersarang dan membiak dalam Pemuda PAS yang menguasai Lujnah Tarbiyah. Melalui pentarbiahan Lajnah inilah doktrin wala’ dan thiqah menjadikan ahli jemaah bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin.

Tindakan UG ini dilihat mendapat restu dan dorongan oleh MSU sendiri yang mahukan ahli patuh tanpa berbelah bagi terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tanpa boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, maka bererti tiadanya wala’ serta thiqah bagi yang menyoal. Mereka ini kemudiannya terus dilabel ‘kurang tarbiyyah’, pemikiran sekular dan sebagainya. 

Maka tidak hairanlah kenapa mereka begitu bebas dan berleluasa melabel dengan pelbagai label terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan pemikiran mereka. Apa yang nak dihairankan sangat, bila Presiden sendiri yang sepatutnya mendamaikan dua kelompok yang  sedang bertelagah, tetapi dia sendiri telah memberi teladan dengan melabel anak buahnya sebagai 'Barua' dan 'Broker'. Kelaku Presiden begini menjadi ikutan Pemuda...

Golongan UG ini bukan mendapat sokongan ramai, sebaliknya kerana majoriti ahli yang berpendirian sederhana ini mendiamkan diri.

Ini kerana mereka yang berpendirian sederhana cuba untuk mengelakan perpecahan dalam PAS menjadi lebih parah. Maka kerana ini, kita lihat golongan yg berpendirian sederhana ini hanya bertindak defensif apabila diserang oleh UG.

Contohnya, ketika Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu merasmikan Muktamar Pemuda yang baru lalu, beliau dihina bilamana segerombolan Pemuda telah keluar untuk kencing berjemaah ketika beliau baru saja memulakan ucapannya...

Ada mana-mana kalangan MSU yang menempelak atau menegur sikap tidak sopan pemuda? Sehingga kini habuk pun tarak! MSU hanya menganggap Presiden sahaja sebagai pemimpin yang satu-satunya perlu dihormati! MSU merestui kelaku Pemuda yang jelas tidak beradap dan tidak menghormati pemimpin nombor dua dalam parti sendiri.


Kemelut yang melanda PAS sekarang ini sebenarnya berpunca kepada virus ketagihan kuasa. MSU mahukan kuasa yang lebih dominan dalam menentukan hala tuju parti hinggakan bertelagah dengan Lujnah Undang-Undang Dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat ketika timbul isu perlantikan MB Selangor tidak lama dulu. Sila baca di sini

Kalau kita amati isu-isu yang yang sering diutarakan oleh puak-puak UG ini, ia adalah isu-isu dalaman terutamanya berkaitan dengan hubungan parti dengan Pakatan Rakyat.

 MSU dan Dewan Pemuda lebih cenderung untuk mengkaji semula hubungan parti dalam Pakatan Rakyat, sementara kalangan yang sederhana mahu memperkuatkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Jom kita lihat, persamaan extremis yang melanda PAS dan juga Umno berdasarkan surat kumpulan 25 bekas pegawai itu dengan realiti yang ada pada PAS :

Surat terbuka itu menyatakan :

1) Mereka melahirkan kebimbangan pihak berkuasa agama “menggunakan kuasa melebihi bidang kuasa” dan fatwa yang dikeluarkan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan proses rundingan.


Apa yang sedang berlaku dalam PAS 

Pihak MSU "menggunakan kuasa melebihi bidang kuasa" dan mengeluarkan arahan tanpa melalui mesyuarat dan bertentangan dengan amalan perlembagaan PAS.

MSU tidak ada kuasa tandfidzi atau pun executive untuk mengeluarkan arahan kepada ahli. Itu adalah dibawah bidang PAS Pusat.

Apabila MSU mengeluarkan arahan melarang ahli PAS dari terlibat dengan PasMa, bila ditanya masa bila MSU bermesyuarat mengenainya, Ust Idris Ahmad bungkam tak boleh jawab.

Setiusaha Agong PAS sendiri menyatakan tiada masalah apa-apa jika ahli dan terlibat dengan PasMa. Perlembagaan PAS tidak melarangnya kerana PasMa adalah entiti NGO yang berdaftar.

Surat terbuka itu menyatakan :

2) Mereka bimbang hubungan kaum dan sentimen agama semakin sukar selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Barisan Nasional menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya.

Apa yang sedang berlaku dalam PAS 


MSU dan Pemuda juga gemar menghentam dan menyalahkan kawan sendiri dalam PR yang terdiri dari pelbagai kaum. Seringkali mengancam untuk keluar dari tahaluf siyasi .


Surat terbuka itu menyatakan :

3) Mereka bimbang kerana ada Kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa hak Melayu terancam, tetapi hak bukan Melayu yang diinjak.

Apa yang sedang berlaku dalam PAS 

MSU dan Pemuda semakin mesra dengan Perkasa dan ramai yang terpengaruh dengan fahaman Isma.



Surat terbuka itu menyatakan :

4) Mereka menyifatkan penggunaan Akta Hasutan “ancaman berterusan untuk mendiamkan sesiapa yang bertentangan pendapat”.


Masalah yang sedang PAS hadapi

Walaupun pendirian PAS Pusat menentang penggunaan Akta Hasutan, tetapi Timbalan MB Kelantan Nik Amar menyatakan yang sebaliknya :



Surat terbuka itu menyatakan :

5) Mereka menuduh Najib terlalu menuruti pandangan konservatif dalam Umno untuk kekal berkuasa.  


Masalah yang sedang PAS hadapi

MSU dan Pemuda terlalu berpandangan konservatif dan beranggapan PAS hanya layak dipimpin oleh mereka yang berstatus ulama sahaja.

Surat terbuka itu menyatakan :

6) Mereka menggesa agar memupuk kesedaran mengenai kepelbagai pandangan dan tafsiran dalam Islam. 


Masalah yang sedang PAS hadapi

MSU dan Pemuda tidak meraikan kepelbagai pandangan dan tafsiran selain memaksakan jemaah wala' kepada pimpinan yang satu iaitu Presiden. Timbalan Presiden bagi mereka adalah bolayan!


Surat terbuka itu menyatakan :

7) Mereka mengkritik “kenyataan indah di luar negara” perdana menteri mengenai kesederhanaan tetapi tidak ada apa dibuat dalam negara terhadap kumpulan supremasis Melayu yang terlepas walaupun membuat ucapan yang mengapi-apikan kebencian kaum.

Masalah yang sedang PAS hadapi

Presiden buat kenyataan mahu bersama Pakatan Rakyat tetapi tindakannya adalah sebaliknya. Sudah 6 bulan Pakatan Rakayat tidak bermesyuarat....Maknanya, masing-masing buat agenda sendiri tanpa konsensus .



Surat terbuka itu menyatakan :

8) Mereka menolak kumpulan berhaluan kanan yang menuduh dan melabel pengkritik mereka sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu, dan berkata tindakan melabel seperti itu menyebabkan “perbincangan rasional dan resolusi konflik menjadi sukar”.

Masalah yang sedang PAS hadapi

Ketua Penerangan Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) 
 Datuk Dr Khairuddin, PELOPOR ISTILAH 'Munafiq Haraki'

MSU dan Pemuda sendiri diresapi dengan gejala tersebut. Melabel yang tidak sehaluan dengan Barua, Broker, Munafiq Haraki, Jebon, Bapa Anjing.... banyaklah lagi dan lagi!


Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Kamu faham ke apa tu UG? Kalau tak faham minta pencerahan dari Anwar dan Lim KIt Siang kerana mereka lebih tahu dari kamu. Mereka nI pernah berbincang dan bersetuju dengan idea penubuhan UG bersama-sama dengan BN. Lebih baik kamu minta pencerahan dari mereka.

Anonymous said...

Hang ni pok usop tkde berita lain ke.. Jemu dah, asyik berita yg same jer... Bangang!!!

Anonymous said...

..sejak PAS d bwh kepimpinan ulama lh PAS hingga kini bertahan dgn perinsip perjuangannya...pimpinan silih berganti namun ia tetap utuh dgn prinsip....kini timbul 2 gulungan d namai profesinal n agama....sdgkn dr dulu xtimbul pun istilah2 ini...semuanya bkerja dlm saf yg satu..idea yg satu...gerakerja yg satu...apakh dgn ade istilah sebegini PAS sudah d mamah keruntuhan ..????
...ramai ahli sdh xtahu mana falsafah perjuangan mana pula prinsip perjuangan..hinggakan yg dh lama bersama PAS pun keliru dgn apa yg dperjuangankan...hairan..!!!!!
..perinsip dn matlamat PAS tetap sama yg xsama kini nafsu dn ego ahli2 sendiri baik yg lama @ yg baru....fikir2kn lh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...