GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, February 02, 2015

Apa agenda Mustafa Ali sebenarnya nih?

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kata trend enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik adalah petunjuk tahap kekecewaan rakyat terhadap PR dan Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.

Pakatan Rakyat (PR) Perak menggesa pemimpin tertinggi PKR, DAP, dan PAS segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden secara tertutup bagi menyelesaikan krisis hubungan antara tiga parti itu yang semakin memburuk, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

 Pengerusi PR Perak itu berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan beberapa pemerhatian, antaranya majoriti rakyat kini melalui fasa "apathy" politik dan enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik seperti era tahun 2008 hingga 2013.

 Katanya, trend itu adalah petunjuk tahap kekecewaan mereka terhadap PR dan Barisan Nasional (BN).

 "Kamu juga memohon supaya Majlis Presiden bermesyuarat secara berjadual dan arahan-arahannya diperturunkan dengan berkesan dan pantas," kata bekas menteri besar Perak itu dalam satu kenyataan hari ini. – 2 Februari, 2015. - Sumber

Komen al-Husseyn : 

Saya amat setuju dengan kenyataan DS Nizar diatas. Tetapi saya amat tidak faham kenapa perlunya diadakan satu pertemuan dengan Anwar bagi tujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan. 

Bukankah Anwar senantiasa terbuka untuk mengadakan pertemuan tersebut? Masalahnya adalah dipihak Hj Hadi sendiri. Tiada masalah kalau Hj Hadi bersetuju untuk berbincang. Tetapkanlah sahaja tarikh pertemuan itu, nescaya PKR dan DAP akan menyambutnya dengan tangan terbuka.

Pakatan Rakyat telah lama ditubuhkan, bukan baru nak ditubuh.Apa agenda Mustafa Ali ni sebenarnya? Ada pra-syarat tertentukah? Sangat mencurigakan bila  beliau memberitahu:

  "Saya akan bertemu Anwar sehari dua ini untuk membincangkan perkara ini dan ia sudah dimaklumkan kepada sekretariat," 

 Pertemuan beliau dengan Anwar itu bertujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan. 

Susah sangat ke nak berjumpa? Seolah-olah baru nak tubuhkan Pakatan Rakyat...Baca lagi  di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Malaysiabaru said...

Salam. Mohon dibincang jg isu spender isu pil kuda isu Khalid gagap isu ularmak munafiq. Isu ug isu menantu jd boss di glc. Isu anak muda pas dengki Anwar jd pm. Isu ku Li taiko apek jd pm. Isu hadi sakit tenat. Isu hudud yg tk k mana tnpa sokongan umno. Isu pakatan nk bungkus sebab pas dah sesat....

5sal said...

saya rasa lge dan azizah dalam pakatan tak ada masalah untuk hadir bermasyuarat yang jadi duri dalam daging dalam pakatan ialah pak tua haji hadi bin awang tu!tetap tak mahu hadir alasan di ringkas 'atas dialah nak hadir ka tak'cakap ahli biasa cam saya tak akan dilayan pun.ckap lah sampai kuar anak tekak cam tu pi mai pi mai tang tu gak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...