JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, February 10, 2015

Benarkah Presiden PAS Boleh Terima Kritikan?

Kononnya saya dipukul dalam mesyuarat Pas Pusat.

 Saya merasa terpanggil untuk membuat kenyataan selepas melihat dan membaca laporan Malaysian Insider yang melaporkan kononnya saya dipukul dalam mesyuarat Pas Pusat pada hari ahad lepas.

 Saya ingin menyatakan di sini bahawa segala laporan yang wujud di alam cyber yang menjadi viral termasuk laporan Malaysian Insider tersebut adalah spekulasi semata mata yang saya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk mengesahkan laporan spekulatif tersebut. 

 Saya juga ingin jelaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat adalah tidak wajar untuk saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Pas Pusat kerana ia adalah urusan dalaman Pas yang saya dan Pas tidak bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sesiapa.

 Saya dan Pas juga dalam masa yang sama tidak boleh menghalang sebarang spekulasi dibuat oleh mana mana pihak selain menyatakan bahawa spekulasi tidak boleh menggantikan kebenaran.

 Saya juga ingin jelaskan jika sekalipun ada laporan yang menyatakan saya menegur Presiden Pas dalam mesyuarat itu ia bukan suatu yang luar biasa kerana Pas tidak pernah melarang mana mana ahli jawatankuasa Pas Pusat menegur Presidennya sebagaimana Presiden juga mempunyai hak untuk menegur mana mana orang di bawahnya. Saya percaya "reciprocity" ini suatu yang sudah lama wujud dalam Pas .

 Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas Pusat saya dapati Presiden Pas masih boleh menerima kritikan sepedas sekalipun ke atas dirinya dan saya tidak nampak sikap beliau itu sudah berubah. Jika ada mana mana pihak dalam Pas yang merasakan kritikan kepada mana mana pemimpin setinggi mana sekali pun pangkatnya apatah lagi kritikan yang dibuat di dalam mesyuarat adalah tidak dibenarkan saya percaya ini bukan dari ajaran Islam dan menyimpang daripada konvension yang Pas amalkan selama ini.*

 Jika Presiden Pas boleh menerima kritikan maka adalah tidak masuk akal Presiden Pas akan merestui dan membiarkan amalan memukul ajk Pusat jika kita mengandaikan sekalipun spekulasi yang saya nyatakan di atas adalah betul.**

 Mengenai dakwaan kononnya saya dipukul oleh Pesuruhjaya Pas Perak , Hj Razman Zakaria saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu. Hj Razman adalah kawan baik saya jadi mana mungkin dia akan tergamak untuk memukul saya.***Maka saya menganggap dakwaan beliau memukul saya adalah hanya spekulasi semata mata.

 Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana disebalik keributan yang berlaku sebelum ini akhirnya mesyuarat majlis tertinggi PR dapat juga diadakan dan mencapai satu keputusan yang melegakan banyak pihak dan meyenakkan musuh Pakatan iaitu Barisan Nasional.

 Percayalah hanya BN dan mereka yang cenderung kepada BN sahaja yang mahukan PR berpecah kerana mereka tahu perpaduan PR adalah ancaman besar dan bahaya kepada BN. Saya yakin tidak ada pemimpin PR yang naif dan tidak sedar hal tersebut.

 Sekian, terima kasih

 Yang benar

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AJK PAS PUSAT AHLI PARLIMEN SEPANG

Sila fahami maksud tersirat di sebalik kata-kata Hanifa

1) Jika ada mana mana pihak dalam Pas yang merasakan kritikan kepada mana mana pemimpin setinggi mana sekali pun pangkatnya apatah lagi kritikan yang dibuat di dalam mesyuarat adalah tidak dibenarkan saya percaya ini bukan dari ajaran Islam dan menyimpang daripada konvension yang Pas amalkan selama ini.*

2) Jika Presiden Pas boleh menerima kritikan maka adalah tidak masuk akal Presiden Pas akan merestui dan membiarkan amalan memukul ajk Pusat jika kita mengandaikan sekalipun spekulasi yang saya nyatakan di atas adalah betul.**

3) Mengenai dakwaan kononnya saya dipukul oleh Pesuruhjaya Pas Perak , Hj Razman Zakaria saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu. Hj Razman adalah kawan baik saya jadi mana mungkin dia akan tergamak untuk memukul saya.***

Satu persoalan yang perlu kita tanya : Kenapa Hanifa tidak menafikannya secara tegas dan bluntly kata omputih. Tidak perlulah nak bersopan santun.

"Saya dengan ini menafikan berita palsu yg tersibar luas yang menyatakan Razman telah debuk saya dua kali. Itu semua bohong dan fitnah semata-mata!" 

Apa , dia tak boleh cakap macam tu kah? Walau bagaimana pun cara Hanifa itu menjadikan Hj Hadi dan Razman Zakari serba salah, macam mana nak ulas jika wartawan tanya atau bagaimana mereka harus nak buat kenyataan balas mengenai kenyataan Hanifa itu. Hanifa memang bijak! Dia memukau otak kita semua!
Comments
2 Comments

2 comments :

mohd zain said...

Jwb bro jgn x jwb.....

air gunung said...

Kih kih kih.
Biasa tgok biawak gelabah tak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...