GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, February 24, 2015

Benarkah tidak masuk akal, Umno bergabung dengan PAS?


Satu persoalan yang menarik dikemukakan oleh TITM :

 "Jika bergabung, Umno hendak beri berapa kerusi kepada PAS? 40 (kerusi)? 

 Samada pertanyaan TITM ikhlas atau pura-pura tidak tahu? Sedangkan beliau merupakan salah seorang ahli MSU dan MSU lah yang telah mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden (ketika itu Nasharudin Mat Isa) dan Mustafa Ali untuk berbincang dengan pemimpin tertinggi Umno. Perkara ini telah diperakukan sendiri oleh Nasharudin.

 Namun apa yang menariknya dalam laporan tersebut , TITM menyatakan :
 Alasan untuk melaksanakan syariah Islam bersama Umno juga tidak boleh diterima kerana parti itu didakwa terus menentang hudud.
 "Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soalnya.
 "Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan apabila mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar daripada muafakat yang ada." 
 Saya ingin bertanya kepada TITM apakah Hj Hadi dan beberapa pemimpin tertinggi Kelantan mempunyai tanggapan yang sama sebagaimana kenyataan TITM di atas itu?

Berikut kenyataan TITM sebagaimana yang dilaporkan :


'Berapa kerusi PAS jika bersama Umno?'

PAS tidak yakin Umno sanggup berkongsi kuasa dengannya jika ia menyertai gabungan parti Melayu itu.

 Oleh itu, gabungan PAS-Umno seperti sering digembar-gemburkan tidak akan menjadi kenyataan, tegas seorang naib presiden PAS.

 "Jika bergabung, Umno hendak beri berapa kerusi kepada PAS? 40 (kerusi)? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 Lagi pula, katanya lagi, Umno menguasai 88 kerusi parlimen, sedangkan PAS hanya memiliki 21 kerusi saja.

 Kerajaan campuran dua parti itu juga tidak pernah dibincangkan dalam PAS, tambahnya.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sering menegaskan perkara yang sama di beberapa muktamar lepas, katanya.

 "Perkara dasar begini (gabungan) mesti melalui keputusan muktamar, bukan hanya pandangan peribadi ahli parti," kata Tuan Ibrahim.

 Alasan untuk melaksanakan syariah Islam bersama Umno juga tidak boleh diterima kerana parti itu didakwa terus menentang hudud.

 "Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soalnya.

 "Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan apabila mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar daripada muafakat yang ada."  SUMBER
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

ada yang gatai nak bergabung..ada wang ada jawatang.

sizzly7761 said...

Ini sikap 'kura-kura dlm perahu, pura-pura tidak tahu' dan 'sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula'... kalau TITM ikhlas dgn kenyataan 'tidak akan ada perpaduan dgn UMNO'..mengapa TITM dilihat membisu dan senyap sunyi sepi ssedu dengan gelagat ustaz @ ulamak jadian yg dengan tiada rasa malu mengingkari pesanan Almarhum TGNA supaya jgn terpedaya dgn muslihat UMNO utk 'kerajaang perpaduang' ! Akhirnya politik itu tetap politik. Keserakahan golongan 'berjubah serban' dlm berpolitik (baca berebut kuasa dan sumber ekonomi @kekayaan) lebih teruk dari UMNO..sehingga sanggup cari nas dan ayat hanya untuk mensyaitan dan mengkhinzirkan sesama sendiri.. betapa agama menjadi alat utk kuasa dan kekayaan..huhuhu

Anonymous said...

Jemaah PAS yang ikhlas mesti berwaspada. Nak percaya puak MSU dan geng UG ni susah kini. Kena BERWASPADA. Banyak sudah terjadi cakap belit-belit, bersilang kata, jari telunjuk kelengking berkait, tikam belakang dan tak berani berhujah dan berdebat secara berfakta dan berhemah. Statement TITM ni bolehlah dianggap psy-war The BAD, GOOD and UGLY dan strategy TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG. Perpaduang PAS-UMNO adalah persoalan timing yang sesuai. The "scene setting" belum boleh dapat diprogram sepenuhnya kerana berlaku pertentangan yang masih dominan di kalangan AJK PAS Pusat yang mendokong tahaluf siyasi bersama PR. TITM nampaknya is playing the GOOD guy to control further damage terhadap imej dan kredibiliti UG dan MSU. Semuanya persoalan timing...timing...timing dan bagi memastikan pemilihan PAS bulan Jun nanti puak UG dan MSU tidak ditolak perwakilan dan boleh menyebabkan puak anti-UG disingkir. Tidak dinyatakan yang kenyataan beliau tiada UG atas kapasiti ahli MSU, Naib Presiden atau peribadi setakat yang difahami kini. Gamaknya masih berlakun, "testing water" kerana geng ostad-ostad yakin tipu helah, bohong sunat dan putar belit itu halal dalam perang dengan musuh. Persoalannya siapa musuh tu ye???? UMNO dah jadi kawan kot?????

Anonymous said...

Tetiba buat U turn kenapa?. Munkin TITM tertinggal pundi duit tak?

Anonymous said...

jgn ahli pas yg berwala membuta tuli kena check-mate bila puak2 ug bergabung dgn umno..media2 umno sekarang seolah-olah berpehak pada golongan ug dan msu yg mana dulu mereka ini dikutuk dihina dimaki di fitnah olih media2 amno 24 jam setiap hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...