GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, February 09, 2015

Bentang hudud Mac ini hanya ulangan 29 Disember, kata PAS

Mustafa menjelaskan, Kelantan akan membentangkan pindaan Kanun Jenayah Syariah itu Mac ini tetapi ia tidak selesai di situ sahaja tanpa pindaan juga di peringkat Parlimen.

 "Semua ini diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan di peringkat negeri Kelantan dan juga peringkat pusat.

 "(Semasa) mesyuarat semalam kita mendengar laporan awal mengenainya dan kita akan jelaskan perkara ini kepada PR," katanya.

 Menurut sumber seorang anggota Jawatankuasa Teknikal itu, berdasarkan pandangan jawatankuasa itu, pelaksanaan hukum hudud ini perlu melalui beberapa proses yang agak panjang kerana ia juga melibatkan kelulusan daripada Majlis Raja-raja Melayu.

 "Urusan dengan Majlis Raja-raja akan dibuat pada peringkat pusat," katanya.

 Beliau juga memaklumkan, ada dua halangan undang-undang wujud di peringkat pusat dalam pelaksanaan hudud di Kelantan.

 Yang pertama, Akta 355 atau lebih dikenali sebagai Akta 365, berdasarkan bidang kuasa yang memperuntukkan Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman yang terhad sahaja. 

 Hukuman paling tinggi boleh dikenakan terhadap pesalah ini ialah penjara tidak lebih tiga tahun, sebatan tidak lebih enam kali dan denda tidak melebihi RM5,000 atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) menghadkan kuasa kerajaan negeri meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah dan mahkamah syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman disebutkan.

 Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa di seluruh negara. Sebarang pindaan terhadap Akta 355 perlu mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen. 

 Menurut sumber itu, memandangkan hukuman di bawah hukum hudud lebih daripada had itu, Akta 355 ini perlu dipinda terlebih dahulu melalui satu usul di Parlimen.

 Katanya, sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan, Jabatan Peguam Negara bersetuju meminda akta itu.

"Jika ini berlaku, pindaan Akta 355 akan dibuat kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri, dan hanya memerlukan sokongan majoriti sahaja di Parlimen," kata sumber itu.

 Satu lagi halangan kepada pelaksanaan hudud ialah Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan, hak menggubal undang-undang ialah di dalam senarai persekutuan, bukan senarai negeri.

 "Jika halangan ini hendak dibuang, ia perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen," katanya yang juga seorang peguam.

 "Jika Kelantan atau PAS mahu membuat usul persendirian, inilah laluannya iaitu membuat satu usul persendirian ke Dewan Rakyat dan perlu mendapat sokongan dua pertiga ahli dewan," katanya. – 9 Februari, 2015. - Baca sepeuhnya : sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...