GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, February 25, 2015

Berilah peluang untuk Hj Hadi berehat.

   Setiap jawatan dalam PAS berkuatkuasa untuk selama dua tahun. Habis tempoh masa tersebut, jemaah akan membuat pemilihan baru melalui muktamar.

 Setiap ahli berhak untuk dicalon bagi mana-mana jawatan dalam parti. Jemaah akan menentukan kredibiliti setiap calon yang layak untuk dipilih.

  Namun agak menarik apabila tersibarnya surat daripada Setiausaha PAS perhubungan Selangor kepada Setiausaha PAS Kawasan.

 Surat tersebut meminta supaya dipanjangkan kepada setiap penjawat lantikan politik yang terdiri daripada  Ahli Parlimen, Adun, Penyelaras DUN, Ahli Majlis PBT, dan Pengerusi JKKK (Ketua Kampong) untuk hadir ke Majlis Amanat dan Bai'ah bersama Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagaimana yang tertera dalam paparan edaran di sebelah.

Apa agendanya? Tentu ada sesuatu yang sangat mencurigakan dan mengundang berbagai spekulasi dan tanggapan.

 Apakah ini satu usaha untuk memaksa ahli supaya akur mengangkat TITM menggantikan Hj Hadi sebagai Presiden dalam muktamar nanti?

Atau apakah ini satu usaha untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti?

 PAS sepatutnya merasakan bahawa cabaran adalah sihat bagi parti dan ia seharusnya diuruskan dengan rapi bagi menghalang dan mengelakan daripada sebarang salah guna oleh pihak yang lebih dominan. 

    Betapa besarnya jiwa para pemimpin Umno kalau kita soroti kembali tindakan mereka di masa lalu. Ternyata mereka lebih bermaruah dan berjiwa besar.

   Tunku Abdul Rahman, misalnya oleh kerana populariti beliau  sudah menurun, berikutan peristiwa 13 Mei dan kerana beberapa keputusan yang dibuatnya selepas itu, maka beliau meletak jawatan untuk diganti oleh Tun Abdul Razak. 

  Allahyarham Tun Hussien Onn, akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dan diambil alih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Rasanya saya tidak perlu mengimbas semula mengenai Mahathir Mohamad. Perletakan jawatannya memang mengejutkan ramai hingga kasut tumit tinggi Kak Rafidah pun tertanggal! Kah! Kah! Kah. Hak tu lah ajer aku cerita pasal perletakan jawatan Mahathir. 


 Apa yang lebih penting yang ingin saya rakamkan di entri saya kali ini ialah suatu perkara yang agak relevan dengan keadaan presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Ini adalah menurut catatan bekas Menteri Sanusi Junid : 
Apabila Tun Hussein Onn mengidap penyakit jantung beliau telah menjalani satu pembedahan. Saya difahamkan, oleh kerana saya sendiri mempunyai masalah sakit jantung, bahawa setelah selesai pembedahan seseorang pesakit itu agak 'moody' dan 'temperamental' untuk beberapa bulan. 
 Dalam waktu itu seseorang pesakit jantung tidak boleh membuat keputusan tanpa menyesal kemudiannya. Entah kenapa, waktu cuti sakit, Tun Hussein Onn telah meletak jawatan dari menjadi Perdana Menteri.
  Sebenarnya tindakan Tun Hussein ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk Tun Dr. Mahathir menggantinya.
  Saya ingin menyarankan agar Hj Hadi memberi laluan kepada orang lain atas faktor kesihatan beliau sendiri dan sekali gus menerima jawatan sebagai Mursyidul 'Am menggantikan almarhum TGNA. Kemampuan Hj Hadi untuk hadir bersama bermesyuarat yang begitu ketara terhad membuktikan kepada kita semua sememangnya beliau perlu berehat. Berilah peluang untuk Hj Hadi berehat.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

elok lah hadi dijadikan mursyidul am pas. tp tolong jgn katakan dia gantikan TGNA. dia tak layak ganti TGNA.

tak ada sapa pon pimpinan pas layak utk dikatakan pengganti TGNA.

setau aku, TGNA tak pernah pakai suit tuxedo mcm mb skrg. brp ribu baju seragam org kapir tu?

Anonymous said...

Apakah mungkin Majlis Amanat dan Baiah tersebut adalah sebagai pembaharuan baiah bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelut dalam PR antara DAP/PKR dan PAS setelah pembentangan hudud PAS di Kelantan Mac 2015 nanti???

Kalau sungguhlah memberi baiah kepada TITM mengganti TGHH sebagai Presiden sebelum pemilihan parti atau meniadakan pertandingan peringkat tertinggi parti, maka sesungguhnya PAS telah mundur ke belakang sebagai sebuah organisasi yang sifatnya jamaiy, islami dan alami. Keadaan ini sesungguhnya akan menenggelamkan potensi kepimpinan dan talent yang lebih baik yang lahir dari dokongan dan sokongan jamaiy akar umbi. Sifatnya yang menjadi autokratik akan memudaratkan arah tuju dan kualiti kepimpinan masa depan yang pasti memerlukan perubahan pendekatan dari masa ke semasa.

Malaysiabaru said...

Mn nk berehat... brg bawah torpedo masih buas... turkey mari... london mari .. ganung jgn ckp laa.. ini betul raja sgla amalan nafsu..hadi ping besut

SayangPas said...

Pada pendapat ambe, eloklah kedua2 Hj Hadi dan Abg Mat berehat. Ambe setuju dengan saranan saudara Zulhazmi dulu Tuan Ibrahim dan Saudara Salehudin boleh berganding sebagai Presiden/Timb President untuk pemilihan Pas nanti.

Ritchie Blackmore said...

yaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...