GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, February 12, 2015

Bodoh kalau kaitkan Kes Anwar dengan Hudud di Kelantan


 Menarik sekali kenyataan Hj Hadi dalam merakamkan ucapan takziahnya kepada Anwar Ibrahim. Antara ucapannya ialah:
"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam."
Sorilah Tuan Haji, saya bukan tidak setuju dengan dengan Undang-undang Syariah sebagaimana Tuan Haji cakapkan tu. 

 Tuan Haji macam nak menyindir Anwar.... seolah-olah Anwar menolak hukum Islam yang PAS perjuangkan itukan? Tuan Haji cuba nak kaitkan dengan Hudud di Kelantan tu kan? kan?

Sayang sekali, sampai Anwar dah masuk pun, dia masih tetap tidak berpeluang untuk melihat sendiri apa bendanya pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan itu.Kamu mahu dia sokong, tapi kamu sorok-sorok benda tu apasal Haji?

  Kamu percayakan sangat dengan Jamil Khir Baharom dan Umno kononnya akan sokong pembentangannya di parlimen nanti.Bila orang dipersoalkan mengenai keikhlasan Umno itu, kamu kata:


“Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan Allah, bukan urusan kita.                                                                                                                                      “Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan antara satu sama lain,”  kenyataan Hj Hadi di sini  
  Haji, tidakkah kamu ingat bahawa Anwar Ibrahim pernah berusaha membawa kes tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk didakwa mengikut qazaf ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah membenarkan bantahan awal untuk membatal permohonan Anwar tersebut.

 Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf. Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010. Baca seterusnya di sini 

  Dalam keadaan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur itu ada kuasa yg diperuntukan seperti dalam kes tersebut, tetapi permohonan Anwar untuk mendapatkan keadilan melaluinya tetap dinafikan. Ini semua kerana kuasa sebenarnya ialah Umno. Kamu percayakan Umno?

  Terpulanglah kepada kamu Haji kalau masih nak percayakan Jamil Khir dan Umno itu. Jangan pula nanti ada yang kata "Haji Hadi dan Umno berpisah tiada!"

Berikut ini korang boleh baca status face book dari sahabat saya yang dulunya sangat wala' dengan Hj Hadi.....Ha! ha! ha! itu dulu.....


Bodoh kalau kaitkan Kes Anwar dgn Hudud di Kelantan 


Kebanyakan respon Ostaz2 PAS dalam kes Anwar mengaitkan Hukuman Syariah yg Adil.. betul la, itu kita tak nafikan..Hukum Allah itu Adil.. namun untuk kaitkan Kes Anwar dgn Undang2 Hudud Kelantan satu perbuatan yg Bodoh...


Bagaimana Ostad Moktar Senik, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan @dr Azman lebih2 lagi mengatakan Sebab Anwar menolak Hukum Hudud Menampakkan Kebodohan agamawan.. dalam kes Anwar bukan disebabkan Hukuman atau Sistem Perundangan, tetapi ia Soal kezaliman Pemerintah dan Sistem Kehakiman yg Korup dan Rasuah.. Sedangkan Tok guru haji hadi dibebaskan dari Tuduhan Fitnah juga bukan disebabkan Undang2 Syariah... 

Begitu lah Bodoh nya agamawan2 Sekarang segalanya dikaitkan dgn Hudud..Hatta Banjir Besar di Kelantan pun dikaitkan nya dgn Kegagalan melaksana kan Hudud..

 Gerakan Islam Dunia Ikhwanul Muslimin bersolidariti bersama Anwar tanpa Mengaitkan soal hukum Hudud tetapi kebobrokan Pemerintah.. Kalau Logik Bodoh Dr Azman diguna Pakai..Pemimpin Ikhwanul Muslimin yg ditangkap,dibunuh..dan dipenjarakan juga disebabkan Ikhwan tidak melaksanakan Hudud ??

 Negara Saudi yg melaksanakan Hudud..Tetap Sahaja Kerajaannya Zalim kepada Musuh Politik, Raja dab Bangsawan Bebas Merogol dan membunuh, ada Ulama yg merogol dibebas dari hukum mati manakala ada Amah yg mempertahan diri dari dirogol di hukum mati, malah dalam kes di Saudi ,Tuti Tursilawati yg dihukum Pancung turut dinafikan hak diwakili Peguam.. apakah Itu Keadilan dalam Islam ??

Ini bukan Soal Undang2 Hudud.. Ini Soal Kezaliman Pemerintah..

 Berhentilah Agamawan mempergunakan Agama untuk Politik... Rakyat dah muak... Yg perlu ditukar Kerajaan Yg Zalim.. Bukan Soal Undang2.. mendirikan Sebuah Kerajaan yg adil dan bersih dahulu sebelum Melaksanakan Undang2 Syariah...Ipoh Mali 
Comments
1 Comments

1 comment :

kampong lad said...

tak kira samada undang2 syariah atau civil, pokoknya, mereka yg diberi amanah wajib melakukan keadilan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...