GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, February 10, 2015

DAKWAAN TERHADAP DR HATTA RAMLI DAN KUMPULANNYA PERLU DISIASAT

Antara plakad yg dibawa oleh gerombolan pendemo kurang ajar di hadapan
Pejabat Agong PAS pada pagi 8 Februari 2015, hari yg sama JKPP mengadakan
mesyuarat di situ.
Kenyataan Akhbar

DAKWAAN TERHADAP DR HATTA RAMLI DAN KUMPULANNYA PERLU DISIASAT

Setelah saya bersemuka dengan Ustaz Noorzazilafadli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, dan ditunjukkan akuan berkanun dan bukti-bukti print screen daripada aplikasi whatsapp, saya menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes ini. Penafian simplistik Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Tuan Haji Mustafa Ali bahawa tiada komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini. Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru’, disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah.

 Dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan ini sangat serius, kerana ia melibatkan sebuah agensi strategik dan intelligence dalam PAS iaitu Pasukan Gerak Saraf (PGS). Bukti-bukti print screen itu memaparkan perbincangan ahli-ahli di bawah PGS yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat dan Aiman Athirah al-Jundi, Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat. Bukti-bukti yang ditampilkan juga menggambarkan rancangan dan strategi untuk memfitnah dan menggulingkan Presiden, mensabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura Ulama, melakukan psywar terhadap pihak Istana Selangor dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, dakwaan ini merupakan satu perkara serius yang tidak boleh ditepis dengan kenyataan simplistik.

 Saya menggesa PAS membuka siasatan sebagaimana saranan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semalam. Jawatankuasa Penyiasatan ini bertanggungjawab meneliti kesahihan dakwaan tersebut, dan sekiranya tiada kes, barulah boleh disimpulkan tiada komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selain daripada itu, saya juga menggesa Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah Al-Jundi supaya membersihkan diri mereka mengikut saluran undang-undang dengan mengambil tindakan saman atau apa-apa tindakan yang seumpamanya. Sekiranya dakwaan itu tidak benar, kedua-dua mereka tidak perlu khuatir untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana saranan saya tersebut. Secara langsung ia juga akan membersihkan imej PGS dan Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

 Yang benar,
 Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
 9 Februari 2015 17 Rabi`ulakhir 1436
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...